Pagi pagi , rakan kita dah menelaah blog rakan rakan .. Kata mereka , ada bnyak isu menarik untuk dibaca .. Hurm.. aku pon nak tau gak sebenarnya.. Apakah citarasa mereka ? Mungkin dengan cara ni , kita dapat memperbaiki lagi penulisan kita dan juga memahami apa yang mereka maukan dari blog kita.. Tak gitu ?
Jom kita layan satu satu...
TERIMA KASIH ...
Jeng jeng jeng .. mudah jerr .. Senang jeeer ... Confirm AIR ASIA pon kalah punyaaa.. hehehe...
Contohi mereka ! Kat skrin tv dalam kapal terbang tu , kasi taruk iklan .. Haaa.. amik je iklan iklan yang ada di dalam Malaysia ni .. Kalau boleh , mereka yang buat blogshop pon leh iklan kat dalam kapal terbang gitu.. Barulah masyukkk ... Taruk kat belakang tempat duduk ( seat ) kasi penumpang kat belakang nampak lagi bagus.. Tayang iklan 20 minit pastu 1 minit drama atau filem 10 tahun lepas punya.. Jimatttt...
Apa ada hal... Air Asia boleh ? Takkan MAS nak jaga standard lagi.. hehehe... Buat ASTRO dan TV3 , terima kasih kerana menyiarkan iklan iklan yang jauh lebih bermutu dari drama yang ditayangkan . Walaupun ada drama atau filem berulang kali ditayangkan , mereka tetap menyukai iklan dari drama atau filem tersebut. Perbanyakkan lagi iklan iklan yang bermutu yer..
Semoga berjaya MAS .. Menang award pon tak guna kalau asik rugi.. lalalalla... Harap pasni leh beli kapal lagi besar.. Cash ! Jangan beli kelab bola EPL dah la.. Kalau nak beli , beli Barcelona terus atau team Brazil.. Baru berbaloi.
Huh !
Baru aku tau .. Semoga kali ini selamat dan dalam keadaan sihat hendaknya buat mereka.
" Selepas dua kali berturut-turut mengalami keguguran, Norashikin Rahmat atau Ekin yang juga isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi mengakui dia mendapat perhatian penuh dan kawalan ketat daripada seluruh ahli keluarganya terutama suami tersayang sejak dikhabarkan hamil buat kali ketiga.
Mengharapkan kandungannya yang sudah pun berusia 4 bulan 2 minggu berada dalam keadaan sihat sehingga tiba waktu kelahiran nanti, Ekin memberitahu dia telah mengambil suntikan menguatkan rahim serta mengambil suplemen tambahan pada bulan ketiga kandungannya." - Yahoo
Hurm... begitulah... Bukan senang tau nak dapat baby .. Haaa.. Bagi mereka yang teringin nak baby tu , buat cara yang betul yer .. NIKAH baru KAHWIN .. Jangan buat terbalik lak .. Cari pasal namanya tu..
Buat ibu-ibu yang sedang mengandung , semoga anda dan kandungan sihat sihat yer .. Buat bakal ayah dan juga yang dah jadi ayah tu , jangan mengatal yer .. Hehe.. Kang , bala gak dapat...
Blog Pilihan : Syafiyah Muda
Virus ini semakin menjadi-jadi. Berpunca dari negara barat namun tak dapat dikenalpasti negara mana yang menjadi akar tunjangnya tetapi semakin merebak ke negara ini.
Mereka yang terkena virus ini akan senantiasa tersenyum.. Senyum bangga dek dipuji kerana punya ketiak yang cantik dan putih berserim Senyuman ini sebenarnya adalah petunjuk bahawa mereka sedang menderita penyakit ini ..
Untuk mengelakkan penyakit ini , dinasihatkan menambah amal ibadat sebab takut terlambat bertaubat.. Heh.. Betul.. aku tak tipu.. Untuk mengubatinya amat mudah. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Untuk melihat mereka yang tekena penyakit ini , bolehlah anda ke laman sesawang ini yang banyak menghimpun info info terkini dari dunia nyata mahupun dunia sandiwara... Klik VIRUSKETIAK
Setelah hampir 3 bulan aku , suami isteri hidup tanpa ASTRO yang mana selama ni aku membesar dengan ASTRO , dengan bangganya aku bagitau ... ASTRO tidak mempengaruhi kehidupan seharian aku ..
Dalam erti kata lain , tak tengok tv pon tak pe la.. Serius ! Tv sekarang ni aku nampak hanya berguna untuk info seperti berita dan rencana rencana penting seperti agama sebagainya..
Dan , hiburan seperti drama ke , nyanyian ke.. semua tu sangat sangat tidak memberi manfaat... Dengan ini , aku nak besarkan anak anak aku nanti , tanpa hiburan yang banyak melalaikan aku satu tika dulu ..
Tertanya gak.. apa jadi dengan isu kenaikkan yuran ASTRO ? Lamanya meeting ???
Lupa pulak... tak mati tak tengok ASTRO !
- Buat satu entri khas .
- Letak header blog Ben Ashaari.
- Beri tajuk : 5 isu entri best hari ini , dan linkkan ke entri ni .
- Berikan 5 isu entri yang menarik hari ini beserta url lengkap entri blog tersebut .Ceritakan sedikit kenapa menjadi pilihan anda .. Pastikan blog blog yang berbeza.
- Tu saja.. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini .
- Tutup kul 6 petang ni.
" Penjawat awam mesti berkecuali " ??
Erk.. Abis tu ? Saya ?? Er... Tak boleh ke ? Dah tu , dia boleh ?? Saya ? Tapi kan saya pon mengundi ? Er .. tak boleh ? Tak adil ni .. Tak boleh gak ?
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, penjawat awam di negara ini perlu mengekalkan sikap berkecuali dalam melaksanakan tugas mereka. - UTUSAN
Kalau bukan penjawat awam nanti boleh la yer ? Betul ni ? Tak kena tangkap ke ? Hehehe.. mana la tau .. Waahh.. nak join politik tak pasni ? Jeng jeng jeng ...
Hehe.. tamo laa... aku duduk diam diam dah .. sesekali jentik cicak pon ok gak .. Jangan risau , tak kena punya .. Main tembak dinding je nih... hehehe.. Syuhhh syuhhh ...
Hehe.. sibuk betul aku kan ? Tapi nak wat camana.. dah terdengar kat berita .. Jadi , aku menyibuk la kejap..Tu pun aku terdengar kat berita Sinar.Fm tadi..
Maka aku google jap.. maka jumpalah ..
"Buat pengetahuan semua, Abby Abadi admitted di sebuah hospital di KL krn teramat ‘stress’ dgn bbrape pkara yg tak dpt nk si kongsi disini. Mohon doa dr kalian semua agar Abby Abadi cepat sembuh yer. Page ni hilang sebelum ni, jd maaf sbb lambat umumkan hal ini." - Beautifulnara
Sian... Kenapa dan mengapa ? Tak perlulah buat andaian.. Kang jadi fitnah lak .. Apa pun bawak bertenang .. Nanti dah ok , kawin cepat cepat.. Awak tu cantik ... Ramai nak punya .. kan ? Kak Noraniza Idris tu , rileks je.. selamba je .. Hidup sekali je ...
Pasal Chef Wan.. Aku tabik spring !!! Walaupun dia berani bersuara tapi memandangkan dia tu selebriti maka kena berhati-hati bila bersuara..
Dua-dua cerita ni pernah keluar di blog aku maka wajiblah aku update untuk sama rata.. Mana aci tang bantai je kita keluarkan kan ? Apa pun Datuk Chef Wan , saya respek Datuk.. Cuma kena tahan skit mulut tu.. Datuk tu kan orang respek.. OK ? Cool Datuk.. Tak mati mintak maaf .. Lagi ramai respek !
Blog aku.. macam macam adaaaa.. hahahaa..
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] ..
"Abis tu Sabrina , camana bang ? ". Lisa memandang aku dengan penuh pertanyaan. Sejak pulang dari perpustakaan tadi, dia seolah-olah tidak berpuashati dengan jawapan aku pada Sabrina.
" Camana apa ? ". Aku tanya semula padanya.
" Yelah , kata Adawiyah tu kawan je tapi siap rindu rindu pulak. Dengan Sabrina , abang kata abang anggap dia cam kawan biasa.. Haa.. Sabrina pulak suka kat abang .. Amir tu , saja je kitorang buat cerita supaya abang cemburu ! ". Lisa menjelaskan.
Aku diam. " Aku tahu mereka sepakat nak kenakan aku. Diorang tak kenal aku sapa lagi .. hehehe .".Bisik hati aku.
" Tengok la nanti. Kalau ada mood , abang ajak la Sabrina tu kapel ". Jawapan yang saja aku bagi untuk mengundang kemarahan Lisa. Padan muka !
" Amboi !! Sesedap tekak jeerr dia nak tengok mood. Ni yang Lisa nak naik angin satu Malaya ni !! ". Lisa membuntangkan mata dia Marah benar la dia kawan dia dipermainkan.
" Hahahah... Rilek laaa.. Memain je la.. Amboi , ingat Lisa je pandai kenakan orang ? Takde la , kasi la abang kenal lebih rapat dengan Sabrina tu .. Pastu , baru leh cer cerita cer cerita skit !". Jawapan penyedap hati aku beri padanya.
Lisa mencebik.
" Kalau abang angkut dua dua boleh tak ? Adawiyah jadi no 1 , Sabrina jadi no 2 ? Waahhh. Senangnya dalam hatiiii ...kalau berawek ramaii.. ". Aku lari menyelamatkan diri dari dibaling dek bantal kuysen.
....................................
"Pusi abang dalam blog semua best kan ? ". Terngiang kata kata yang lahir dari mulut Sabrina sewaktu di perpustakaan tadi. Bila aku tanya semula , dia kata tak de apa. Puas aku paksa , dia kata takde apa juga.
" Isk...dia tau ke aku ada blog ? ". Aku termenung memerhatikan bulan tapi kenapa wajah Adawiyah yang tergambar di permukaan bulan ?
-SAMBUNG-
Rujuk entri Bala Letak Gambar di Internet .. Banyak dah gambar akak akak , adik adik yang ada dalam web web lucah di internet ni .. Korang tak caya eh ? Cuba korang google dengan select IMAGE .. gunakan keyword MELAYUBOLEH , GADIS MELAYU , AWEK BERTUDUNG dan apa saja keyword yang korang terpikir.. Tengok la sendiri.. Jangan terkujat dah..
Nak salahkan sapa ? Si gila seks atau ??? Dunia internet ni tak pernah selamat .. Kang aku kata lelebih , dituduh mengumpat lak.. Heheh..
Blog Pilihan : neobalanocarpus
Bila terbaca artikal berita Berang ditegur, anak kejar bapa dengan parang di Utusan Online tadi , buat aku kembali terfikir ..
" Nanti aku nak kena simpan pistol atau parang kat rumah ke sebagai alat perlindungan ?
Bukan apa , zaman skang ni makin gila orang orangnya .. Yelah , kalau zaman aku dulu bapak aku kejar aku satu taman dengan rotan .. Skang ni dah terbalik ! Bukan takat kejar bapak je tapi siap dengan parang lagi ! Main kejar kejar tak pe la gak ..Adeh..
" Insiden itu bermula apabila pesara berusia 60 tahun tersebut menegur anaknya yang membuat bising di dalam rumah yang menyebabkan suspek berang.
Suspek yang berusia 30-an kemudian memaki hamun bapanya sehingga berlaku pergelutan sebelum pemuda itu mengambil parang untuk menyerang mangsa.".
Menurut polis , kemungkinan mamat tu high .. High tu dibawah pengaruh dadah .. Tu laa , dadah ni raja segala dosa .. Bila amik dadah , maka kita dah tak boleh kawal diri sendiri.
Harap anak anak aku nanti tak gitu aih.. Kadang-kadang didikan kat rumah dah cukup tapi pengaruh kawan di luar rumah tu yang perlu dijaga.. Sebagai ibu bapa , jangan main lepas anak bila kata nak g sana sini .. Kena kawal. Selagi belum kawin , selagi tu kawal ! Kata la nak kata apa pun ..
Anak anak ni pon kena faham. Ibu bapa bertindak atas pengalaman. Jangan la baru berbulu ketiak dah kata cukup matang sedangkan misai dengan bulu hidung pon tak reti nak beza ! Kan walid kan ..
Perlu ke aku simpan pistol ? Hahaha.. tak perlu laaa... Pistol air ok la kot..
Blog Pilihan : saya hafeez
Sesungguhnya anggaplah itu satu pengajaran. Kita tak tau kenapa Mamat buat begitu.. Kita tak boleh tuduh Mamat sengaja atau punya niat tertentu .. Kalau tak diizinkan Allah , maka gambar tu takkan dia nak send ke internet. Mesti ada hikmat kan ?
Kembali melihat bagaimana Fida boleh terpikat pada Mamat ;
""Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL,". - Lanjut di sini
Sebab tu orang kata , jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan pandang pertama kerana pandang pertama tu mampu menipu kita. Hehehe.. Kawan dahulu , lihat latar belakang barulah libatkan hati.. Kalau main sauk jee.. memang sakit la .. Tengok Mamat pon mmg masih 'kebudakan' dan gila gila skit ..
Bila membaca alasan Fida , aku rasa Fida tak patut salahkan Mamat 100%.
" Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet.
Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.
Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.
Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.
Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan. " - ZonArtis
Bagi aku... kalau pergi bersama keluarga sekali pun , aurat kena la jaga.. Apakah kat Batam tu takde manusia ? Ke kat Batam tu semua adik beradik ?
Fida , akui saja silap sendiri. Tak perlu tuding jari pada sesiapa pun. Biarkan berlalu.Masing masing buat kesilapan dan kesilapan itu memantangkan kita . Harap pasni tutup je mulut berkenaan isu ini .
Disamping tu , aku selitkan BLOG PILIHAN di entri terpilih aku. Sekian. Terima kasih .