Jangan gurau gurau sama saya ! Nanti bunuh u !!
Bukan aku laaa ... Ni haa.. orang vietnam ni ... gurau gurau , pastu gaduh .. pastu main tikam tikam.. dia ingat star wars ke apa ?
Warga Vietnam mati ditikam rakan selepas bergurau
JITRA: Mula-mula bergurau, kemudian bertengkar, lepas itu kena bunuh, demikian nasib yang dialami seorang warga Vietnam yang mati ditikam rakannya di asrama pekerja di Pekan Jitra 2 malam tadi.
Nguyen Banthey, 24, ditikam sekali di dada kirinya dengan pisau oleh rakannya yang berumur sekitar 30-an.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin, berkata mangsa dan suspek sebelum itu sedang berbual-bual sambil bergurau di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat itu yang dijadikan asrama pekerja, kira-kira 9 malam sebelum kedua-duanya bertengkar sehingga berlaku pembunuhan.
Lima warga Vietnam termasuk mangsa dan suspek menghuni sebuah bilik bangunan itu. Mereka adalah pekerja kilang membuat topi keledar di Sungai Korok.
Sawaludin berkata, suspek melarikan diri selepas kejadian itu tetapi ditahan polis ketika sedang berjalan seorang diri kira-kira satu kilometer dari asrama berkenaan.
Beliau berkata, polis turut menahan tiga yang lain itu untuk disoal siasat. Bangunan rumah kedai tersebut disewa oleh pihak kilang itu untuk menempatkan 15 pekerja yang kesemuanya warga Vietnam. - BERNAMA
11 comments
dulu jadi minah kilang,ade pekerja dgn v ni
BalasPadamade yg memang baran,boss mmg SGT2 garang dgn dieorg
lagi 1,lelaki v ni xblh terima arahan perempuan..ego rasenya
teringat lak kisah budak2 berebut remote tv
BalasPadamALL IN ONE
ntahlah..agaknya dia org ni dah biasa kehidupan macam tu kat negeri depa...selalu jadi macam ni
BalasPadam.tersangat la ganas. sembang-sembang, gaduh-gaduh, then bunuh-bunuh. wow. takot. huhu
BalasPadamaaa...nyawa skarang mmg tak ada nilai kan..
BalasPadamhehe dengar berita nie kat tv tadi....
BalasPadam@Peri PiASOLEHkn diri insyaAllah yg SOLEHAH menanti!
BalasPadamagak pedih juga baca nih
BalasPadamhaha apa laa..~
BalasPadaminilah yang dikatakan bercakap dengan ayam dan itik..hehehe
BalasPadamcomel betui depa 2 org tu
aduh..ingatkan Mr Ben marah LM pasal puisi main2 LM tadi tu..jangan marah eii LM gurau je tau.
BalasPadam