Apa ada pada gelaran ?

by - Khamis, Disember 16, 2010

 

Hurm ... gelaran membezakan status seseorang di dunia ini .. Ada yang menyombong diri bila ada gelaran .. dan ada yang tidak mahu langsung menggunakan gelaran ini ..

Mempunyai gelaran menyebabkan layanan seseorang terhadapnya agak berbeza berbanding dengan mereka yang lain .. Kira diberi status VVIP la gitu walaupun g kedai runcit !

Bila dah gitu , pastinya akan timbul rasa bongkak dan angkuh di dalam diri lebih lagi bila mereka yang tidak tau akan gelaran yang dimilikinya memanggilnya dengan panggilan hormat seperti 'makcik , pakcik ' atau sebagainya .. Wajarkah ditempelak orang itu kembali ?

Sedar atau tidak wahai manusia .. tak kira la apa pangkat sekali pon , mati kita pon ke tanah jua.. yang mengangkat jenazah , menguruskan jenazah tu orang orang yang tiada gelaran juga ..

Apalah sangat ada pada gelaran tu ? Lihatlah pada contoh contoh yang ada .. Makin berisi makin tunduk ke bumi .. Itulah contoh manusia yang terpuji sikapnya .. patut kita contohi .. Bukannya berlagak seolah 'ini dunia ana yang punya ' ...

You May Also Like

13 comments

  1. Pernah terpanggil gurubesar baru bertukar ke sekolah sebagai 'pakcik'.Tapi dia cool je + senyum.

    BalasPadam
  2. tader maknenye dok belagak sangat ngan gelaran tu..bile da mati..sume nye kena pegang jugak ngan pemandi mayat tu..

    BalasPadam
  3. xperlu berlagak pasal gelaran sebenarnya..nnt kat kubur, ada tercatat nama seperti DR,Dato' atau sebagainya?xde kan?renung2kan dan selamat beramal..

    BalasPadam
  4. setuju sgt lah ^^

    < a href="http://saiapanic.blogspot.com/">terjah jgn x terjah

    BalasPadam
  5. gelaran ni buat orang lupa diri. kenapa mesti ada gelaran? ahaha

    BalasPadam
  6. @Scarlett O'Hara :

    terpanggil guru besar baru pakcik ek? ni ada budak uni yang panggil TNC pakcik..diorang tak kenal..heheh.. mujur tak melatah datuk TNC..hehe

    BalasPadam
  7. betul tu,kadang2 sstgh orang ni brkira ckit..mesti kena pgil gak pangkat tue.

    BalasPadam
  8. gelaran boleh jadikan kita naik semangat tapi boleh jugak 'menjana' kesombongan seseorang.

    *err..dR Rozmey tu gelaran apa ye?

    BalasPadam
  9. ada sesuatu pada gelaran. ada gelaran= ada duit.

    sebab mama xde gelaran lah maka mama dikutuk oleh adik sendiri :(

    mode : mama sangat sedih hari ni :((

    BalasPadam
  10. huhu..susah nk jumpe org yg xpoyo dgn gelaran yg dipgg..mmg masih ade, cume susah nak jumpe..

    BalasPadam
  11. ramai yg pentingkan gelaran skrg nie..masing2 kene hormat menghormati la kan..

    BalasPadam