Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 1 Januari 2011

Gaya Blogger Awek dan sebenarnya aku ..

 

image

Kalau orang tak kenal aku , maka diorng akan kata aku ni sombong .. Tapi bila dah kenal aku , maka dia akan kata , nyesal aku kenal ko ! Haa.... Bukan pe , aku jenis tak reti tutup mulut bila dah mula bersuara !

Macam dua tiga hari ni , aku dok bz mengayakan aksi aksi blogger awek .. haa.. macam macam gelak keluar .. Tu belum aku buat aksi blogger awek mengayakan shawl !!! Silap silap aku jadi model shawl nanti !! haaa... sapa susah ? Blogger awek gak susah ..

Aku ni mmg susah nak ramah dengan orang .. bukan apa ... aku akan jadi terlebih ramah .. banyak kali dah kena.. Sampaikan baru kenal 5 minit berborak , siap boleh offer orang tu balik rumah lagi memandangkan dah sekali jalan ... Lelaki laaa.. ingat perempuan aja !

Pengalaman mengajar aku jangan jadi terlebih ramah tapi jangan sombong la .. Aku bukan sombong .. tapi saja cover macho gitu.. hehe.. ye la.. dah tak macho .. kena la berlagak macho.. hehehe.. kan kan ?

Ben Ashaari bogel ..

 

Sampai hati !! Huwaaaa... Sapa la kejam sangat tu ????

image

Keyword Nuffnang hari ni .. ada jugak yang orang cari yer.. Bayangkanlah kalau aku ini penjaga gol ?? Haaa... mesti ada cari Ben Ashaari Meluat !  Aisey ...

Huwaaaa....

Home sweet home ..

 

Alhamdulillah .. sampai gak rumah dengan selamatnya setelah berhenti berkali kali kali kali .... hujan lebat benar benar menganggu perjalanan kitorang .. Aku dengan pening kepala yang mana aku rasa naik balik tekanan darah aku neh .. Em.. tah lah .. salah makan apa ppun tak tau .. Ni yang buat aku nak posing lagi ala ala blogger awek neh ..

Bertolak dari Penang , dalam kul 1 lebih .. singgah kat Seberang Jaya.. G ke Sunway Carnival Complex kat situ .. Jumpa sepupu aku .. Gossip barang tiga empat isu pastu bertolak ke Putrajaya..

Roger keluarga aku .. Diorg masih lagi di Pulau Pinang .. Heheh. .dijangkakan akan tiba kat Putrajaya dalam kul 8 malam gitu la ... Sewaktu roger mak aku tu , aku kat Hentian Sg.Perak dah .. hehehe..

Tapi disebabkan hujan , maka terpaksalah gilir gilir bawak kereta ... Aku yang silau malam , agar sukar memandu malam lebih lagi jika ada kereta yang bertentangan membuka lampu besar ..

Bila sampai kat Putrajaya , aku call adik perempuan aku.. Saja nak tanya diorg kat mana dah .. Rupanya , diorg dah sampai KL dulu dah !! Mak aihhhh ... Kitorang 3 jam didepan diorng tadi .. rupanya lebih pantas sampai rumah .. Hurmm...

Sampai je rumah , wife aku terus g jengok pokok bendi kesayangan dia.. Malangnya , telah layu akibat ada pekerja kat situ telah alih pasu pokok tu yang mana dicabutnya dengan akar akar sekali !!!

Adoi.. ini bermaknaaaaa.. esok pagi aku kena cangkul tanah untuk tanam semula pokok bendi tu.. Kalau tak , aku tengok je la muka blogger awek bermuncung seharian !!

Jika nama ' HARIMAU MALAYA' ditukarkan ..

 

Satu segmen terbuka yang aku buat untuk  kali pertamanya berkaitan dengan isu nama pasukan bolasepak negara iaitu HARIMAU MALAYA ... Jika nama HARIMAU MALAYA ingin ditukar ganti apakah nama yang ingin anda cadangkan ? Berikut adalah cadangan dari blogger kita ...

