Isu lama ..

by - Rabu, Januari 19, 2011

 

Setiap hari... setiap saat.. setiap minit..setiap jam... akan lahir seorang blogger .. tak tau dari mana ceruk rantau dia lahir .. tapi yang pastinya , membawa gelaran blogger .. apa yang dia blogkan , tu terpulang la kan ..

Kemudian , muncul persoalan persoalan baru tapi lama seperti , APA ITU NUFFNANG , CAMANA itu ini .. dan banyak lagi .. Paling tidak pun ramai akan buat tutorial ..baru tapi sama .. hurm.. tak kisah la.. janji bahagia ..

Maka akan timbul isu isu baru tapi lama seperti FOLLOW ME , PLAGIAT , LALAT ( ANONYMOUS ) , KLIK KLIK dan banyak lagi .. dan paling terbaru tapi lama ialah auto BW ..

Ginilah , senang cerita .. seperti mana pagi tadi aku ada kuarkan satu entri berkenaan TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY , kalau baca kisahnya ... takat auto BW tu takde makna ..

Aku petik beberapa kata kata dia yang boleh kita jadikan motivasi :

  • "Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. "
  • "Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu."
  • " Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah."
  • "Ketika Allah  memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah  beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. "
  • "Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah."
  • "Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang."
  • "Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama."
  • "Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai."

Dan banyak lagi ( sini ) .. Jadi aku terfikir .. blogger yang buat auto BW ni jenis amik jalan singkat tapi perlu ke kita nak marah ? Jangan dilayan.. delete.. abis cerita .. kalau bengang sangat sbb banyak , buang je shoutbox .. abis cerita ..

Jadilah blogger yang bijak ..Cetuskan kontroversi bukanlah cara terbaik untuk naik... kita takkan dihormati dengan menjatuhkan orang lain.. Ingat , hari ni hari kita.. esok hari dia ..

Kan lagi bagus buat isu atau info  yang memberi faedah pada semua pembaca ( termasuk blogger ) ..

Pendapat aku , jangan dilayan .. tu jer la..

You May Also Like

54 comments

  1. Tq Ba..mmg agak marah bila tau..tp saya bw ke blog mereka dapat juga info sekurang2nya.biarlah mereka nak tipu..huhu.mungkin itu cara mereka untuk naik.

    BalasPadam
  2. tau sal benda ni tgk kat entry naz tadi.. kalau tak tgk mesti tak tahu..uhuhu yelah buat kje snng kan..emmm macam2 ado.. lepas ni isu ape lak.. :| tak marah tapi mcm xelok je.. yelah org lain dgn niat yang baik g blog ye,ye lak wat kje snng..juz masuk program n goyang kaki eheh...mmg tak perlu layan tapi perlu nasihat n think positiv .. tiada jalan singkat utk brjaya.. hidup pun kalau ambil jalan singkat mati sia2 je lah.. bunuh diri ..haiyaaa

    BalasPadam
  3. betul tuh..
    dulu apyzs pon selalu berblogwalking ni,tp bila fikir2 balik..
    blog kita dikenali sebab blogwalking bukannya dari entri2 yang berguna kita tulis...
    so sekarang ni apyzs pun dah berhenti dari blogwalking dan try buat entri2 yang hot keyword kata orang...cara tu terbukti lebih banyak membantu...

    BalasPadam
  4. Yer Mr.B is the bestt la..ermm ya la skg ni kan banyak sangat nak ambil jalan singkat kan

    BalasPadam
  5. salam...saya mmg ikut blog ni..saya pun pergi jugk ke link yang dibagi tu...mmg banyak perkara yang kita mmg tahu tapi mmg tidak kita lakukan...ye lah...
    tpi yang pasti... blog BEN ASHAARI ini..kita perlu layan...sama juga mcm blog miss Lulu Pages tu... banyak betul info..dan blog2 yang lain...

    *kurus da saya ni berblogwalking...laju sungguh walkingnye...hehehe

    thank you for the advices...

    BalasPadam
  6. menarik ben

    memang ada betulnya.. semua point yang dinyatakan olehnya adalah betul..

    dan bagi mereka yang cepat naik.. tidak akan kekal lama

    bagi mereka yang slow2 membina tapak.. even apa2 jadi pun die xkan goyah

    cam teman, dari dulu berblog mmg dari bawah sampai la tahap cam nie.. walaupun tiada la gempak mana...

    tapi kepuasan dari apa yang ku lakukan tetap ada

    klik link nie untuk ke
    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  7. hurm nothing to saya lah.. semuanya betul tuh

    BalasPadam
  8. 'Jadilah blogger yang bijak'.

    Sebagai blogger baru, saya akan ingat ayat tu sampai bila-bila. Thanks BA untuk entri yang bermotivasi ni :)

    BalasPadam
  9. bg gua..die guna tue tak kisah lg..kite tak rugi

    tapi jgn menipu guna ayat

    " hai dtg sini"

    "singgah naikkan trafik"

    lebih kurang mcm tue...kan tipu..tak dtg kate dtg..hehe

    tp dr senarai tue ada gak dh mmg kenal..so, dorg mmg dtg blog kita btol2..

    PEACE(~_^)v

    BalasPadam
  10. harap2 saya bukan la golongan yang tidak disukai itu...

    BalasPadam
  11. Baru lepas bace pasal auto BW...baru tau ader...hahaha. Patut la tgk name same jer kat shoutbox..

    BalasPadam
  12. BA
    kupasan menarik.. dan setuju dgn broframestone...

    ujang.. hai..
    Jemput keALL IN ONE

    BalasPadam
  13. baru jer naz post pasal blogger yg bt BW menipu ni. wuwuww...kdg, wat sakit ati jer...hope blogger baru/lama..jgn la wat cara kotor camni...tak baik tau!

    walaupun blogger yg wat tu entry dier menarik (coz naz jngah jgak la), tapi bila tau diorg main cara kotor camni..mmg sakit hati seketika. kita dok jengahla blog dier...rupanya dia menipu.hangin beb!

    BalasPadam
  14. hahaha...terbaiklah abg.ben.sayang sama lu!wakakakaka

    BalasPadam
  15. hahaha...terbaiklah abg.ben.sayang sama lu!wakakakaka

    BalasPadam
  16. hahaha...terbaiklah abg.ben.sayang sama lu!wakakakaka

    BalasPadam
  17. saya mcm ada baca2 psal auto bw. tapi x paham sgt.

    cmne kita nk tau org tu buat auto bw ke x?

    BalasPadam
  18. buang jelah shoutbox kalau nak marah2....autoBW jalan singkat..biarkan lah...kita bina blog kita dgn cara kita , ikut blogger yg mana bagus dan kena caranya.

    BalasPadam
  19. Yeah...entri yang macam ni la yang aku mahukan dari BenAshaari.... entri yang memberi pendapat...

    Well, manusia yang bergelar 'blogger' ni macam2... atas kapasiti seorang 'blogger' itulah dia bebas memnyuarakan pendapat dia yang kadang2 nampak too childish.

    tak apalah..peduli hapa, itu blog dia. Dia nak marah ka apa ka, nak kata orang tu pembohong ka, nak kata orang tu pakai bikini ka, lantak pi kat dia....

    aku dok nampak benda ni small matter saja, tapi bila dah di layan, jadi la macam isu shawls minggu lepas. Benda kecik ja, nothing pun.. tapi bila dah di lyan, macam2 la jadi nya...

    BalasPadam
  20. Salam.. sy da sthn lbh berblog tp x aktif pun. kire baru lg.. jd x slh la btnye kan.. hihih

    Auto BW tu cmne ye? (hehehe)

    BalasPadam
  21. encik Ben...

    betul kata kata encik Ben dan jugak kata kata Tan Sri Mokhtar tu...

    pasal BW tu ada beza ke dengan Auto BW?saya memang tak femes,tak popular...tengokler follower saya...alahaiii...

    cuma saya ingat niat saya nak berBlog sebagai nak kongsi pendapat dan kongsi cerita...kongsilah apa yang boleh saya kongsi...

    bukan nak tunjuk kehebatannyer ponnn...haddoii...saya punya background pun tak decorate niiii...hahaha...

    MUCHAS GRACIAS

    BalasPadam
  22. No paling MENYAMPAH masuk blog org ada..

    "takkan tengok je..klik la.."
    "pandang je ke.."
    "sila klik.."
    "bantu saya ya.."
    dan yang sewaktu dengannya..

    p/s:maklumla No xde nuff haha..

    BalasPadam
  23. Perangai org Melayu memang suka nak apa pun cepat2, sebab tu skim cepat kaya majoritinya Melayu...

    BalasPadam
  24. betul sangat .kata2 tuh mmg kena dengan situasi sekarang nih .

    *sobs sobs sedih kot .ingat kan dorang betul2 singgah blog kita sampai kan kita selalu asyik singgah blog tersebut sbb ye la blog baru merangkak rasa diri dihargai bila ada org2 femes ni singgah tpi x sangka begini rupanya*

    BalasPadam
  25. kepada yg nak tau ape tu auto BW: si blogger ni gune software jer......letak komen konon-kononnya yang diletak di shoutbox...dan die letak sume kat url korang...secare automatik software tu yang pegi ke blog korang...so..korang tak dapat traffic..:)

    BalasPadam
  26. as salam..
    huhu..blog saya baru nak pasang kembali funsi sb ni. tapi kalau si auto-bw ni ada entri fakta yang menarik.memang saya baca.terpulang pada mereka.saya dengan cara saya.walaupun saya jenis jarang ebr-bw.

    :)

    BalasPadam
  27. hai...semua dah makan belum...??



    p/s : saja spam reda kan keadaan..hihi

    BalasPadam
  28. bagus2...suke link yang abg ben kasi..buat saya bersemangat menerus kan hidup...

    BalasPadam
  29. hanya nawaitu diri kita yg mengetahui apa tindakan.

    belalang juga ada mengupas hal BW tipu nih. tp nawaitu hanya berkongsi dgn pembaca dan blogger baru yang masih tidak tau dalam dunia internet nih apa pun boleh berlaku...

    kadang2 terniat jugak nak buang s/mix tp syg la abg ben...hehehe

    BalasPadam
  30. sabar utk maju itu penting...menghargai usaha org lain dan usaha sendiri pun penting..

    :-)

    BalasPadam
  31. Thx Abg Ben kerana mengulas sekali lagi.
    pening betul tgk org komuniti sendiri asek berhentam je..huhu

    BalasPadam
  32. Salam .. ye buang je shoutbox tu ... tapi jangan buang terus .. sesekali upload balik ...:) macam iii ... hehehe

    BalasPadam
  33. Setuju dengan kata-kata ben.

    kalau kita selalu singkap kesilapan orang, akan datang bila kita buat kesilapan kecil, orang akan lebih pandang sepi kat kita.

    istilah 'saya baik, dia jahat' dan sebaliknya amatlah tidak bersesuaian digunakan dalam penulisan untuk menegakkan keadilan. Akhirnya wujudlah puak-puak dikalangan warna kulit yang sama.

    Kemarahan yang disembur untuk menimbulkan kemarahan yang lain boleh meninggalkan kudis pada kulit sendiri dan akhirnya berparut.

    Proses kematangan tu yang penting. Walau kita lama mana pun berblog tapi tak dapat nak 'handle' masalah kecil, layakkah kita dipanggil matang? ibarat kanak-kanak kecil..bila dijentik sedikit terus mencebik.

    "elakkan kontroversi, tingkatkan prestasi"

    p/s : 'watch and learn' jangan guna 'watch','try membuta tuli' baru nak 'learn'

    BalasPadam
  34. dah makin panas isu auto BW nih'
    mereka dapat traffic dengan cara singkat dan menipu sebab tu ramai blogger yang mara2
    kalau asyik bergaduh jer tak baik untuk dunia blog sendiri

    BalasPadam
  35. auto BW tu cmne??hehe..
    sorry..x paham..huhu

    BalasPadam
  36. kalau perkara tu salah,tetap salah..tak perlu nak pertikaikan lagi.. :)

    BalasPadam
  37. Sy biau je BW auto ni, malas nak filter.. hehe.. org kutuk ke maki hamun dalam s/box pun sy biarkan je.. sndiri tulis, sndiri malu laa.. haha

    BalasPadam
  38. sokong abg ben...thanx for this info bro...

    BalasPadam
  39. bkn apa BA,kdg2 pnas gak hati blogger tu bila dpt tahu org lain BW scra tipu....ermmm skdr pndgn^^

    BalasPadam
  40. sebelum2 ni xde ke isu autoBW? maaf saye baru lg berblog.. so tak taw la..

    BalasPadam
  41. :) :) :)
    suka ngan kata2 syed mokhtar tu
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    BalasPadam
  42. kenapa isu ni jadi besar sgt??? aku sungguh tidak mengerti..

    aku juga tidak mengerti apa itu auto blog walking. warrghhh!!!!

    BalasPadam
  43. Prepare yourself for specific certifications at Bitts!
    Bitts International Career College is proceeding its 18 years of success and offering certification courses such as red-cross, food handler and necessary computer skills. The certifications as well as skills will enhance career opportunities. Considering everyone, we provide flexibility in delivering sessions either online or in-person. Moreover, diploma courses are available for Winter 2021 term. Enrol Today!

    BalasPadam