Aku malu .. aku tak layak ..

Niat aku memberi segala tips yang aku tau bukanlah inginkan pujian melambung mahupon kata kata manis dari mereka.. Aku malu bila baca segala komen di blog aku atau di blog mereka .. Malu bila dikatakan 'otai' atau pelbagai lagi ..

Hurm.. aku hargai sangat apa yang mereka ingin sampaikan didalam komen ataupon entri penghargaan mereka.. Aku sangat sangat terharu . Samada ikhlas atau tidak , hanya mereka saja tau tapi bagi aku , mereka ikhlas 100% ...

Kenapa aku sibuk sangat nak bagi segala tips yang aku tau ? Apa yang aku mampu bagi pada mereka yang tercari cari rentak dalam dunia blog ini ? Hanyalah secebis pengetahuan serta pengalaman aku yang seciput ini jer .. Mana lah tau mungkin berguna buat mereka yang baru nak mula melangkah .. Sapa tau bukan satu hari nanti mereka mampu melangkah ala ala BOLT tu .. haaa...

Aku tau perit nak melangkah .. perit sangat bila tengok rumah cantik tapi tiada pengunjung sedangkan pintu pagar di buka luas untuk menerima kehadiran tetamu tetapi bilangan yang mengunjungi amat menyedihkan .. Semangat mati .. Sapa nak bangkitkan mereka ? Sedangkan ada diantara mereka menunjukkan segala kejayaan mereka namun berapa ramaikah menghulurkan tangan mempelawa untuk meraih segala kejayaan bersama ?

Sikap utamakan diri sendiri ini mmg dah lama kita tau .. Sejak lahir kita didunia ini , kita dah tau .. Lepaskan dulu diri kita baru pandang ke belakang .. samada nak hulur tangan atau tidak , hanya hati yang mengetahuinya ..

Berbalik soal 'otai' .. OTAI ini terlalu berat pangkatnya .. Seolah olah Otai ( old timer ) ni cukup mahir dalam selok belok dunia blogging .. Bila ada diantara mereka mengatakan bahawa aku ini otai , maka ramailah akan 'menziarahi' blog aku .. Maka selebihnya aku rasa korang tau sendiri la kan .. Takkan otai macam aku ni kan ??? Lebih lagi aku guna blogspot.. Otai tak guna blogspot.. Dia mesti guna wordpress..baru la otai.. Nak kata apa kan .. malas nak bicara isu ini ..

Aku lebih rela dikatakan blogger baru .. atau sebenarnya aku belum pon layak di gelar blogger disebabkan ilmu penulisan aku langsung tidak mantap lagi .. Aku masih setahun jagung.. Dan aku sedang berusaha untuk memperbaikinya lagi ..

Isu Otai ini boleh menyebabkan mereka mereka yang tidak berpuashati dengan aku , mencetuskan satu isu negatif yang mana aku rasa korang mungkin boleh agak ..

Aku malas nak layan bab bab negatif ni sbb aku ada dunia realiti yang perlu aku amik tahu .. Dunia maya ini cumalah dunia kedua aku di mana disini aku ada ramai rakan rakan blogger di seluruh pelusuk dunia ... Menarik bukan ? Lebih baik cipta kawan dari lawan ..

Ok.. tu je la aku nak bagitau .. Senang dan mudah ... AKU BUKAN OTAI DAN TAK BERMINAT NAK JADI OTAI .. KAU DAN AKU ADALAH SAMA ! KITA SETARAF !

Selamt datang ASHIYA !

35 ulasan:

  1. apa yang baik tentang BEN ialah sikap merendah diri..
    Syabas bro.. kalau tak mau jadi "OTAI" leh jadi "MENTOR"

    BalasPadam
  2. setahun jagung pun, entri abg ben sume cun2 . meletop .. efy selalu refer blog abg ben sebab selalu bagi tips kan..btw , keep on . congrate

    BalasPadam
  3. betul2...lau tak nak word otai boleh tak guna word mentor??..

    ada info di blog BA ni..dan seorang yang merendah diri.. =)

    BalasPadam
  4. aku rasa kalau BA jadi mentor mesti ramai yang suka.. tak percaya tanya diaorang semua

    BalasPadam
  5. ok la otai dari petai..ehh..hehe..en.ben klu ada award khas juri mesti menang gelaran blogger yg cpt mningkat naik @ blogger yg bru stahun jagung (katanyer) tpi dh setanding atau lebih menandingi blogger old timer..en.ben punya formula yg trsndiri utk mningkat naik dgn cepat..dan yg pnting semangat resmi padi..semakin berisi smakin menunduk..yo


    http://www.mushpunyer.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Asallah tak pernah bertembung kat Alam eh. Ke sebab tak perasan, ramai sgt org? Nak jumpa live! Ngehngeh.

    Ohh. Komen tade kena mengena dgn entri.

    BalasPadam
  7. abg ben tak nak jadi otai pon, jadi sifu pon ok. kitorang yang baru nak merangkak ni mmg perlukan tips2 dari abg ben yang lebih dulu makan garam dalam dunia blog ni kan...

    BalasPadam
  8. abg ben tak sombong, humble jer.. tu yg menarik tu, kalu tak jengok blog ben sehari tak sah.. rindu jer.. hehe

    BalasPadam
  9. u deserved(betul ke eja ni)it en ben..
    Tapi xMo r panggil BA otai..kita panggil dia MENTOR ok?heheh.. en ben mmg seorang yg merendah diri..xlokek dgn ilmu & tips2 berblogging..teruskan la menulis untuk menjadi inspirasi ku & teman2 yg lain..;)

    BalasPadam
  10. merendah diri x pa.. jgn x sedar diri!!

