Wah.. ini sudah melampau !

 

Dah nyanyuk gamaknya orang tua ni ... Makin lama makin mengarut.. Makin hilang respek kat rakyat negara ni.. Haih... tak boleh bagi muka betul laa .. Baca sendiri ..

Kenyataan Kuan Yew hina Islam - Mufti Perak

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tindakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menggesa umat Islam negara itu supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam kerana ia boleh menghalang integrasi dan pembangunan merupakan penghinaan kepada agama itu sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Kuan Yew tidak layak untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau sendiri tidak memahami ajaran Islam serta intipati yang terkandung di dalam agama tersebut.

Tegasnya, Kuan Yew perlu melihat kepada sejarah bahawa Islam merupakan agama yang menyokong pembangunan kerana terdapat bukti-bukti bahawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sains, perubatan dan kejuruteraan adalah berasal daripada teori yang diterbitkan oleh golongan cendekiawan Islam.

Tambahnya, Kuan Yew sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut tetapi beliau telah membuktikan kejahilannya dengan mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia.

"Banyak kejayaan di Barat adalah lanjutan kepada kajian serta penerokaan yang dimulakan oleh cendekiawan Islam. Bagaimana pula Kuan Yew boleh berkata ajaran Islam menghalang pembangunan sesebuah negara?

"Gesaan tersebut merupakan penghinaan kerana Islam sebenarnya menggalakkan proses pembangunan menerusi landasan yang betul. Tidak timbul langsung isu bahawa Islam menghalang integrasi atau pembangunan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam kerana mendakwa ajaran tersebut menghalang pembangunan serta integrasi di negara berkenaan di dalam buku Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going.

Menurut Harussani, kenyataan Kuan Yew itu tidak lebih daripada permainan politik beliau.

Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan bahawa Kuan Yew sebenarnya takut kepada masyarakat Islam sama ada di negaranya sendiri mahupun di negara luar.

"Beliau takut dengan Islam. Bukan sahaja Kuan Yew, malah pemimpin-pemimpin negara Barat juga takut kepada Islam kerana semakin mereka memerangi Islam, makin terserlah kebenaran ajaran Islam," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris pula berkata, gesaan yang dilakukan oleh Kuan Yew itu menunjukkan bahawa beliau mengalami kekeliruan fikiran dan kefahaman mengenai Islam.

Katanya, Kuan Yew telah melakukan kesilapan besar dan menunjukkan kejahilannya kepada dunia dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Jadi saya berharap Kuan Yew serta kerajaan Singapura supaya mendekati masyarakat Islam untuk mengenal dengan lebih dekat lagi mengenai ajaran Islam.

"Islam tidak pernah menghalang pembangunan sebaliknya menggalakkan penganutnya membangunkan diri serta negara mereka," katanya.

-UTUSAN-

18 ulasan:

  1. kalau agama di politikuskan...itu mmg dah gila!

    BalasPadam
  2. salam, nak bercakap benda yang kita tidak tahu, lebih baik diam, nanti nampak sangat yang kita ni bebal...

    BalasPadam
  3. Dah nyanyuk la dia 2...heheh..
    Nazterjah pon pnh keluarkan isu ni kat blog nazterjah menengai buku terbitan beliau ni.http://nazterjah.blogspot.com/2011/01/kuan-yew-gesa-penduduk-islam-kurang.html

    BalasPadam
  4. ini la masalahnye bila orang yang jahil mula berkata².. takde tindakan dikenakan ke kat org tua tu?? kenapa?? sbb dye ada jawatan.. come on!! dye menghina islam tu... xkn nk diam je..

    BalasPadam
  5. dia mmg suda nyanyuk ~

    BalasPadam
  6. bakor je si pecacai tua ni.

    BalasPadam
  7. org tua nie memang biadab ar! dari dulu memang sengaja nk hapuskan Islam, tp byk Muslim x perasan pasal dilakukan secara halus. jgn nanti Muslim di penang pun terima nasib yg sama!

    BalasPadam
  8. dsbbkn itu....pemimpin perlulah dilantik brdasarkan kriteria yg bgs....kalo kte xbrsuara,kte spt brsubahat mndiamkn pkra yg spttnya diambil tindakan..manusia akhir zaman~~

    BalasPadam
  9. kena bagi makan ubat tu..
    Sudilah ke: ALL IN ONE

    BalasPadam
  10. kena pi check otak dia..kot2 ada wire2 yang nak putus dah...

    BalasPadam
  11. dia bukan nyanyuk cuma dia xnk memahami intipati dalam islam.. ideologi dia aku rasa cuma komunisme.. kalau dia paham pun aku rasa dia xdpt terima hakikat.. tu je.

    BalasPadam
  12. Sedih bila isu2 begini timbul..
    Ini lah jadinya bila org yg tdk arif tentang sesuatu perkara cuba berlagak pandai mengeluarkan kenyataan sendiri..
    Masalah dunia masa kini..
    Islam makin ditindas.. sedih =(

    BalasPadam
  13. Sebelum kita marah2 atau emosi pasal statement LKY tu lebih baik kita renung dulu mengapa perkara mcm ni boleh terjadi.Macam mana orang bukan islam tak hina islam sedangkan orang yang mengaku islam sendiri tak mengamalkan cara hidup islam??

    Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."
    (QS Al-An'am : 108)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.