Bila Qhaliff tidur ..

by - Khamis, Oktober 17, 2013

 

Sian dia .. Tidur lagi dia . Pagi tadi , dia tidur jam 10 lebih hingga 11 lebih.. Pastu bawak dia g main air dalam bilik air .. Saja senaman sedikit dan ransang otak dia tu .. Tak la beku je..

Dari hari Isnin hinggalah hari Jumaat , tugas beginilah. Membesarkan anak dan menjaganya. Berusaha mendidik agar jadi manusia berakal dan berguna. Aku tak harapkan dia jadi genius atau bijak pandai .. Memadai dia tau gunakan akalnya ke arah kebaikan dan diredhai Allah ..

Bila dia dah tidur , barulah aku boleh bergerak sedikit. Kalau tak , kena ikut dia je. Kena perhatikan apa dia nak buat. Maklumlah , kalau boleh Livina kat luar tu pun dia nak try telan !

Ngantuk sangat tapi tak leh nak lelapkan mata sbb ada banyak kerja nak diuruskan. Walaupun wife balik kul 5 lebih , tak bermakna tugasan aku tamat ! Aku tetap kena buat kerja kerja terutama jaga Qhaliff sbb wife pregnant .. Tak leh wat keje berat sangat ..  Masa untuk bersiar siar kat luar ..

Namun begitu , kepala aku tetap ligat untuk cari idea bagi update blog. Sapa kata dah popular , senang ?? Perghh.. makin susah ada la.. Nak bersaing dengan rakan rakan yg baru naik apatah lagi mereka lebih fresh idea dan penceritaannya. Haa.. Kalau malas , maka .. aku kena keje makan gaji laa jwbnya ..

Lena dia tidur .. Aku nak amik gambar dia pon rasa malas sbb aku mengantuk sangatt.. Tidur jam 3 pagi.. baru jam 6 pagi .. Pastu , kul 3 pagi baru tidur ! Boleh krem otak wooo ..

Nasib baik sabtu ni aku outstation .. lega skit .. tapi confirm akan rindukan Qhaliff !! Hurmmm..

You May Also Like

3 comments

  1. letih sekejap tu ben,
    dapat tgk qhalif membesar rasanya dh boleh ilang semua letih tu :)

    BalasPadam
  2. merindu la kejap nanti ngan qhaliff bila jauh hehe sabar eh

    BalasPadam
  3. tidur 3 jam je sehari... pergh... tak baik untuk kesihatan en.ben...

    BalasPadam