Lelaki memang suka nak kawin lebih dari 1 !

by - Selasa, Mei 17, 2011

 

Seronok ! Best ! Syok ! Puas ! Bangga ! Macam macam ada ... bila difikirkan kenapa lelaki nak kawin lebih dari satu .. Para isteri pening kepala bila memikirkan hal ini ..

Kemudian dikaitkan pulak dengan sunah nabi la kononnya.. Bab nikah kawin ni , dikaitkan .. bab lain tamo la pulak kan ? Kan isteri isteri di malaysia ini ?

Aku tak tau la lelaki lain di luar sana .. tapi bagi aku , nak nikah satu pon dah penat jiwa raga .. apatah lagi tanggungjawab.. Tu belum lagi ada anak .. Kalau ada ? Kalau sorang.. dua ? Tiga ?

Sebenarnya pernikahan bukan saja melibatkan hawa nafsu.. part tu kecik sangat je ..tapi tanggungjawab yang sebenarnya tu ... Kalau kita lihat kembali kenapa Rasulullah s.a.w kawin lebih dari satu , ada jawapan di situ.. Nabi bukan kawin sbb nafsu... bersebab .. tak caya bukak balik kitab ... Ada segalanya dalam tu ..

Bagi aku la kan , isteri di luar sana tak perlu la nak takutkan suami mereka gatal nak nikah lain ... Tawakal .. kita hidup ada dunia ni , sementara jer .. pejam celik pejam celik , pastu meninggal dunia .. Apa yang kita bawak ke dalam kubur ? tu yang kena pk..

Ada yang fikir , ala.. bab kubur tu bab lain !! Selagi belum mati , selagi itu 'perjuangan' diteruskan !! gini jer.. kalau rasa bab kubur atau akhirat tu lain , g dapur.. nyalakan api di dapur masak tu.. letak tangan atas tu.. rasalah bahang api tu... Panas ke tidak ? Gamaknya api neraka tu nanti beratus kali ganda kepanasannya .. Tu kalau beratus.. kalau beribu kali ganda ???

Bagi aku ... yang perlu difikirkan adalah kenyataan ... Bala jangan dicari , rezeki jangan ditolak .. Selain itu , segalanya milikNYA ...

You May Also Like

34 comments

  1. betul3.. mira setuju dgn abg Ben :)

    BalasPadam
  2. kadang2 lelaki yg kawen lebih dr 1 ni dorg rase dorg boleh bertanggungjawab..tp sebenarnyer x..da kwen bru tau nk dok garu kepale jerk..kakakaka

    BalasPadam
  3. geram tengok tajuk entri ni , tapi bila baca isinye, sejuuuk hati :D.

    hahaha. :) yeahh. tawakal. kalau si suami tu nk kwen byk2 tak pikir tgungjawab, apa dia nak bawak akhirat nanti kalau lepaskan tanggungjawab ?

    Haa :) haha.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Yun setuju. Apa sahaja yang berlaku,ingatlah itu adalah qadaq & qadar kita.

    BalasPadam
  5. SETUJU sangat ngn abg ben..huhuhu..

    BalasPadam
  6. kite tak nikah lagi..
    tapi takowt gak nie..
    tawakal sambil berusaha abg ben..
    baru selari dengan keperluan hidup!
    kan..kan.. ;)

    BalasPadam
  7. setuju.. tak guna menyekat.. mengongkoong.. marah.. semua terpulang pada diri sendiri.. samada jadi makhluk yang sedar diri.. atau semua ikut kepala sendiri... :)

    BalasPadam
  8. mmg x dpt nak bandingkan la zaman nabi dgn zaman skrg. laki skang kawen byk sbb pantang tgok awek dahi licin. slagi belum cukup kuota, slagi tu dok penuhkan. motif tah pape.

    BalasPadam
  9. mcm seorang artis kita....salleh yaakob....
    contohi beliau....mampu melaksanakan tanggugjawab.....

    BalasPadam
  10. p
    a
    n
    d
    a
    i

    abang ben mgulas...=)


    tapi memang ada yang layak lebih...nak didik isteri ...

    T_T

    BalasPadam
  11. jodoh pertemuan di tgn tuhan kan :)

    si isteri sentiasa berjaga-jaga sebab nak elak si suami dari memulakan sesuatu tu sebelum terlambat..

    kalau dh terlambat,tak dapat der nak halang..huhu

    tersiut api pun panas,ini kan pula
    panasnya api neraka..na'uzubillah~

    BalasPadam
  12. bukan nk mengutuk atau mengata..tapi mmg hakikat..lelaki yg kawen byk sekarang ni sbb terlalu ikutkan nafsu..ahsudahh...ckup la sorang..klu kawen ramai2 pn tak bleh nak adil bek xyah!! :P

    BalasPadam
  13. kawin lebih dari satu tu tak salah, tapi ADIL DAN TANGGUNGJAWAB..kalau rasa tak mampu, kawin satu saja..yang penting laksanakan TANGGUNGJAWAB PADA ISTERI DAN ANAK2..AMANAH TUHAN TU..Kalau dah takdirnya kena kawin lebih dari satu nak buat camana kan..redha je lah..

