Terima Kasih Rapid !

by - Jumaat, November 12, 2010

 

Alhamdulillah .. LRT dah pulih .. tiada lagi merah.. Katakan TIDAK pada merah .. hehehe ..

Ngantuk dan lapar .. Baru lepas redah hujan .. Hujan kat KL skang ni .. Rasanya dari malam tadi hujan sbb Putrajaya pon hujan .. Liat nak bangun pagi tadi .. hehe ..

Ada yang tanya mengapa aku tak guna form atau poll ..  ;) .. Sebenarnya ada sebab aku buat begini .. Tujuan utama contest ini adalah bukan untuk mencari pemenang .. Tapi nak buktikan yang sebenarnya mereka yang kata tiada idea tu mempunyai banyak idea untuk berkarya cuma mereka perlu didorong oleh seseorang dan sesuatu .. Untuk contest ini mereka nak blog mereka dipromosi sekiranya menang .. Bukankah aku dah terang terang promosi blog mereka ??

Bila mereka dah buat , bermakna mereka dah berjaya mencipta satu entri yang mana ianya datang dari idea mereka sendiri .. Samada ceduk atau tidak , terpulang pada diri sendiri .. Yang penting , mereka ada daya usaha dan berminat nak majukan blog masing masing .

Kalau ada yang nak kata aku sengaja mencipta contest untuk menarik trafik , tolong buang pemikiran tersebut .. Mereka yang dah join ni , pastinya ada yang masuk baca tulisan mereka.. Kalau mereka tak tulis , ada trafik tak dari blog sini ?

Ini semua sebenarnya adalah sessi suai kenal blogger jugak .. Takde sapa kalah menang untung rugi .. Ini adalah masa untuk belajar serta mencari kelebihan diri untuk menjadi penulis yang lebih kreatif..

Segalanya bermula dari bawah .. Contest aku ini adalah asas sangat.. Budak sekolah pon boleh buat .. Tapi ingat , dikala dewasa ini , kita dibelenggu dek pelbagai masalah menyebabkan otak kita jadi tepu dan inilah masa untuk cairkan semula..

Terbukti .. ramai yang kreatif ! Ok .. contest ini akan mencari TOP 10 PILIHAN PEMBACA dan aku sendiri akan cari entri yang menepati kriteria aku .. Aku harap jangan ada yang kecil hati sbbnya korang semua telah pon menang .. Menang kerana berjaya membuktikan korang kreatif !

Eh.. lupa lak. .salam dan selamat pagi ..  ;) .. Aku pon bermula dari sini .. Yang penting bukan hadiah tapi pendedahan aku kepada dunia blog .. Ingat , bila belajar jangan harap dapat  100 markah terus . Yang penting ilmu itu ..

You May Also Like

5 comments

  1. Selamat pagi Mr Ben . Betul tu bukan nak kira menang atau kalah .Tapi nak belajar beranikan diri untuk masuk sesuatu pertandingan . LM pun baru pertama kali masuk pertandingan . Gelabah juga ni .

    Tapi syok juga sebab ini dapat merapatkan LM dengan ramai blogger lain.Happy blogging semua .

    BalasPadam
  2. betul2!!!
    mereka sume adlh pemeang tiada pngalah!

    BalasPadam
  3. samat pagi...btoi2..kalah menang blakang kira..KITA Merapatkan silatulrahim....BTOI DAK?
    bab ada yg memandang n mengata 2 biar kan mereka incek ben...yg penting KERJASAMA....

    BalasPadam
  4. http://familymoza.blogspot.com/2010/11/hadiah-dari-ben-ashaari.html

    Thanks Inchik Ben :)

    BalasPadam