Asam garam dunia blog ?

by - Rabu, November 03, 2010

 

Mula mula aku nak bagitau , yang kacau aku semalam tu lipas .. Disbbkan dia , aku sakit kepala sampai skang sbb asik terjaga dari tidur ..

Ok .. berbalik isu komen dalam blog .. Ada sahabat bagi komen tadi bahawa komen komen tu adalah lumrah .. Apa saja kita buat , pastinya akan dikritik .. Di cari la mana sudut kelemahan agar kritikan boleh dilemparkan .. Nak tanya satu soalan .. Yang nak kritik tu bagus sangat ke ? Penulisan dia tu dah tahap Phd ke sampai layak nak mengkritik penulisan orang lain walaupun amatur ?

Bukan aku nak tersentap dengan komen mengarut tu .. Muak dah .. aku pernah kene lagi teruk dari tu cuma aku nak satu je .. Blogger berpendidikan ... Jangan nanti orang kata , blogger ni takde keje lain , asik nak bergaduh mengutuk mengeji .. Diorg takkan nampak yang elok elok para blogger buat.. Yang diorng nk tengok ialah negatifnya dunia blogger ni.. 

Aku tau ramai sangat nak komen negatif kat blog aku ni .. Yo helloooooooo... aku ni sapa ? Artis ? Korang tengok aku kat tv ke ? Aku dapat bayaran juta juta ke ? Atau aku ada sebarang jawatan dalam parlimen ? Kalau takde , yang beria nak kondem aku ni nape ?  Meluat tengok blog aku atau orang dok cerita pasal aku ?? Tutup je la browser tu .. Aku yakin , kalau takat aku ni pon dah meluat , apatah lagi blogger blogger lain ..

Tolonglah .. buang hitam dalam hati tu .. dunia blog ni kecik je walaupun jumlahnya besar .. Kalau ada yang kata blogger ni nak kejar glamer , maaf la.. aku tak berminat .. Kalau aku berminat sangat , banyak dah gathering aku pergi .. Tapi ada aku pergi ??

Mudah je bagi aku.. aku berblog sebab aku tau dari blog boleh dapat pendapatan sampingan ( tak perlu buat kerja part time luar rumah lepas kerja )  dan juga tempat aku nak bercerita apa saja .. Kalau tak suka dengan cerita aku , pangkah jer .. kasi tutup itu browser ..

Aku yakin blogger blogger di luar sana pon sama gak .. Nak kritik , silakan .. Tapi bagi fakta dan dalil ! Bukan ikut bisikan syaitan tu .. Sebelum nak kritik tu gak , cuba belek diri tu sendiri .. Dah cukup bagus nak kritik orang lain ? Betul sangatkah diri tu ?  ;)

Bukan marah laaa... bosan ... setahun dah dalam dunia blogging.. asyik perkara sama je berlaku .. Jangan kata , ala manusia.. ada ok ada tidak .. kalau kita asik berpegang dengan pepatah tu , jawapnya sampai bila dunia kita ni takkan aman .. jgn kata dunia , malaysia pon cukup lah .. erk.. tak payah taman , kawasan perumahan kita pon cukuplah ..

Aku tak tau orang lain tapi aku nak 'kawasan' aku ni harmoni .. Orang datang dan pergi dengan senyuman .. Aku bukan kenakan tiket atau aku tak suruh ' SILALAH KLIK NUFFNANG SAYA'  bila masuk blog aku ni .. Tak nak baca , dipersilakan pangkah .. Suka baca , terima kasih ! Datanglah lagi ..  Mudah bukan ?? Ada banyak lagi blog untuk dibaca .. carilah yang berkenan di hati...

Semoga Allah merahmati kita semua ...

You May Also Like

25 comments

  1. Biasalah apa yang kita buat bukan semua orang suka dan setuju dengan tindakan kita.

    BalasPadam
  2. sabar lah ben...biarkan jer..makin di layan nnti makin m'jd....

    BalasPadam
  3. biasalah tu abg ben..semua orang ada pendapat masing-masing...ada yg bernas, ada yg ikut perasaan...terpulang pada diri sendiri mcm mane nak atasi masalah....anyway, sy sentiasa support blog abg ben!!!

