Entri : Kualiti atau kuantiti ?

 

Seperti biasa , aku akan blogwalking untuk membaca cerita cerita blogger lain .. Aku tertarik dengan satu entri kawan kita ni berkaitan mana lebih bagus .. kualiti atau kuantiti..

Hurm... menarik .. bagi aku .. apa saja yang lahir dari hujung jari dia sendiri maka itu adalah datangnya dari kepala dia yang mana puncanya samada dari hati atau matanya.. Telinga tu kadang kadang la kan ..

Nak tanya .. bagaimana korang menilai kualitinya sesuatu tulisan ? Apakah entri yang berkualiti itu hanya melibatkan sesuatu isu semasa ?  Atau entri yang memerlukan kajian yang terperinci ? Atau makan malam tak boleh dijadikan entri yang bagus ?

Aku sedang makan malam di MAEPS STEAMBOAT RESTAURANT.. Korang  tau kat mana ? Ada yang tau dan ada yang tidak .. Korang tau berapa harga satu kepala ? Ada yang tau dan ada yang tidak .. Korang tau sedap atau tidak ? Ada yang tau dan ada yang tidak ..

Maka .. satu nasihat dari aku .. Bila kita baca sesuatu tulisan orang .. baca dengan minda terbuka.. Ada sesuatu yang ingin disampaikan .. Nampak selamba atau ringan tapi pasti ada sesuatu .. Walaupon nampak 'bodoh' tapi proses maklumat itu dengan positif ..

Dan satu lagi .. perlu ingat.. pembaca blog ni terdiri pelbagai peringkat.. Ada yang nak santai.. ada yang nak serius.. macam macam .. Seperti mereka yang gemar membaca novel ..macam macam jenis ada novel... yang tak suka baca novel , boleh pilih baca komik atau majalah ..

Maka , samada kuantiti atau kualiti seperti aku ini yang mementingkan kuantiti tetapi cuma menjadikannya kualiti pada pembaca , cuba menjadikan setiap kali entri aku itu satu latihan penulisan.. Setiap hari ada je kerja rumah yang perlu aku buat .. Yang aku utamakan , pembaca aku terhibur serta maklumat aku walaupun sebesar kuman ini sampai di kepala mereka ..

Jangan mudah memandang remeh tulisan orang lain walaupun nampak tidak berkualiti .. Sekurangnya dia ada inisiatif berbuat begitu dari dok mengarut tah hapa hapa ..

Jangan terasa ... Tepuk dada tanya selera .. Nak tengok JOGHO atau SENARIO LAGI ??

24 ulasan:

  1. bro. aku suka 2nd last paragraph tu.

    :)

    BalasPadam
  2. ....dan kalau dah baca tak suka juga, pergi atas browser belah kanan sekali dan klik pada tanda "X"...

    BalasPadam
  3. Pak Cik Ben!!!!!!!!!!!!!! Amir setuju bebenor! Memamg setuju..tiada apa lagi yg hendak dikatakan..

    Hairan..haiaran dan hairan. Setiap orang ada gaya tersendiri..kan En Ben??

    yg penting tak dak orang mati pun baca entri kita..hahah

    BalasPadam
  4. Tulisan sapa?? Blog sapa ? Nak la skodeng gak. Hehe ..

    BalasPadam
  5. ermm.. btul , masing2 ade pendapat dan persepsi tersendiri.. kekadang, entri kite x best bg org ni, tp best bg org tu.. hehe dlm erti kate lain, kite x mmpu nk bg sume org puas ati .. ;D

    BalasPadam
  6. Saya setuju..masing2 ada cara penyampaiannya..mungkin nampak cam biasa2 tapi yang penting biar mesej tu sampai...sedap makan en ben?

    BalasPadam
  7. salam,
    kualiti ke, kuantiti ke... dua2 di perlukan... huhu
    ben sudi tak terima award dari saya, jom jenguk jap kat tapak saya...
    http://cikidis.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. setuju...

    ben, ai kongsi info penyakit berdengkur....

    http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/11/awas-tidur-berdengkur-bukan-memalukan.html

    harap ramai yang dapat memahami penyakit ini...ianya penyakit terbaru

    BalasPadam
  9. betul...kadang2 ada org kata saya syok sendiri sebab selalu update blog,tp citer pasal benda sehari-harian..mcm org lain dah biasa gitu..

    saya pon x fhm..dah blog saya..bukan blog org lain kan..

    BalasPadam
  10. salam..entri best..pape pon yg blogger tulis n luahkan..kite kena hargai..klu xdpt byk pon..seciput ilmu pon boleh lekat dalam hati.. :)

    BalasPadam
  11. saya setuju!!...apa je yang kita tulih tu merupakan apa yang cuba disampaikan..mungkin nampak bodoh tapi itu lah dinamakn kreativit masing2..tak kira tulisan itu sgt informatif atau pon hanyalah cerita peribadi harian...=)

    Tumpang lalu sini abg ben!!..=)

    BalasPadam
  12. betul2 setuju..=) kalau xnak baca xpayah baca cari tanda X tu kemudian p cari isu yg dia nak baca kat blog lain..

    BalasPadam
  13. kdg2 kualiti dh ade pd sstgh blog...wlw pendek... tp dsbbkn wrne2 yg xssuai utk pembacaan dn jnis font..memain peranan... cmne tu bang? boleh abg kupas3 isu ni cm kupas bwang. sbb abg lg senior...

    BalasPadam
  14. dunia blog memang terlalu luas..

    BalasPadam
  15. ni mesti baca dlm blog hijau ni..heheh..apa2 pun setuju ngn abg ben..

    BalasPadam
  16. yup. setuju! hhehehe kene respek hak org lain untuk menulis selagi berada di landasan y betul, ye tak. huhu

    BalasPadam
  17. betul..
    pada aku,selagi hasil penulisan itu x menyentuh sensitiviti yg sensitip atau dok mengutuk org ...aku belasah jak baca..lagi sempoi,lg best...n senang d fahami.:)

    sekian dan tima kasi.

    BalasPadam
  18. betol3!!
    setuju sgt dgn 2nd last paragraph incik ben tu..hihi

    jgn hadap hasil pembacaan dgn minda tertutup ^^

    BalasPadam
  19. betul..
    blog ni bergantung kepada penulisnya.ada yg mnjadikannya tempat meluahkan perasaan, bkongsi ilmu & sbagainya..

    BalasPadam
  20. masing2 ada stail dia tersendiri...
    kita x leh nk puaskan hati semua orang.. tapi kita leh puaskan hati kita sendiri..
    tulis je apa yg kita rasa kita nk tulis janji jangan bikin masalah..

    BalasPadam
  21. bergantung.. macam ben ni 22 ada

    redah dari nurazilaismail
    ALL IN ONE

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.