Ada lagi.. sambung nanti.. bateri nak abis ... Kalau aku la kan .. letak nama 'Dato Harimau' .. okeh ?

'Harimau Malaya' jadi masalah pulak ? Segmen baru ..

 

Hurm.. kalau dah menang , macam macam kes timbul.. Bila masa merundum , harimau pon hilang belangnya .. jadi cam arnab malaya lak .. hehehe ..

Isu penggunaan nama Harimau Malaya ini dikatakan tidak 1Malaysia .. Hurm... Rasa rasa korang la kan .. Kalau nak ditukar nama lain , apakah nama yang korang cadangkan ? Haaa... ni kira satu segmen khas aku buat ni.. Akan aku senaraikan cadangan korang tu .. Amacam ?

Jika berminat .. jom join .. segmen pertama aku bersama blogger .. InsyaAllah , mana tau kan ? Rujuk sini untuk mengetahui isu HARIMAU MALAYA ini ..

Untuk join segmen ni ... cam biasa .. buat satu entri khas :

  1. Letak header blog BEN ASHAARI
  2. Tajuk : SAYA CADANGKAN ...
  3. Sila tulis nama yang anda cadangkan dan kenapa nama itu dipilih ...
  4. Tinggalkan url entri korang tu di ruangan komen ini ...

Terima kasih ... Untuk segmen terakhir ari tu , isnin ni akan di sambung pengumumannya...

Sesi pengajian IPT bermula September 2011

 

TEMERLOH: Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa.

Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini "kehilangan" pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan.

"Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

"Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura," katanya.

Saifuddin sebelum itu menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan pemberita sambilan Bernama, Harun Mohamed iaitu Norhazwani Nadiah dan pasangannya Mohd Harzamie Rahimi. - BERNAMA


-BHARIAN-

Bila Usia Menjelang Empat Puluh…

 

oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

sumber : www.drmaza.com 

 

Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.

Tiada raja, tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar. Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu. Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit, melainkan dengan izin Allah jua. Jika Allah mahu, nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan dari Pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung!

Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang makin bergerak menuju 40 tahun. Tak berapa lama lagi, angka itu akan menjelang. Ramai orang berfalsafah tentang usia empat puluh. Ada yang berkata ia permulaan ‘kenikmatan hidup’, ada pula yang berkata ia adalah permulaan tarikh luput kehidupan. Ada yang berkata ia detik untuk mula berpesta dengan hidup. Ada yang kata usia empat puluh mula jadi ‘orang tua’. Ya! empat puluh juga menamatkan usia ‘pemuda’ dalam banyak organisasi.

 

Usia 40 Dalam Al-Quran

Jika kita kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta usia insan, Yang menentukan panjang atau singkatnya, maka kita dapati Al-Quran memberikan ingatan tentang usia 40 tahun dengan penuh makna dan menusuk jantung hati. Demikian Allah berfirman: (maksudnya)

“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)

Bagi yang dapat memahami bahasa Arab, dapat merasai keindahan bilah-bilah ayat di atas. Ia tersusun dengan cantik, indah dan penuh kerohanian. Ia menusuk kalbu, menusuk rohani yang lesu lantas mengheret insan ke dataran Tuhan. Ia mengingatkan tentang perjalanan insan; dari hari dia dalam kandungan ibunya, sehingga dilahirkan, sehingga matang, sehingga berusia empat puluh.

Lalu dia diajar agar berdoa untuk dirinya, untuk keturunannya dan agar dia bertaubat atas segala dosa yang dilalui sebelum menjelang empat puluh. Maka dia pun menjadi insaf yang benar-benar menyerah diri atau muslim. Dengan ayat ini, insan yang insaf tersentuh jantung hatinya, perasaannya tersentak, rohaninya sebak lalu dia terduduk insaf, taubat, ibadat dan terus membasahi perjalanan hidupnya dengan linangan airmata takwa sehingga bertemu Allah.

Keinsafan

Allah dalam ayat di atas mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya yang pernah dikandung ibu, agar dia tidak lupa setelah lama hal itu berlalu. Insan diingat tentang payahnya pengorbanan tersebut. Setelah dia dilahir dalam keadaan yang sukar itu, dia mula melalui perjalanan hidup sehingga ke usia matang. Al-Quran tidak pula menyebut tentang berapakah usia matang tersebut. Para mufassirin berbeza pendapat. Namun, ia barangkali sekitar antara 30an ke 40an. Ada yang lebih awal, dan ada pula yang mungkin terlambat. Apapun, insan apabila sampai usia empat puluh maka itu adalah tarikh yang wajib untuk dia mengingati dan menginsafi hakikat kehidupan yang dilaluinya selama ini.

Perjalanan hidup; pahit manis, suka duka, cubaan dan kurniaan, halangan dan laluan kesemuanya menjadi bekal untuk dia meneliti dan memahami ‘apakah makna sebuah perjalanan hidup dan ke mana jalan yang hendak dituju?’. Dalam suasana keinsafan itu, dia lantas berdoa dengan penuh harap agar Allah memberikannya kurnia perasaan ‘kesyukuran’ atas segala nikmat yang diperolehi selama ini. ‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. Maka, hilanglah bongkak, hilanglah sombong, hilanglah bangga diri dan terasa kerdil atas segala yang dinikmati.

Kesombongan

Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah. Pada usia ini, teringat pula tentang zuriat yang bakal muncul dalam kehidupan, lantas insan pun berdoa untuk zuriatnya seperti yang Allah ajar dalam ayat di atas.

Selepas itu, menginsafi perjalanan hidup selama empat puluh tahun, insan pun berkata “Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”. Bergabunglah keinsafan, taubat dan penyerahan. Maka berdasarkan ayat dalam Surah al-Ahqaf ini, kita diajar untuk bertaubat apabila menjelang usia 40 tahun. Kata al-Imam Ibn Kathir (w. 774H):

“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta bersungguh-sungguh mengenainya” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/281. Saudi: Dar al-Tibah).

Ganjarannya..

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)

“mereka (yang bersifat seperti itu) itulah orang-orang yang Kami (Allah) terima dari mereka amalan yang baik yang mereka telah amalkan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; (mereka akan dimasukkan) dalam ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka”. (Surah al-Ahqaf: 16).

Indahnya janji dari Yang Maha Benar. Diterima segala kebaikan, diampun kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga. Alangkah indahnya. Soalnya, mampukah diri memulakan azam baru dan beristiqamah atasnya?! Berikanlah pertolonganMu Ya Allah!

Kematangan

Usia 40 tahun adalah usia yang mengajakkan kita untuk bersungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda yang lepas, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Usia 40 adalah usia matang yang berbekalkan pengalaman empat dekad. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (Riwayat al-Bukhari).

Usia 40 usia adalah tanda aras usia insan yang insaf, syukur, merendah diri, ibadah, harapan, taubat dan penyerahan. Usia 40 adalah usia bersungguh-sungguh dalam memikul amanah, membuang kedangkalan, mengambil iktibar dari pengalaman dan bertindak dengan hikmah dan kebijaksanaan. Ya Allah! Selamat kami pada usia ini sehingga kami bertemuMu!

Tiru gaya awek blogger entri popular ?

 

Mak aih ... Entri simple aku tapi rasanya komen yang dapat semua lebih dari 50 tanpa balas ... majoritinya "hahaha " ... 

Alhamdulillah .. bukan senang nak bagi orang ketawa .. Mungkin ada yang fikir aku buat lawak bodoh tapi kalau difikirkan sebenarnya segala ada yang tersirat .. Kalau tengok kulit je maka dapat la kulit .. kan kan ? Tak perlulah aku terangkan ..