    BalasPadam
  4. agree ben,anak2 selalu tanya,mak,kenapa bangsa lain tu maju?
    akak jawap senang je,sebabnya org2 kita(tak semua)ada penyakit hati.........

    BalasPadam
  5. salam...lama juga sy follow blog ni cuma x pernah tinggalkan jejak...

    mengenai isu komen2 negatif ni sy sendiri tk faham...apa yg mereka dapat dgn mengutuk dan mengeji hasil org lain...

    kalau kita bagus sekalipun, sepatutnya kita kongsikan ilmu kita bukannya memperlekehkan orang lain...

    kalau kita x bersetuju, suarakan pandangan kita dengan berhemah jangan adab susila kita sesama manusia

    hilangkan perasaan hasad dengki dlm diri...

    kalau x suka dan x bleh terima juga penulisan orang lain...xyah la susah2kan diri baca...

    mengapa la orang kita ni tk bleh tgk org lain senang?

    wasallam..

    BalasPadam
  6. sangat sangat sangat sangat setuju! malas dah nak layan..

    BalasPadam
  7. ye.. kalau tak suka sila pangkah tutup browser..
    tapi kalau masa mengundi tu pangkah tanda suke ye BA
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  8. kenapa kita tidak boleh hidup berkasih sayang...

    geram dengan mereka2 yang suka membenci...

    sabar Ben...mereka mungkin rasa tercabar dengan kehebatan mu...

    BalasPadam
  9. salam..
    bro ben..blog bro ni best. banyak info kat sini sebenarnya. banyak gak ilmu sy dpt kat sini. hihi. happy blogging bro..

    BalasPadam
  10. salam ben10,
    takpe la bro..kalau 100 tak suka, ada lagi 1 000 yang suka kat kita..biarkanlah diorang terjun dengan labu²nya :)

    BalasPadam
  11. s0k0ng en.ben 101%.....

    pada saya bl0g en.ben 0k wat....

    saya suka baca...wal0 pun jarang k0men....

    yg penting INPUT ada...

    peace t0 en.ben....

    BalasPadam
  12. Bro'.. lain padang lain belalang...
    Lempang kan aje!

    Sekian.

    BalasPadam
  13. hhuhuh .apa lah masalah bangsa kita ni . bukan nak menyokong, menghentam aje .

    BalasPadam
  14. Salam...

    btl tu abg ben..sik suka, sik apa..(tak suke takpe.) hehe

    BalasPadam
  15. ben boleh..
    sape yg x suka tu ha???
    tak baik gaduh2 dlm dunia blog ni..kdg2 tu ade yg x suka org tu x suka org ni..emm...sebenarnya dorang tu jelaous tu..x gitu en ben..:)

    BalasPadam
  16. uncle ben10 layankan aja mcam touch n go dia datang dia sentuh dia blah takder apa apa side effect pun kan kan :-)

    BalasPadam
  17. rilek arr ben, yang tukang kondem tu pon turut menyumbang dalam meningkatkan trafik blog nih. hehe..

    BalasPadam
  18. @faizah betul tu, kita bebas berblog,
    kalau xsuka dipersilakan......

    BalasPadam
  19. Apyzs setuju sangat la dgn ben...
    betul kata ben,kalau dah tak berkenan pergi la cari blog lain...nak kutuk2 ni nape,,?
    apa la faedahnya..?
    apyzs rasa ni keje orang melayu..
    orang melayu ni tak boleh tengok orang lain maju sikit,mulalah nak mendengki..

    Fikir2kan,da renung2kan lah...

    BalasPadam
  20. ayat ni best; "carilah yang berkenan di hati".. :)

    BalasPadam
  21. hmm..biasa ler tu en ben...manusia ni x mana leh tgk org lain lebih bjaya dari dirinyer..just follow your own rulez yer en ben...yang terbaik tetap jua dpt tempat di hati pembaca....

    BalasPadam
  22. melayu mudah lupa...lupa diri,lupa asal usul,lupa masa susah,lupa masa sakit,lupa masa bergembira..smua suka buat2 lupa..tlg la jadik mcm resmi padi..makin berisi makin merunduk,makin tawadduk kpd Allah s.w.t

    BalasPadam