Hukum isteri orang makan dengan lelaki bujang

by - Selasa, Mei 03, 2011

 

Maaf , sekadar perkongsian ... dicopy paste dari HMETRO

 

Soalan :

SAYA seorang isteri yang baru berumah tangga. Suami dan emak saya bekerja satu pejabat dengan saya.

Saya mempunyai seorang kawan lelaki bujang sama unit dengan saya.

Sehingga ke hari ini saya masih berkawan dengan lelaki bujang itu. Kami berkawan hanya di pejabat sahaja seperti pergi minum di kantin bersama, tetapi tidak pernah keluar di luar pejabat.
Suami dan emak mengetahui hubungan itu dan membenarkan jika saya minum dengan lelaki berkenaan. Apakah berdosa sebagai isteri saya berkawan dengan lelaki bujang itu?

 

JAWAPAN

ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihat�kan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur ayat 31)

Dengan mematuhi tata cara pergaulan sebagaimana yang dianjurkan dalam ayat al-Quran, seseorang wanita dapat menyelamatkan dirinya daripada melakukan maksiat dan tersebar fitnah jahat.
Begitu juga apa yang seharusnya puan lakukan. Selain itu, perlu ada perubahan dalam hidup puan selepas berumahtangga iaitu dengan menumpukan kepada rumah tangga dan suami.
Adalah baiknya untuk keluar makan bersama suami berbanding dengan teman sejawat selepas berumah tangga

You May Also Like

18 comments

  1. seboleh-bolehnya elakkanlah..

    kalau nak makan pun lebih baik ramai2x, dengan kawan2x yang lain.. dapt juga jauhkan diri dari fitnah2x

    BalasPadam
  2. slm bro ben.kite mmg ada baca kt hm baru2 ni.kat office yg bujang ramai so mmg kuar lunch break sama2.yg penting niat.jgn kuar makan sambil bertepuk tampar ngan bukan muhrim.tak kiralah dah kawin atau bujang.disebabkan kite ni petite type,ramai ingat kite bujang lagi.no wonder sapa2 yg tak kuat iman tu berlaku curang dah runtuhkan rmhtangga sdri.alhamdulillah yg bujang ni hormat kite sbg kakak dan hormat kite sbg isteri org.yg penting jaga harga diri sbg isteri dan ingat nawaitu keje utk cari rezeki yg diberkati =.=

    BalasPadam
  3. kena tgk situasi gak kan..kalo atas urusan kerja..mmg tak boleh dielakkan da..(^^,)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah,mmg xpenah mkn dgn kawan lelaki sejak dah kawin

    BalasPadam
  5. betul tu
    better kuwa mkan ngan kaum sjenis jer
    wlaupun kaloi tak kawen ag
    tp perlu tawu gak sume ni an an

    BalasPadam
  6. ermm, kene menjaga batas pergaulan, tapi seeloknya bukan pergi berdua, tapi pergi beramai, ada perempuan sekali bagi mengelakkan fitnah

    BalasPadam
  7. ala, kan pompuan lebih ramai dari lelaki. cari je la kawan pompuan utk gi makan.
    tp kalau makan ramai ramai ape salahnye.

    BalasPadam
  8. tapi yang jenis laki orang kuar makan ngan perempuan bujang cam mane???
    same jgk kene jaga batas kan..
    jangan dah rapat sangat maen
    lepak-lepuk-lepik oke..
    not gud lah kan..
    hehe.. isi entry yang bagus ;)

    BalasPadam
  9. keluar lunch ramai-ramai atau kalau tak ada sesiapa .. kirimkan aje.. pastu makan kat pantry.. :)

    BalasPadam
  10. jaga nama baik suami/keluarga...kalau nak kluar gak..elok ramai2...elakkan fitnah

    BalasPadam
  11. naseb bek bukan bini aku....sb aku pun xkawin lagi..heheh

    BalasPadam
  12. seharusnya dielakkan..
    nanti bwk fitnah dr org n org lain pndang serong..

    sekian, pndpat saya..terima kasih :D

    BalasPadam
  13. alhamdlillah..lum pernah kluar berdua mkn ngan teman sepejabat semumur hidup ni sejak kawen .itu berdosa.gerun saya..huhu

    BalasPadam
  14. cmnr lak ekh lau suami org kua mkn ngn isteri org??...br2 je lak tu...

    BalasPadam
  15. kalau keluar makan dengan lelaki pun..kelaur ramai2....maksudnya keluar dgn perempuan lebih dari lelaki...

    BalasPadam