Akan ku miliki hatimu itu .. (2:34 )


Kata laluan Facebook itu aku masukkan. Ruang pesanan persendirian aku tengok .. Ada satu mesej dari seorang gadis. Bukan dari kalangan kawan kawan aku .. Pandai dia ! 


" Huh.. buat akaun baru tuuu.. Sanggup dia ! ". 


" Ada nombor telefon. Macam baru beli je nih ! Dasat dasat .. "


" Hurm... nak telefon ke tak ? Ke sms je ? Segan la pulak nak cakap dengan orang yang tak kenal ni ! ".


"Camana eh .. letih gak nak berkawan dengan orang yang tak kenal ni.. Main sorok sorok pulak.. Kang aku kena kencing baru ada akal ! ".


" Nama pon pelik je ... Ada ke suruh panggil CINTA je .. adehh.. nak mampus panggil orang tak kenal CINTA ! Ni sah nak pekena aku ni  .. Tapi sapa nak pedahal aku nih ! "


Bingung.Bertambah dengan isu di KLCC lagi. Memang saja nak kasi aku dapat darah tinggi di usia muda ni . Hampeh tul ! 


" Camana la Adawiyah boleh datang ke gathering tu ! Siap jadi kawan baik si Sabrina lak tu.. Adoiii... ".


Teringat kembali saat Adawiyah tersenyum memandang aku ketika Sabrina mengenalkan aku pada dia . Entah apa Adawiyah cerita kat Sabrina nanti. Mau mau dikatanya aku ni buaya tembaga lak atau aku punya blog yang sebenar. Perempuan ni tak suka ditipu walaupun tipu sunat ! 


-SAMBUNG-

2 ulasan:

  1. siapa lah agaknya...jaga2 ben...

    BalasPadam
  2. cinta lama ke?
    haha
    lagi satu, takde dalam sirah tipu sunat. dengan gunakan istilah ni dah macam menghina Rasulullah SAW. kita percaya Rasulullah al-Amin, tapi kenapa ada istilah tipu SUNAT?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009