    BalasPadam
  11. aku pun malu tp sebab tak berjaya dapat trafik yang tinggi lagi..hehe

    BalasPadam
  12. anda sifu di klgn blogger masa kini :P

    BalasPadam
  13. sy memang respect dengan sifat rendah diri abg BA ;))
    xpe biar org kata otai ke mentor ke sifu ke..
    asalkan dh ade pengalaman dan pengetahuan, apabila dikongsi dengan orang atau blogger lain..
    ilmu telah dicurahkan, itulah sebab abg ben dihormati org ramai ;))
    walaupun setahun jagung, abg ben tetap maju berkat USAHA abg ben sendiri ;))

    BalasPadam
  14. see?? tengok komen² kat atas ni.. tak terharu ke? hehe, menunjukkan abg ben ni bg inspirasi kat kami² semua ni.. tapi suka lah ayat abg ben.. kita semua setaraf.. yeke? hehe =)

    BalasPadam
  15. aah la..otai cam ganas sgt sebenarnye..macam gang mafia pulak kan..panggil cikgu la..cikgu Ben =D

    BalasPadam
  16. sy lg suka lepak kat blog yg guna blogspot. sbb sy suka benda simple. simple but nice. yg penting penuh dengan ilmu dan cerita bermanfaat. (bg sy blogspot ni simple n nice persembahannya).hari2 mesti lawat BA..

    entri terbaru:
    pontianak harum sundal malam

    BalasPadam
  17. Mungkin bg En.Ben perkataan OTAI itu terlalu tinggi utk mgmbrkn ttg diri anda tp bg blogger2 baru yg masih bljr selok belok ttg dunia blogging perkataan OTAI itu adlh utk mgmbrkn yg En.Ben mmg dh blh dianggap OTAI pn krn mmpu berjaya spt hari ini ats usaha sendiri...

    BalasPadam
  18. otai n femes is different...abg ben femes lam dunia blog..chekleen pun baru je kenal neh...salam2 kenal ngan abg ben...hehe
    tq 4 all the tips...ada tips=berkongsi..tu baru stylo.. :)

    BalasPadam
  19. stuju ngan semua komen diatas, jadi sifu ok? sifu sbb sudi berkongsi tips & rahsia kejayaan dgn semua bloggers baru, betul? btw, mama 100% ikhlas.

    BalasPadam
  20. tetiba teringat lagu aizat kau dan aku *xda kaitan dgn entry huhu*

    papun encik BA, hidup kita utk cipta kawan bukannya lawan..pedulikan yg mengata2 tu huhu

    BalasPadam
  21. salam Mr Ben
    bagus juga jadi mentor bolehlah kite jadi mentee...
    tolong komen blog kite sikit tapi kite ni tak pandai sgt

    BalasPadam
  22. perkongsian yang menarik dan punya maksud yang mendalam..

    BalasPadam
  23. walaupun gelaran otai tu bagi bro macam berat nak diterima tapi bagi kebanyakan newbie, pengalaman dalam bloging yang akan membezakan mereka; secara tak langsung bagi gelaran otai kat mereka2 yang lebih senior dalam arena ni. :D

    *suka membaca tulisan bro ben*

    BalasPadam
  24. betol2.. jom cari kawan. :)

    anyway enjoy reading ur n3.. :)

    bnyak maklumat n ilmu dpt di ambil.. :)

    BalasPadam
  25. hakikatnye abg ben dh banyak bantu blogger baru cam saya ni camne nk improve blog memasing... papepun,tq sesangat abg ben..

    BalasPadam
  26. sifat merendah diri dlm diri abg ben lagi teha suke..patotnye jd cam abg ben..sukses dalam b'bloging..yg diluar sane jngn dengki2 kat abg ben..ape kate kite sama2 korek rahsia abg ben...hehehehe

    BalasPadam
  27. Orang yang ikhlas membantu dan memberi, tidak akan mudah terasa apabila tidak dihargai atau dikritik. I know you're not.

    Malah sentiasa merendah diri akan lebih dihormati.

    I know you are...

    BalasPadam
  28. bagi keyrill, En BEn is the best walaupun bnyak gak blogger2 hebat kan? ahakz! En Ben bnyak memberi tips keada blogger2 baru, terima kasih untuk itu! En Ben pun baik, walaupuin sibuk selalu gak berkunjung ke blog blogger baru... kan? hehhee... ;)

    p/s : semoga En Ben diberkati ...

    BalasPadam
  29. bagi keyrill, En BEn is the best walaupun bnyak gak blogger2 hebat kan? ahakz! En Ben bnyak memberi tips keada blogger2 baru, terima kasih untuk itu! En Ben pun baik, walaupuin sibuk selalu gak berkunjung ke blog blogger baru... kan? hehhee... ;)

    p/s : semoga En Ben diberkati ...

    BalasPadam
  30. abg ben..em,ayat last tu.AKU BUKAN OTAI DAN TAK BERMINAT JADI 'OTAK' hehe..sy terfikir apa kena mgena pulak otak di situ.

    BalasPadam
  31. @naqhiah khalida

    Hehe.. dh betulkan... terima kasih yer ..

    BalasPadam
  32. pujian berlebih lebihan pembunuh semangat..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI