Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50]
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] [2:32] [2:33] [2:34] ..
" Camana life Ben sekarang ? Mesti lagi best kan tanpa Adawiyah di sisi .. Kena pulak sekarang dapat awek lagi cun .. ". Adawiyah menyindir aku. Sabrina ke tandas waktu itu.
Aku memandang tepat ke mata Adawiyah.
" Kenapa Ada cakap gitu ? Ben kah yang bersalah ? ". Aku menyoalnya semula.
" Ben terlalu mudah menyerah kalah ! Cepat putus asa untuk tackle keluarga Adawiyah. Semudah itu mengucapkan selamat tinggal ! ". Adawiyah mula menekan suaranya.
Aku diamkan diri. Aku tak ceritakan perkara sebenar mengapa aku meninggalkan dia. Dia tak tau yang aku menerima ugutan dari seseorang untuk mencederakan ahli keluarga aku sekiranya aku tidak meninggalkan Adawiyah. Aku tak nak ianya berlaku. Terlalu kejam aku pentingkan diri sendiri.
" Kenapa diam Ben ? Sekarang puas ? Puas tengok Ada derita begini ? Mesti Ben sayang sangat kat Sabrina kan ? ". Adawiyah terus menekan aku.
" Ya , mmg Ben sayangkan Sabrina sekarang. Kenapa ? Tak boleh ? Dia dari golongan biasa macam Ben ! Bukan anak orang kaya atau berpangkat macam cik Adawiyah kita ni .. ". Saja aku sindiri dia agar cepat pergi dari situ setelah aku nampak Sabrina sedang menghala ke arah kami.
" Huh ! " . Adawiyah terus bangun dan berlalu dan pada masa yang sama Sabrina baru sampai. Terpinga-pinga dia .
" Kenapa abang ? Kenapa dengan Adawiyah tu ?? Abang kenal rapat ke dengan dia ? Lain je muka abang ? ". Sabrina mengerutkan dahinya.
" Hurm.. Duduklah dulu. Nanti abang cerita. ". Pinta aku.
-SAMBUNG-
Astagfirullah al'azim... haih...Makin mengarut manusia di Malaysia ni.. Ni gara gara television atau filem la ni .. Idea dari situ .. Berjaya sungguh yahudi merosakkan manusia.
" Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.
“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku. ". - Hmetro
Gila tak gila la jantan tu ??? Bangang sangat ke apa? Yang dia nak bunuh tu manusia ! Aku nak bunuh lipas pon pk kesian kat dia .. Ni kan pulak manusia .. Sungguh menurut kata syaitan ! Berdekah dekah ketawa binatang tu.
Menurut akhbar tu lagi , suami dia baru berusia 28 tahun. Hurm.. belum matang sangat lelaki di usia ni. Maksud aku , bila bab cemburu ni.. Panas membara je jiwa tu.. Maaf yer lelaki.. Tapi inilah hakikatnya walaupun bukan semua lelaki gitu.
"Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur. ".
Haih.. Kot yer cemburu sangat , cerai je la.. tenang hidup tu.. sapa sapa tak susah dah !
Iklan : Baju lelaki dan baju perempuan yang murah dan terkini . Klik saja tulisan merah itu.
Panas ke tajuk ??? Hahaha .. Well ... Biasa laaa.. Tapi betul apa ??? Memang la aku meminang dia ... dan dia pun setuju apa ???
Nampak tak tuuu.. Kat atas tuuuu .. DARI LYSSA SECRET ... Tu la dia.. Aku meminang blog dia untuk bertukar RSS atau FEED bertujuan untuk menukar rakan pembaca sebagaimana selama ini aku buat dengan MAT GEBU aka www.tiffinbiru.com .
Tak de isu lain yer.. Lagi pon dia ni orang kampung ayah aku .. Hehe.. Oh ya , ada yang tak tau dan fikir aku ni boypreng dia .. Hahahhaa.. Kawan , aku ni tua dah.. dia tu muda belia .. Kang marah pulak boypreng dia .. Tak de , tak de .. kami buka berkapel yer.. Dosa dosa .. Saya sudah berpunya.. Lainlah wife nak buat gila macam BINI BINI KU GENGSTER tu.. Hahahah.. gurau jeee... haha.. ada gak kena piat telinga petang kang ..Hahaha..
Pertukaran feed ni ramai dah buat .. Kalau tengok kat bawah blog aku tu pon ada lagi dengan dua blogger.. Masing masing punya kumpulan pembaca yang berbeza. Ini akan menghasilkan pembaca yang 'berbilang citarasa' di blog aku ini.
Macam aku kata dulu , blog aku ni masih dalam peringkat promosi secara berterusan.. sehingga sekurangnya 1 tahun lagi , aku rasa ok dah kot..
Bagi yang nak berkenalan dengan si kecil molek neh atau nak belajar cantikkan blog , boleh ke blognya.. MEMANG CUN ! Blog dia laaa.. Dan blog dia baru je masuk majalah REMAJA ..;) ..
Meh , bila lamaran aku diterima LYSSA SECRET .. klik SINI
LAS VEGAS: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi.
Wheldon, 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta.
Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar.
Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihaknya amat sedih apabila mengumumkan bahawa Wheldon mati kerana kecederaan parah.
"Ingatan dan doa kami untuk keluarganya hari ini. Pemandu-pemandu lain sudah dimaklumkan mengenai kematian mendiang sebelum Bernard membuat pengumuman rasmi," katanya. - Bharian
Hurm.. Masih tergambar lagi dalam benak aku ni ,gambar kelas sewaktu darjah 1 dulu.. Kawan aku yang baru saja aku dapat khabar berita yang mana telah meninggal dunia 2 bulan lepas melalui page group FB budak sekolah menengah aku dulu ..
Status FB :
" brothers..ada sad news..harap kita bless the friend of us our buddy..KIRANPAL SINGH meninggal dunia 2 bulan lepas..saya dapat berita dari kakak saudara dia di HOSPITAL BESAR KL..harap kawan kawan kita send this message around..thanks "
" Kiran went tru depression(mentally cronical)..paling last dia dapat tekanan mental..dia meninggal semasa nak mandi kat dlm tandas hospital bro..tergelincir dan kepala dia cedera parah..meninggal on the spot..:( Halim Manaf yg badan besar..satu satu machaa punjabi pakai boo cut kat sekolah ...i jumpa di last pun masa dia buat show kat umah saudara dia kat pandan jaya 8 bulan lepas...masa tu dia ada cerita...dia sakit hati pasal hidup dia..sampai nangis..hmm..but kawan2 dia nampak je ganas tapi...soal tolong menolong ngan soft heart ..he the man..RIP KIRAN..kamu sampai message kat member kita k.. ".
Orangnya besar , suka buli kawan kawan tapi hatinya baik. Selalu diorang kata aku kembar dengan dia ! Siap cikgu pun letak aku sebelah menyebelah dengan dia .. Ok tu ok tapi bau ketiak dia tak tahan.. Haih.. tinggal kenangan.. Sampai ke tingkatan 5 , aku satu kelas lagi dengan dia ..
Dah sampai ajal dia ... RIP KIRANPAL SINGH !
Entah ajal aku bila pula .. hurm...
Tajuk panas .. Mungkin akan ada yang pandang serong terhadap blogger yang sering amalkan tajuk tajuk panas untuk menarik pembaca masuk membaca artikalnya. Tapi bila di baca , seringkali ada yg tertipu.
Memang terjadi ! Tidak dinafikan. Biasanya pembaca akan marah dan rasa tertipu. Kesannya , blog tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai hitam blog yang tidak perlu dikunjungi langsung !
Bagi aku , tajuk hot atau panas mmg perlu untuk menarik pembaca ke blog kita. Konsep ini serupa seperti strategi pemasaran filem. Trailer trailer yang memaparkan adegan yang menarik dipaparkan. Mereka takkan paparkan adegan biasa untuk promo. Begitu juga tajuk pada blog. Ianya merupakan satu promosi juga.
Tetapi , tajuk dan kandungan perlulah ada kaitan .. Jangan tiada langsung. Ini mengundang rasa tidak puashati pada pembaca kelak. Maka berhati hati dalam memilih tajuk dan juga kandungan entri.
Blog aku biasanya tajuk yang aku letakkan adalah sebahagian dari isi kandungan juga tetapi ianya adalah tersirat. Aku gemar menggunakan tajuk sebegitu rupa agar pembaca perlu teliti membaca dan menilainya. Aku tak nak pembaca sepintas lalu kemudian komen yang tiada kena mengena atau terus lari tajuk dari entri tersebut.
Ada yang gunakan tajuk biasa atas alasan kandungan entri lebih penting dari tajuk . Benar ! Jika kita punya pembaca setia , kita letak NOKTAH saja pon mereka akan masuk. Bagaimana pula mereka yang baru menulis blog ?
Pendapat aku , tajuk adalah penting. Mungkin mereka kata mereka tertipu tapi fikirkan kenapa mereka masuk untuk membacanya ? Pastinya tajuk itu menarik buat mereka bukan ?
Aku amik contoh , ARTIS DITANGKAP KHALWAT .. Bayangkan berpusu-pusu orang masuk membacanya tapi hampa kerana kandungan tiada kaitan. Marah ! Loh.. kenapa nak marah ? Takkan nak masuk baca entri pasal tu kot ?? Sapa suruh ! G la baca entri yang lebih ilmiah kan ?
Pada peringkat awal berblogging dulu , aku gemar lakukan ujian untuk mengetahui apakah isu isu atau bahan bacaan kegemaran rakyat Malaysia setiap hari.. Pastinya , hiburan dan politik.. Kalau bab agama sekali pun , pasti ada kaitan dgn politik.. Takkan lari..
Ya , citarasa masing masing .. Terpulang pada pembaca. Sebab itulah tajuk itu penting. Tajuk saja sudah boleh membuatkan pembaca tahu apakah isu yang bakal dibacanya nanti.. Entri perlulah diolah dengan lebih santai atau lebih padat untuk memastikan mereka tertarik dengan blog kita .
Maka , tajuk adalah umpan. Kalau umpan sekadar ' AKU MAKAN IKAN GORENG TADI' , maka kita dapat tulang sajalah .
Sekadar pendapat saja.. Terima kasih .
Terhutang budi aku pada mereka kerana kesudian mereka membantu aku naik dalam dunia blog ini. Dan aku masih lagi berusaha untuk terus naik dan naik ..
Mereka ini adalah pendorong aku untuk terus maju. Merekalah sumber inspirasi. Begitu juga korang semua yang sedang membaca entri in .. Anda semua terbaik ! Tanpa korang , blog ni lama dah pacak batu nesan... Hehehe..
Berikut adalah blog blog yang sudi meletakkan link blog aku.. Top 10 bulan September ..
- KORANG SEMUA !!!
Tulah dia .. ramai lagi.. punca trafik datangnya lebih dari 3000 blog .. Alhamdulillah.. Terima kasih pada yang sudi menjengok blog aku setiap hari... :)
Hampeh ! Sapa pulak pasang lagu kuat kuat memalam ni ? Iskhh... bikin hot saja..
Aku tinggalkan laptop untuk turun ke bawah .. Baru nak buat entri Blog Pilihan Malam ni .. Nak amik air suam.. Wife nak minum... Heheh.. suami mithali la katakan.. Ingat Aaron je romantik ? Ceh..
Baru aku turun tangga , bunyi lagu macam lagu K-POP tu haa.. Huih.. Wife baru nak solat Isya'. Takkan la jiran aku kot pasang ? Jiran aku belah kanan , berbangsa india. Belah kiri ni lak melayu tapi tak mungkin dia pasang. Anak dia semua kecik lagi.
Ke hantu ??? Awal sangat antu nak kacau aku... Ahhh.. lantak laaa... Wat dek laa.. Tadi senja bunyi orang bertukang.. Ni pulak lagu.. Macam macam .. Camana la aku nak tinggal sorang sorang masa wife berpantang kat Kelantan nanti ???
Dah amik air.. Aku naik atas semula.. Bunyi lagu tu makin kuat. Wife solat dengan tenang. Semakin menghampiri ke punca lagu tersebut ! Hurm..
Hampeh !! Sapa punyaaa blog pasang lagu nehhhhh... Hahaha.. Adoiii.. Aku lupa lagi mutekan sound sistem laptop aku nehhh.. Grrrr....
Salah sapa ??? Habaq mai sat kat akuuuuuu !!
Yang no 5 inikah ?
Atau
Yang bawah inikah ?
Aku tauuuu.... Hahahaha.. Saja je wat lawak memalam.. Hahaha.. Sapa la aku nak dibandingkan dengan jejaka di atas tu kan.. Hahaha...