Isnin, 1 November 2010

Amaran hujan lebat di Pantai Timur dan utara Semenanjung

 

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.

Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.

Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. - Bernama

-UTUSAN ONLINE-

5 komen :

phreak id berkata... [Reply to comment]

ala.. tunggu la aku balik rumah mentua aku kat machang pastu baru la banjir.. nanti boleh cuti lama sket..
hahaha


>>My Latest Entry<<
Controversy Goal From Nani Yesterday
Lagi Kemalangan Bas Yang Membawa Maut
Juara Piala Malaysia 2010 : Kelantan!!!

Mai.Qadeeja berkata... [Reply to comment]

UUM,sintok kedah pun banjir huhu T__T

fizza berkata... [Reply to comment]

paras air dh nek pun s'setengah kaw kat klantan nie..sepanjang laluan dr kb ke g.musang, swh padi dah cam laut...

*cilipadi=hafizah* berkata... [Reply to comment]

dah pon kat area banjir tu.,..uum sintok..sabar je la..

Puteri Iqa Izyan berkata... [Reply to comment]

waaa.kat dungun ari2 hujan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI