Kanak-kanak lemas dalam tali air di Bachok
BACHOK: Seorang kanak-kanak, Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12,
dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di sini ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.
IKLAN - Shawls dari EQCLOSET
Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar, berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air
berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang.
"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan kepada anggota keluarga. - BERNAMA
6 comments
takziah buat keluarga... Al Fatihah buat arwah...
BalasPadamAjal akan datang kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya pada bila2 di mana2 dan dengan macam2 cara. Al-Fatihah...
BalasPadamSalam takziah buat keluarga arwah.
Latest entri:
iklan memalukan
Kira ko punya blog ni macam macam ada la ye. segala macam berita boleh tengok kat sini. One stop center la ni.
BalasPadamal-fatihah..ciannya..
BalasPadamtakziah..
BalasPadamajal di tanganNya
ALL IN ONE
takziah..
BalasPadamsemua ini dah tertulis...