Aku bukanlah nak mengajuk mana mana blogger untuk menyindir mereka.. tak da makna ookeh !! Satu sen pon tarak guna... Sekadar untuk meredakan  tekanan pembaca dan aku juga .. hehe...

Ada banyak lagi pose untuk digayakan nanti ... hehehe.. tunggu je la yer.. panjang lagi tahun 2011 ni... hehee... tapi jangan la fikir aku ni donut lak ..

Baru tau aku ni bukan blogger entri serius kan ? hehehe ... Tahun ni entah lak dugaannya ... hurm.. Harap harap aku mampu harunginya bersama korang semua .. okeh ?

Takat main tiup wisel , aku pon boleh !

Mental horizantal tul la ngan brader RELA yang jaga kat RNR Sg Perak ni ... Kan ramai ari ni orang ulang alik guna lebuhraya Utara Selatan ni .. maka penuh la tempat letak kereta hari ni ..

Brader brader RELA pon bertugaslah mejaga keharmonian tempat letak kereta ni ... bagus la kan .. diorng pon dapat la elaun skit .. sapa nak bagi ..

Cuma yang tak bestnya .. diorng dok main tiup jer suruh bergerak .. Yang aku nak celah masuk sbb kebetulan nampak ada kereta nak keuar .. Dia siap angkat kepala kat aku seolah tanya mana nak g sbb dia halang aku masuk ke lorong tu..

Bengang la aku .. Bukak la mata skit ! Kalau dah masuk tu sah sah la nampak ada parking .. takkan saja saja nak masuk ...Geram giler.. Lepas parking tu.. aku keluar.. Tengok dia .. dia wat bodoh je... Geram betul aku...

Baru ada wisel ! Cuba pegang pump gun ??

Tiru gaya blogger awek bermuncung ?

IMAG0168

Haaa... ni gambar aku amik semalam  .. saja je simpan ... Gaya awek blogger memuncungkan bibirnya .. punca ? Susah nak kenal pasti... nak kata putus cinta , tak gak sbb nampak comel .. nak kata comel , dah mmg comel ... Tu aku try buat .. amacam ? Comey ???

Tiru awek blogger g shopping ?

 

IMAG0171a

Haaaa... amacam ? Ada tak awek blogger g shopping berposing gini ? Ke atau 'klon' aku tu je yang buat posing ala ala gini ? Hahahaha.. tak leh blaahhh ..

Jangan ingat lak aku jadi auuw lak neh.. ni Aku buat untuk segmen tiru gaya awek blogger jer ... Kang ada je 'alien' amik kesempatan dok timbulkan isu mengarut jee... huhu .. Sah takde keje lain ..

Skang ni aku dalam perjalanan pulang ke Putrajaya... Dah puas shopping dvd kat Komtar tadi.. hehehe .. Puas giler .. dapat 3 koleksi drama korea , aku lak dapat 4  ...ehehe..bsst giler.. Yang paling best , aku dapat dvd STORM RIDER cartoon !! Perghhh... best best  !!

hujan lebat giler kat highway .. hurmm ..

Tiru gaya awek blogger - Lesung pipit ?

Picture 058 Ahakss .. hehe.. berposing ala awek blogger yang tunjuk lesung pipit dia .. hahaha.. ada tak gitu ? Ada kan .. ada kann.. hahahah .. Jgan marah aaaa ..

Saja je posing gini sementara nak tunggu check out... kebuluran tahap somalia dah ni .. Sambil sambil tu layan Lillo and Stich ..Mmg kaki katun aku neh.. hehehe

Tiru gaya awek blogger 2011 ..

 

image

Azie Azra punya header ...

Kalau aku tiru gaya dia , camana eh ??? Nak je aku keluarkan kamera ni ... hehehe .. Ok tak ? Aku rasa ramai tak keluar rumah nanti sbb dok muntah hijau bila tengok gambar aku tu kan ? Jadi , ada baiknya toksah la yer ... hahaah..

TAk pe.. aku nak teruskan mencari gambar gambar blogger awek untuk ditiru... Next !!!!!

Hehe.. dah jadi segmen baru aku lak yer.. Copyright tak dibenarkan !! hahahhaa. .. Segmen TIRU GAYA AWEK BLOGGER ! Peewittt..

Alaaa ... blogger laki semua control macho... kita serupa je bro.. tak yah ada segmen gitu la yer ..hahaha.. nanti aku fikirkan segmen untuk blogger lelaki lak eh ...

Januari dah.. tak sabar tunggu Februari ..

 

Huhu.. pejam celik pejam celik ... dah masuk Jan ... 1.1.11 .. perghh.... esok dah 2hb.. pastu kerja... kerja banyak .. hahaha ... Buat mereka yang sambut harijadi hari ni , Selamat Harijadi yer .. Pada suami Siti Rahayu, Zalie... semoga panjang umur yer ..

Jap lagi nak g pusing area town ni ... mau cari dvd  banyak banyak banyak .. murah sini beb ...  Pastu mau pg Sg. Petani lak ... mau jumpa member sana .. ada geng blogger yang duk kat sana ke ? Prof Hariz ... tinggalkan no tel ko kat sini ..

Februari tak lama lagi ... hehehe.. rasanya dah tau kan nape ? Tak tau ?? tak tau tak pe.. nanti masuk Feb tau la kan ... hehehe... Hurmm...

Bila dah masuk Februari .. korang rasa apa lak yang diorng tak sabar nak tunggu ??  Mestilah Ramadhan lak !! ahahaa.. pakat dah beli kain nk tempah baju raya nehhh ... Hurm.. tahun ni mau pakai baju color biru biji kundang gitu.. warna feveret .. hehehe ..

Gathering kat Alamanda lagi ? Mau ??

Blog nama unik pertama berkunjung pada 2011

Hehehe.. rekod lagi ... hehehe .. Mereka yang pertama singgah dengan nama blog yang uni...

image http://sicomot-comel.blogspot.com/

image

http://hasrulhassan.blogspot.com/

Follower pertama di tahun 2011

 

image image

Ahaks.. segalanya direkodkan .. hehehe... mana tau berguna satu hari nanti ... hehehe ... Tapi si eone rozali ni takde pulak tulis ada blog.. mesti ada punya kan ??? Kalau terbaca ni , sila tinggalkan url anda yer , incik eone ... Terima kasih ....

Komen pertama di tahun 2011

 

Waalaahhh .. ini adalah komen pertama yang aku dapat tepat pada 1/1/11 !! ....

image

Semoga kata katanya menjadi kenyataan .. Amin ...

En. Lokman kita ada blog gak ... OPs.. dan ini secara rasmi adalah entri pertama aku review blogger pada tahun ini ! Peeewittt ...

JOM serang blog LOKMAN HAKIM !

Hadiah TAHUN 2011 | Selamat HariJadi My Wife !

image

Sebelum cecah 2011 , aku dah dapat 7000 kengkawan ! Diluar jangkaan aku langsung !!! Yelah , bila tengok pengerakkannya , macam mustahil jer ... nak dapat 7000 .. tapi .. lihatlah duniaaaa.... hehehe.. poyos.. Apa pun ... jutaan terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog ini.. Mantap joee.. hahahaha...

Tepat jam 12 malam .. 1/1/11 ... Walaah.. wife pon dah bertambah 1 tahun lagi umurnya ... huhuhu .. berapa umur dia dah ? Tu kena tanya dia sendiri la yer ... hehehe ... ops... aku nak amik kesempatan ini .. nak mengucapkan SELAMAT HARIJADI ISTERIKU .... Dengan ucapan .. erk... auww... malulah.. nanti malam abe bisik eh.. hahahahha... meluat u.. jangan wehh... kang ada lak buat FAN CLUB ... AKU MELUAT DENGAN BEN ASHAARI... ke .. dah ada ????

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT YANG LEBIH GIGIH LAGI ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI