Robot dan manusia ...

by - Isnin, Disember 20, 2010

 

Robot dan manusia .. Antara kepuasan dan pencapaian ..  Ketelitian dan kepantasan .. Antara mutu dan kualiti ..

Hurm .. aku terfikir .. mereka tersenyum kambing bila melihat aku .. Mengeleng kepala mengata pelbagai dalam hati .. Aku tak perlu fikirkan itu ..

Andai aku buat seperti mereka .. dimana kelainan ? Dimana perbezaan ? Apakah keunikkannya ? Aku jadi seperti mereka jugak akhirnya ..

Ahh.. bukan aku tak nak terima .. tapi ibarat rumah dah siap... ada pulak yang berbunyi .. Mengapa tidak hadir memberi panduan ?

Jika beginilah sikap kematangan seorang yang berpengalaman , tidak mustahillah , kita di takok lama .. Takut akan kehilangan ilmu ? Atau tidak mahu gelaran itu bertukar milik ? Hehe..

Ah.. bukan aku tak kisah .. aku dalam dunia yang sama .. jentik telinga kanan , telinga kiri terasa jugak .. Andaikata ingin berkongsi , berkongsilah dengan ikhlas.. Bukan aku yang mahukan .. Aku tak teringin.. Aku masih mampu berfikir .. aku masih setahun jagung ..

Bukan ego .. bukan sombong .. melalui pengalaman tercipta idea ... Jika segalanya mengikut prosedur , bilakah agaknya kita akan berkembang ?

Sebagai orang lama .. gunakan akal bila berbicara .. jangan jadi mami jarum .. Tunjukkan kematangan , ajar yang muda .. tunjukan yang lama itu berisi .. makin berisi  makin menunduk .. bukan makin berisi makin boroi ..

You May Also Like

6 comments

  1. hope bro ben tak seperti itu..hee,
    ajar pada yg baru

    BalasPadam
  2. haish masih ada lagi yg tidak berpuas hati ke En Ben. Derang tu ape lagi nak dikata ni.

    BalasPadam
  3. yess
    gunakan akal ketika berbicara

    gud (:

    BalasPadam
  4. itula pnyakit PHD masyarakat kiter bro..hu.hu.. (",)

    BalasPadam
  5. lip lap lip lap... mami jarummm...

    BalasPadam
  6. biar kan luncai terjun dgn labu2 nya. moga kita tak jadi spt insan itu..

    BalasPadam