Isu Air : Kerajaan Selangor serah memorandum kepada Istana Negara

by - Ahad, Disember 05, 2010

 

image

UNIT Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa meleraikan peserta demonstrasi yang berada berdekatan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan mula berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air SYABAS, hari ini. - Foto Osman Adnan ( Berita Harian)

 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid

Ibrahim hari ini mengemukakan Memorandum Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu itu.

Memorandum itu diserahkannya kepada Pegawai Akhbar Istana Negara Khairi Abdul Rahman di perkarangan istana kira-kira 2.15 petang.
Beliau diiringi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS Khalid Samad.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Abdul Khalid berkata antara kandungan memorandum itu memohon Tuanku Mizan menitahkan hak air, yang kini dikendali Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), dikembalikan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Saya akan membuat offer-document menawarkan pembelian tersebut yang bernilai melebihi RM6 bilion kepada konsesi-konsesi yang menguruskan air," katanya

Selain itu, memorandum berkenaan turut memohon Tuanku Mizan meneliti semula matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi memahami keperluan untuk penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air secara holistik.


Terdahulu, seramai 4,350 anggota PAS, mahasiswa dari Lembah Klang dan Gabungan AntiPenyelewengan Selangor (GAPS) berhimpun tanpa permit di Masjid Negara dan Stadium Negara sebelum berarak serentak menuju ke Istana Negara.

Namun, pergerakan mereka dapat disekat anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Trafik menyebabkan hanya sebahagian yang dapat berarak ke Istana Negara.

Perhimpunan di Masjid Negara bermula kira-kira 12 tengah hari sebelum disuraikan polis kira-kira empat jam kemudian setelah melepaskan air dan gas pemedih mata.

Terdapat beberapa orang yang turut bertindak ganas terhadap anggota polis ketika cuba melepasi kawalan pihak keselamatan.

-Bharian-

You May Also Like

7 comments

  1. air memang penting buat manusia..harap dapat tangani dengan baik..kalo x dahaga la..ha3

    TERBARU: Blog Baru (2010) Pilihan

    MENARIK: (Gambar) Justin Bieber Buat Lawak "Misai" Pulak

    BalasPadam
  2. Salam ziarah dr seorang blogger baru.. yang juga baru jumpa blog Ben Ashaari.. yang dikatakan terkemuka.. jln2 intai keglameran itu..

    Salam ukhwah..

    BalasPadam
  3. terbaek la ben..
    nice info..pasni..saya xpayah beli paper..gud2!!i like!

    BalasPadam
  4. Nape dilepaskan air tu kan membazir.
    Memang tak patut la air naek rege...

    BalasPadam
  5. wah..serious sampai tahap ni ke??? aduhhh...

    BalasPadam
  6. typical Malaysian.. memalukan bila ada demo macam ni.. hilang sudah Malaysia yang aman & tenteram..

    BalasPadam