Aiseyman ... Problem eh ? Heheh.. tu laa.. guna saja HTC .. iPhone ? Samsung ? Iyewww .. Best ker ? hahaha.. Guna je la mana mana tapi tamo guna BB .. hahah... guwau je laaa... Keras aja muka tuuu.. Pakai mana termampu jeee...
Berjuta-juta pengguna telefon bimbit BlackBerry di seluruh dunia tidak dapat menggunakan perkhidmatan komunikasi teks untuk hari ketiga berturut-turut, semalam.
Syarikat Research in Motion (RIM) berkata masalah itu berlaku kerana kegagalan pensuisan dalam rangkaian persendiriannya.
Pengguna di Eropah, Asia Barat, Afrika dan India mengalami gangguan perkhidmatan e-mel dan tidak mempunyai akses untuk membuka dan menghantar mesej.
Kejadian itu meningkatkan sentimen negatif terhadap syarikat berkenaan yang sudahpun berdepan dengan kehilangan pasaran kepada Apple dan Samsung.
RIM kelmarin berkata perkhidmatan itu sudah kembali normal tetapi kemudian mengumumkan, masalah itu sudah merebak ke Argentina, Brazil dan Chile. - Hmetro