    BalasPadam
  14. btol2...if nk kawen lebih dari 1 xsalah asalkan bertanggungjawab dan mampu...=)

    BalasPadam
  15. betul3..jadi jgn nak berangan la wahai kaum adam kalau korang tak mampu!

    BalasPadam
  16. walauweee berat entri ni.. Kalau mampu, ada sebab yang solid, dapat persetujuan kahwin je la..

    Tapi kalau tak, better lupakan je.. memang bermasalah jadinya

    BalasPadam
  17. dalam rumahtangga kena ada kepercayaan, dan isteri juga kena bagi sedikit kebebasan pada suami, jangan mengongkong, betul mcm Ben cakap, jangan ada perasaan negetif yg suami kita akan cr org lain, takut nanti itu akan mnjadi doa pulak

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum 'adik Ben'. (Semua org panggil abg Ben, Ate yg dah kakak2 ni tak kan nak panggil abg kan?;))

    Buat para kaum lelaki belajar lah berbahagia dengan satu istri. Monogami itu sunnah nabi. Ya, Ate tak salah 'tulis', Ate kata monogami, bukan poligami (bole rujuk N3 Ate ttg Monogami).

    Buat para wanita belajarlah hakikat bhw suami bukan milik kita yang hakiki, krn itu pergantungan jgn di letakkan pada suami tapi pada DIA Yang Di Atas sana.

    BalasPadam
  19. ye betul abg ben~
    tepat sekali..
    10 markah..hahaha :)

    BalasPadam
  20. kalau kawin, tau tanggungjwb takpe. jgn main kawin je, mkn mnum tak nk kasi.
    :D

    BalasPadam
  21. bab kawen banyak nk ikut Nabi.. tp bab tanggungjawab xnak ikut lak..^^
    hohoho.. jom abg ben singgah blog kami di AnZac.. http://kisahkami83.blogspot.com/2011/05/situasi-kedua-pelajar-baru-di.html

    BalasPadam
  22. Betul tu Ben..

    nabi kahwin lebih dari satu bersebab..

    Kalau ada lelaki yang berada di luar sana nak kahwin lebih dari satu.. Kena fikir banyak2.. Jangan ikutkan hawa nafsu semata-mata..

    Nak jaga seorang anak pak mertua pun dah tercungap-cungap.. Inikan pula nak jaga anak pak mertua yang lain..

    Jadi fikir-fikirkanlah..

    Entri Terkini Blog saya:
    Domain Laman Web Percuma di Lot.My

    BalasPadam
  23. Insyaallah sampai liang lahat sorang je..

    BalasPadam
  24. betol jugak..tp saya pon ade post entry mengenai nie jugak..ramai ramai bace pendapat saye pulak...terimas...

    BalasPadam
  25. Bagi saya, saya setuju perkahwinan adalah tanggungjawab bukan berdasarkan keseronokan semata-mata apatah lagi bila mengamalkan poligami. Pengertian poligami zaman sekarang tak sama dengan poligami zaman kegemilangan Islam dulu.

    Zaman dulu poligami adalah untuk melindungi wanita, membantu wanita dan sebab-sebab penting yg lain.Semuanya menjurus kepada kepentingan keluarga dan agama.Sebab lelaki dijadikan untuk memimpin.

    Tapi zaman kini poligami bagi sesetengah lelaki bermaksud; keseronokan dunia, kebanggaan dan melonjakkan ego(lagi cantik wanita yg dia dpt lagi bagus) dan paling teruk, poligami bagi mereka adalah keistimewaan yang khas untuk lelaki. Mereka boleh kahwin sesuka hati,boleh datang dan pergi, tanggungjawab tak kisah sangat sebab para isteri boleh sara diri sendiri. Orang macam ni telah merosakkan kebaikkan poligami itu sendiri.

    Tapi tak salah lelaki 100% jugak. Kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ada wanita yang sanggup jadi koleksi.
    (ini tak termasuklah wanita teraniaya yang kena tipu atau suami kahwin diam2). Alasan biasa didengar..'dah jodoh I dengan husband orang..' tapi kalau dah terkena lepas tu jangan nangis peluk tiang pulakkk.

    Bukan apa aku boring dengar cerita bodoh pompuan2 yang dah tahu awal-awal lelaki tu perangai buruk tapi nak jugak. Bila dinasihatkan kita pulak yg kena marah. Bila dah dibuang, mula mengadu kesana kemari! Tolonglah jangan cair sangat dengan pujian dan kata-kata manis.Bercinta kena toleh jugak realiti.

    kalau lelaki itu cukup agamanya, tahu hala tujuan perkahwinan, matang dan mampu untuk adil then dia layak berpoligami. Sebab isteri-isterinya dapat bergantung atau bimbingan darinya. tapi ada ke lelaki macam tu zaman sekarang?

    Ramai lelaki baik tapi rasanya ramai yang tak mampu berpoligami dari segi mental..dari nak dapat pahala jadi bertambah dosa...kali ini entry abang Ben saya tabik!

    hehehe..ter..emo..lak..

    BalasPadam
  26. klau laki die mmg dah kawen 2 macamne
    ? apa pula dosa laki yg sakitkan hati perempuan yg jaga pakai mkn minumnya, melahikan zuriatnya, ygf membelainya sebelum ini? isk isk...


    XOXO, Chempaka Sari

    BalasPadam