Dah tak de tempat lain nak gaduh ke ?

 

Pelik betul la.. Macam dah takde tempat lain nak bergaduh .. Sampai depan balai polis pon bantai nak bergaduh .. Perempuan lak tu !!

image

Iklan
Minat nak belajar atau tempah kek ? Meh sini > http://loveliana-online.blogspot.com

 

Gaduh punya pasal.. tak pasal pasal dua dua kena denda dek mahkamah .. Aisey.. wat malu jer.. kan dah ada rekod ... haaa.. malu la ... Kalau boleh elak , elakkan la .. Berundur tak semestinya kalah .. Menang tak semestinya kuat .. kan kan ?

 

KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM150, masing-masing kepada dua wanita yang mengaku bersalah bergaduh di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini sehingga menarik perhatian orang ramai dan menyebabkan kesesakan di Jalan Mahkota pada 30 November lalu.

Tertuduh, Nurul Hidayah Mohamad Yadi, 24, dari Jengka 14, Bandar Jengka dan Nor Siti Idayu Nasaruddin, 18, dari Kampung Genting Penjam, Kuala Lipis membuat pengakuan itu di depan Majistret Adibah Abdul Kadir selepas memahami pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

image Rahsia keanggunan wanita masa kini > lanjut , sini

 

Adibah berkata, kedua-dua tertuduh juga boleh dipenjara dua hari jika gagal membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana mengganggu keamanan dengan bergaduh di tempat awam iaitu di tepi jalan di depan IPD, Jalan Mahkota, di sini, kira-kira jam 2.45 petang, 30 November lalu dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000.

Kedua-dua wanita berkenaan bagaimanapun membayar denda itu.

- BHARIAN -

13 ulasan:

  1. hikhik, gaduh di hari birthday sye...

    BalasPadam
  2. ish2..teruk betul la..buat malu sungguh

    BalasPadam
  3. terima kasih sebab ade iklan pasal kek tu...susah betul nak cari blog kursus blaja kek nie..thanks ben..

    BalasPadam
  4. Gaduh punya hal dah hangus RM1000.00. Erkkk..En. Ben, blog GA konfem tak der dlm senarai. Takperlah bukan rezeki GA. Bagi peluang kat blogger lain pula. Tq sebab pernah meletakkan blog GA dlm list terdahulu. Lunch hari ini Pecal leleh panas-panas. Sedap tu. Jemput makan.

    BalasPadam
  5. dunia .. mcm-mcm ada. Eh .. Baru perasan,lama sungguh tk singgah sini. Jom tgk pokok bengang kat belog kakchik ben. kiut pokok tu. hihi ..

    BalasPadam
  6. salam ben, tok ada buat giveaway, kalau ben ada masa ley tolong promot tak?? kalau boleh..

    http://taq6889.blogspot.com/2010/12/giveaway-akhir-tahun-2010.html

    Giveway akhir tahun 2010 tok esah

    BalasPadam
  7. ...benar...menang tak semestinya kuat..tapi ego dalam diri itu lebih kuat dari akal yang waras yang sepatutnya diguna...

    ...maka...tragedi seperti itu pun berlaku...dan sekali lagi...

    <a href="http://pendekarberkuda.blogpsot.com><b>JOM TENGOK SIAPA YANG MENYOROK DI SINI...(^_^)</b></a>

    BalasPadam
  8. oh. malunya. orang kampung mama yg bergaduh tu :(

    BalasPadam
  9. wah..kampung halaman2ku..nak bergaduh pun biarlah bertempat..haih..

    BalasPadam
  10. salam kenal...

    ish..ish...sbg perempuan of coz sy rasa malu & sbg org yg b'asal dr KUANTAN, lagi la b'tmbh rasa malu saya...x patut...mmg x patut...btl2 m'jatuhkn martabat wanita yg terkenal dgn lemah lembut & sopan santunnya...sbb tu la dh susah nk cari "PMT"...hu...hu...

    BalasPadam
  11. BA: Mmh superb diaorang tu....berani plak gaduh dpn balai polis...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.