Aku sekadar seorang suri rumah ..

 

Daddy jaga aku dari seusia satu hari hingga sekarang ni .. So what ? Ingat duk umah tak leh jana duit ke ?

Photo

 

Hehehee .. Ada kawan tanya .. Apakah aku masih lagi seorang suri rumah ?? Aku senyum jer.. Aku akui je la .. Nak kata apa dah kan ? Nak je aku tanya la kat diorang  ..

“ Korang dapat handphone free tak ? Laptop ? Er , external hardisk ? Powerbank ? Atau tidur kat mana mana hotel dan makan percuma sambil dilayan serupa VVIP oleh pengurus tempat tu ? Atau orang bayar setiap apa yang ko tulis ? “

Bukan riak .. tapi inilah kenyataannya .. Bila pergi kerja , buat kerja .. Balik rumah , lepak kedai kopi .. berborak kosong .. pastu tidur ! Bila sebut internet , katanya membuang masa dan tak berfaedah !

Bersepah orang gini ! Aku bukan apa .. Kesian jer.. Yelah , walaupun gaji beribu atau berpuluh ribu tapi nak tanya .. Apakah anda bahagia dengan kerja anda ? Stress ? Kalau bahagia , bagus ! Anda berjaya capai impian anda .. Tapi kalau sebaliknya ??

Aku dulu , dok senantiasa terfikir.. Apakah ini yang aku cari ?? Bangun pagi , gi keja. Berebut naik LRT .. Kejar masa nak punch card .. Pastu tunggu bos kasi arahan .. Kena perli dengan kawan kawan. Lunch , makan sambil mengumpat .. Pastu balik keje.. Tidur , esoknya ulang semula ! Nak tunggu hari Sabtu dan Ahad tu , punyaaa la seksa ! Bila sampai Sabtu , kejap pulak dia berlalu .. Pastu gi keje balik .. Sampai bila aku nak tensen gini ??? Bukan ini yg nak aku nak ! Bukan gini aku nak abiskan usia muda aku !!

Bila aku fikir gitu , maka aku carilah apa yang aku nakkk sangat dalam kehidupan ini .. Dan Allah tunjukkan jalannya , 5 tahun lepas dan aku berjaya melakukannya dengan baik sehingga sekarang ! Buat pengetahuan korang , aku jarang kekal bekerja di tempat orang. Kalau dapat 3-4 tahun tu , kira bagus laa .. Aku mudah bosan..heeee..

Berbalik pada persoalan rakan aku tu , aku cerita la serba sedikit mengenai kerja aku .. Dan menariknya, dia tertarik dan ingin syorkan pada pihak pengurusan dia untuk gunakan khidmat blogger untuk projek mereka seterusnya .. hee.. Kalau ada rezeki , ada laa .. Cuma tak bestnya , belum apa apa .. dahhhhh minta % ! Hahahahha.. Adeh..

Kesimpulannya , buatlah apa yang kita rasa betul dan benar selagi mana tak melanggar undang undang agama dan manusia , kan ?

Hurm.. aku ada 3 projek hujung minggu ni.. Shell , Petronas dan NGO mana tah .. Nak amik mana satu ? Mana yg bayar banyak la kannn .. Masa itu emas wooo ..

28 ulasan:

  1. Tahniah abg ben..Alhamdulillah rezeki Allah..sy terfikir benda yang sama..cuma x tahu nk mula dr mn..skrg masih lg belaja utk berjaya mcm blogger len..chaiyok2!!!! Minta tunjuk ajar abg ben:-)

    BalasPadam
  2. sempoi bro.. entri ni mmg bleh naekkan smgt rmai blogger kat luar sana..

    farzli.com

    BalasPadam
  3. wow terbaik lah ben , in shaa Allah di situ keinginan kita di situ lah jalan kita .. Amin .

    BalasPadam
  4. Betul tu Ben.. yang penting kita bahagia dengan apa yang kita buat. Good luck.. :)

    BalasPadam
  5. Istilah bekerja sekarang tak semestinya kena ada punch card.. atau ulang alik dr rumah ke opis/tempat keja. Kalau ada org yg masih tak tahu org bekerja hujung jari dari rumah je bermakna memang dia tak pandai internet la atau dia guna sebulan.. mungkin setahun sekali je.

    BalasPadam
  6. terbaik ben,
    gaji beribu tapi xleh spend masa dgn family tiada guna jugak:)

    BalasPadam
  7. Saya ni kalau boleh nak berhenti kerja ok bro..Kalau la saya boleh baca masa depan, confirm 10 tahun lepas masa baru kawin saya takkan sibuk nak cari kerja, confirm saya nak buat bisnes sendiri jer dan besarkan anak..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah rezeki abg ben tu.. Nia pun terfikir nak buat benda yang sama, tapi sebab Nia kat Johor peluang tu tak banyak. Maka jadilah part-time blogger je..

    BalasPadam
  9. Memang seronok kerja dari rumah. Dah lama saya bekerja dari rumah.

    Kak Ros

    nash fesyen

    BalasPadam
  10. Salam abg ben..selama ni saya silence reader abg ben...saya juga ingin kerja dari rumah..masih mencari peluang-peluang yang ada..memang doa saya 1 hari nanti saya juga dapat peluang seperti abang ben..anak segala-galanya..biarla apa orang nak cakap, senyum tak perlu berkata apa-apa..

    BalasPadam
  11. Salam abg ben..selama ni saya silence reader abg ben...saya juga ingin kerja dari rumah..masih mencari peluang-peluang yang ada..memang doa saya 1 hari nanti saya juga dapat peluang seperti abang ben..anak segala-galanya..biarla apa orang nak cakap, senyum tak perlu berkata apa-apa..

    BalasPadam
  12. Surirumah berjaya...Bila pula turn saya? Hehehe...

    BalasPadam
  13. kita yang corakkan hidup kita.. kita berhak tentukan apa yang kita nak..
    teruskan usaha.. Moga berjaya dengan apa yang diusahakan.. ;)
    Bukan senang nak senang..

    BalasPadam
  14. terbaik la abg ben...thumb up for u...ingat senang ke nk jd suri rumah yg dlm ms yg sama menjana rezeki buat family...
    wifey2 yg bkerja di siang hari & sambung dgn tggung jwb menguruskan rumah tgga je yg tahu cemane perasaan itu...
    ape2 pun, jgn pth semangat...teruskan menikmati kelebihan & kebahagiaan jd suri rumah, dpt luangkan ms & tgk ank2 mbesar di dpn mata..

    BalasPadam
  15. Jeles gua tgk lu bro dah berjaya. Gua pun teringin nak berjaya mcm lu. Tahniah. ..

    BalasPadam
  16. terbaik la daddy qhaliff
    bangga tau qhaliff ada daddy camni

    BalasPadam
  17. rezeki ada dimana-mana asalkan kita ringan tulang..

    BalasPadam
  18. Tahniah abg ben...
    rezeki yang kita cari berada di mana2..hanya kita yg perlu berusaha dan berdoa..
    LeYa suke tgk kejayaan abg ben dlm dunia maya ni..LeYa cuba juga mengikuti jejak langkah abg ben. Masih mentah dan belum berupaya untuk memiliki pendapatan setanding abg ben..

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah abg ben. Pedulikan apa kata manusia. Yg penting kita buat keja yg betul yg halal.

    BalasPadam
  20. This is great! Kalau pandai cari rezeki, dapatlah kan.. Pernah gak jumpa org mcm abg ben. My own ex. Mudah bosan kerja kat satu tempat, and tak suka kerja bawah org, lebih suka kerja sendiri. Hewhew.. Best hidup gini sbenarnya, tapi rezeki manusia lain2 kan ^^, Semoga terus dilimpahkan rezeki.. :)

    BalasPadam
  21. Rezeki ada di mana-mana....
    http://belindarinn.blogspot.com
    Support....

    BalasPadam
  22. rezki di mana- mana , ada usaha pasti Allah bagi , mau ada doa sikit , support u bro !

    BalasPadam
  23. husband sya dh 5 tahun tinggalkan professional career dia n decided to do what he really want to do. dia mula2 berjinak dgn video shoot utk wedding n event pastu berkembang ke photo shoot. normally job on weekend, so during weekday dia buat editing. x yah hire maid or bb sitter. anak2 trus balik rumah lepas sekolah. n paling penting, dia x penah mintak duit saya n kami tetap gak every year g outing family heheehheeh

    BalasPadam
  24. www.silkscarffromchennai.blogspot.com said "saya bangga menjadi seorang suri rumah"

    BalasPadam
  25. terkesima jap bace..sgt stuju!! masing2 punye pemikiran & cara hidup sendiri..

    http://puterisihatjelita.blogspot.com

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.