Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!

 

image

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (

sumber - Mynewshub.my

47 ulasan:

  1. mahal bil astro bulan ni...pdahal rasanya baru je bayar...bulan ni mahal btol caj...

    BalasPadam
  2. semua dia boikot !

    Kene tegakkan hak sebagai pengguna

    pape pun,meh laa

    Nice blogger ! Harap anda dapan jenguk kembali ke blog saya dan sertai segmen saya

    hadiah menarik menanti :)

    http://belogchemad.blogspot.com/2011/06/segmen-la-tahzan-mencari-erti-hidup.html

    BalasPadam
  3. naseb baek umah aku x ade astro,huhuhuhu

    BalasPadam
  4. tak payah bayar. melampau sangat la astro ni. dah la undi bagai tu bayar mahal. lepas tu nak bayar astro lagi. memang nak kaut untung saja. yang peliknya ada juga yang nak mengundi mcm af, ml tu sume even dah tahu astro tu kikis duit orang je. tak paham!

    BalasPadam
  5. as salam, rumah MMD dah ketiadaan astro selama seminggu sebelum ni bcoz channel tak dpt. consider dah boikot awal2 lagi..he he he

    BalasPadam
  6. betul mana boleh sesuka hati jer!
    kite bako! eh bukan kite boikot huhu..

    BalasPadam
  7. bil da sampai...kenaikan hampir rm 5....dari...rm 70..kepada rm 74.95...memg tak patot...

    BalasPadam
  8. http://rocktoadamlambert.blogspot.com/


    mahal nak mampos....bil aku 80 lebh ..padahal dulu 45 j...gilak!!

    BalasPadam
  9. kita bako je hq astro kat bky jalil tu. haha..

    BalasPadam
  10. mak aku pon dah membebel pasal bil astro ni , siap 'ugut' aku nak biarkan je bil tu x berbayar smpai astro potong , aku OK je , pasal la ni aku layan korean movie online je. . .dh x tgk sgt kat channel 393 tu. . .tp , boikot2 xnak byr ni , surat mahkamah x dtg ka ? sori la mcm ketinggalan plak aku. . .

    BalasPadam
  11. dari dulu lagi tak pakai....asal lambat bayo cket kena potong...nak pasang kena 20 henget...

    BalasPadam
  12. hmmm... astro ni mmg agak melampau la.. dahla citer tayang berjuta kali dgn alasan mgkn ade yang masih belum tgk... kalo sekali ulang xpe... ni banyak kali... lepas tu, cerita banyak x bes...cthnya, yg bes2 dia masukkan kat channel mustika la.. nak kena langgan lagi tu.. nape tak masukkan kat channel astro ria, ke prima ke yg sedia ade...

    senornye, rumah sy mmg terpaksa pasang astro. kalo pakai aerial biasa, mmg x dpt nye la tv1 ke tv3 ke... gambar blur je..

    BalasPadam
  13. boikot sahaja,
    program2 tv kat astro semuanya tak best, kalah tv3!

    apa yg ada? sinetron? cerita ulangan , even asyik2 rancangan " the making of...." pon ada. atoiyai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  14. baru lepas kena potong astro sebab sengaja tak bayar..elok-elok je lepas habis final maharaja lawak hari tu..

    BalasPadam
  15. mmg tak bayar pun skang nie ... he he he

    BalasPadam
  16. alaa abg ben,astro kt rumah aerol ni tapaya susa2 byar mahal..hari tu byar rm100 jeww kt juru broadcasting kt sini..sebb dia teror hacking astro nih..now ...asrto kt rumah ni jsut pkai wayar internet then sambung kt tv. ^^ feel free hehe

    BalasPadam
  17. mari kita tukar decoder kpd aeriel jer..hahhaa

    BalasPadam
  18. sy pn nak boikot gak la.. takmo kasi duit kt housemate sbb astro tu milik dia.. dia mmg suka sgt layan astro ni..

    BalasPadam
  19. nasib sy xpernah langgan astro.,... mmg xmati tanpa astro.. sy pun xtgok TV.. umah pun xbeli Tv hehee

    BalasPadam
  20. Patut la pemenang Maharaja Lawak dapat jumpah wang sebegitu rupa..duit rakyat semua tu..

    BalasPadam
  21. yes!dah ler astro tu asyik ulang cita sama je memanjang..caj ikut suka die je nak nek!..x perihatin sungguh!..
    ( minta maaf..agak emosi) ngeee

    BalasPadam
  22. ha hambek kau astro yg angkuh...

    BalasPadam
  23. setuju sangat..
    Astro tu kira dah dikriminasi penggunanya..

    Dh lah siaran ulangan banyak sangat..

    Rancangan realiti tv bersepah-sepah.
    Mari menari lah, sehati berdansa, bintang emas lah, dan etc..

    http://ceriterahmad.blogspot.com/2011/06/boikot-astro-selama-3-bulan-astro-tamak.html

    BalasPadam
  24. sokong..jom boikot astro..kita tgk je..tp jgn bayar =]

    BalasPadam
  25. nak naik harga tapi siaran ulang tayang kemain banyak lagi.. hahah.

    BalasPadam
  26. Nak join boikot juga tapi tak secra terang terangan sebab banyak job tulis skrip untuk astro tahun ni huhuhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  27. bagus...ni yang aku tunggu2.ikut suka ati mak bapak diorang je naikkan bayaran bulanan tu.rasanya sekarang dah kene bayar hampir rm70.dulu cuma rm50 je.memang cekik darah...

    BalasPadam
  28. mak kate nak potong astro..cam hampeh...

    BalasPadam
  29. stakat boikot tak bayar ape barang.... batalkan subscription korang je.... gerenti astro pening kepala... alaa... nak sambung balik bukan mahal pun kan.... hahahha

    p/s: takut ckp nak boikot tapi gi tambah pakej HD... lagi takleh pakai... muahahah

    BalasPadam
  30. Rumah saya memang xde Kuali Astro dekat atas rumah..
    Lagi pon sekarang nie tengok tv pon dah boleh guna 0n9 kan..
    Tapi memang patot Astro kena boikot mengamalkan amalan riba betol..

    BalasPadam
  31. dah bayar bil tapi tetibe kena potong, lpas buat sambungan kena cas lagi dlm bil.. huhu sadist sungguh nak potong astro pn sayang juga sbb anak2 suka tengok kartun. kalau takda kartun susah juga nak handle dorang. memunggah je keje

    BalasPadam
  32. kejam betui astro nih ...
    smlm aku call wat pengurangan bleh CS tu ckp mmg kerajaan dah lulus... sedangkan tak pun lagi...

    BalasPadam
  33. Sy boikot takkan langgan astro seumur hidup sy... hahaha... nk tgk citer apa? download aje...

    BalasPadam
  34. astro kata banyak rancangan berkualiti tp yg banyak nyer ulang tayang.. kualiti ke tu?
    dah tu kalau time hujan gambo tak elok jugak.. x dpt siaran terus kadang2 tu.. bayo dah la mahal.. kualiti time hujan mcm hampeh!

    BalasPadam
  35. maaf ben,sy share pic boikot astro kat blog sy,huhuhuhu sorry

    BalasPadam
  36. fuiyooo sifuk jadi bloger informasi lerrr,. caya lahhhh

    BalasPadam
  37. hurm,, memang melampau...moon pasang astro kat umah pun sebab if guna aerial biasa memang x dapat...huhuhu...

    BalasPadam
  38. saya tak ada astro, tv biasa jeh. so, tak dapatlah join boikot astro.

    BalasPadam
  39. Saya kongsikan alternatif terbaik untuk berjimat tapi dapat tgk semua channel yg ada ditawarkan oleh stesen TV satelit di Malaysia..cuma RM30 sebulan!

    http://channelmurah.blogspot.com/

    BalasPadam
  40. tukar ke skybox..full channel rm25/month..
    http://www.facebook.com/channels.skybox

    BalasPadam
  41. tukar ke skybox..sume dpt..full channel rm25/month..
    http://www.facebook.com/channels.skybox

    BalasPadam
  42. Dh settle bln lps..60 hinggit..baki xde
    pasang satu decoder...free katanye..
    spai bill 256.45..
    family pakej ajer punnn...mmg gilabab...mahai

    BalasPadam
  43. @sukasuki
    Jom beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD, Langganan MYIPTV & CLINE.
    Boleh tonton banyak channel.
    Boleh pos@COD di PJ, Selangor.
    Whatsapp sy Khai 013-3332502

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI