BEN ASHAARI



 

image

" Oh , abang ku... kenapa nampak hensem sangat hari ini ? "

 

Wahai rakan rakan suami sekalian .. jika perempuan-perempuan bergelar isteri itu tiba - tiba memuji kita setelah bertahun lamanya tidak memuji kita ( para suami ) percayalah ! Mereka takkan memuji kosong .. Yearghh..

 

Apakah maksud aku itu ??? Bila mereka memuji kita , maka pandanglah wajah mereka . Sesungguhnya akan ada ayat lanjutan dari pujian itu. Samada ianya merupakan satu perintah secara halus atau juga satu permintaan yang besar !

 

Jeng jeng jeng ...

 

Bagaimana pula dengan suami bila memuji isterinya itu ? Hehehe.. Tu tunggu entri akan datang yer.. Hehehhe..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
-SEGMEN DITUTUP-

Dinasihati mereka yang  ingin sertai segmen ini  dengan niat semata -mata nak tinggikan trafik atau ramai follower , sila batalkan niat anda itu untuk menyertai segmen ini  .
Tiada penyenaraian entri juga dibuat. Mereka yang mengambil bahagian segmen ini , melakukannya atas sukarela. Terima kasih.

Segmen kali ni mudah je.. Aku pasti antara kira ramai yang blogwalking pada hari ni dan jumpa entri entri yang best untuk dikongsi bersama.

Jadi , segmen kali ni bertujuan berkongsi entri entri menarik yang korang jumpa tadi. Ok ? Mudah je kan ? Untuk menyertainya , seperti biasa ...

  1. Buat satu entri kosong .
  2. Letak header blog Ben Ashaari.
  3. Beri tajuk : 5 entri blog yang saya suka hari ini  , dan linkkan ke entri ni .
  4. Berikan 5 url lengkap entri blog yang korang jumpa dan baca hari ini .. Kalau nak lagi best , ceritakan sedikit kenapa menjadi pilihan anda .
  5. Tu saja.. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini .
  6. Tutup ? Bila aku tulis tutup tapi rasanya malam ni kot. Hehe..

Contoh url :
  1. http://www.tiffinbiru.com/2011/09/bantulah-sekadar-mampuini-masa-mereka.html
  2. http://www.sunahsukasakura.com/2011/10/saya-tak-reti-nak-dapatkan-balik-semua.html
  3. http://www.prince91.com/2011/10/iklan-seluar-londeh-sehingga-hampir.html
  4. http://ibugebu81080.blogspot.com/2011/10/perspektif-betul-salah-mengenai-jodoh.html
  5. http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/09/best-jugak-sesekali-berjauhan-daripada.html

Ini contoh je la yer ... Sekadar membantu rakan blogger yg berminat ... Terima kasih .

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

 

Sian... Itulah harga sebuah populariti. Bukan mudah jadi selebriti. Kadang-kadang , kena 'berlakon' tak kira tempat .. Hakikatnya ? Jadilah diri sendiri tapi biarlah berpegang pada agama. Jangan bagi alasan tunggu hidayah.

 

Kes Fida dan Mamat ni , peminat dah mula menyampah sebenarnya. Ramai malas amik tau. Sekarang ni mereka dok sok sek sok sek kat Norman dan Memey. Biasalah , ada isu panas yang memanaskan bontot masing masing termasuk bontot aku .. Hehehe.. Aku jujur gak neh.. Bukan pe , masing masing ada kelemahan dan kekurangan diri. Kena terima hakikat .

 

Kes Fida ni , seolah dia nak salahkan Mamat 100% .. Wah.. itu tak adil la Fida. Kalau Mamat tak terbuat gitu , nampaknya peminat akan terus ditipu dengan sandiwara gadis melayu terakhir ini . Lagi pun kejadian itu berlaku dengan izin Allah , kan ?

 

Malah dalam drama sekali pun , kita nampak camana lakonan Fida yang tidak menjaga batasannya kan ? Haa.. Dari situ , ramai dah tertanya-tanya..  Itulah , bukan mudah sebenarnya masuk industri hiburan ni.

 

Aku bagi contoh cam Heliza Helmi. Setakat ni cuma satu filem je kan dia berlakon ? Kenapa takde dah ? Aku rasa dia kurang selesa dengan berlakon ni. Aku sendiri ada pengalaman bila bersama dengan dia sewaktu  shooting vlog bersama dia. Dia amat jaga batasan dia. Contoh artis masa kini yang patut diteladani, bagi aku.

 

Menurut Fida ,  "Saya memang sengaja tidak menjawab semua panggilan. Saya mahu menenangkan diri dan tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ketika itu sangat tegang"..


"Saya tak tahu nak cakap apa. Saya sangat terkejut dengan tindakannya tapi, sukar untuk saya jelaskan. Terus terang saya katakan saya terkilan dan kesal dengan apa yang telah berlaku".
"Bukan sahaja gambar malah apa sahaja kenyataannya, saya benar-benar tidak tahu dan sangat kesal. Perkara pun sudah berlaku. Saya berharap tidak lagi dikaiktan dengannya selepas ini," katanya dengan nada begitu kecewa.

Fida berharap tidak ada lagi cerita kurang enak berlaku pada dirinya. Fida juga tidak bertemu mamat selepas insiden itu dan hanya berhubung sekali bertanyakan perkara itu.

"Seperti yang saya pernah kata, kami masih dalam peringkat permulaan. Belum lagi bercinta dan masih mengenali hati budi masing-masing katanya.. " - Sumber : Amyliana

Hurm... Mamat ni pon cakap main lepas je.. Tengok dalam kenyataannya kelmarin di  sebuah akhbar online ..

 

" Cuma sebagai kawan, saya ada memberi teguran. Saya minta dia fikir yang terbaik untuk dirinya. Fikir kalau peminat boleh terima fesyen tersebut saya tidak ada masalah. Jangan sampai peminat komplen, kerana karekter kami berbeza. Saya pakai seluar pendek pun tak apa, tapi dia dilahirkan dalam industri ini dengan bertudung. Saya tidak tahu sejauhmana dia terima teguran saya. Tapi setakat ini saya tak berani nak sentuh banyak soal pemakaian dia, ”.

 

Mamat , lain kali cakap .. fikir dulu... Kalau terlepas cakap susah.. Mulut tak rabun tapi cabul .. Masalah gak tu .. Hehehe..

 

Ben :  Sekadar luahan hati seorang peminat seni tanahair .

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 :  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19]  ..

 

Telefon bimbit dicapai lalu ditekan kekunci untuk ke ruangan menu utama.

 

New Message

Kau nak datang ke ? Ok gak. Sepupu aku yang tabligh tu ada kat rumah nenek aku ni . Lama kita tak layan khutbah dari dia. Cepat la datang.

 

Send

.............................................

5 minit kemudian ..

 

Aku ketawa besar. Aku tahu si Wan ni pantang jumpa sepupu aku tu.. Maklumlah , si Wan ni kan berjiwa budak bandar . Tahu je la camana kan ? Antara mereka yang spesis liat bab agama ni.

 

Eh , ayah aku nak pakai kereta pulak. Tak jadi datang la. Nanti kita jumpa je kat KL .. Daaaa..

Pesanan ringkas dari Wan Kembong. Sah taknak kena leter la tu ! Hiskh .. Bila la nak insaf .. Puas dah berleter tapi kata tunggu ikhlas.. Gamaknya bila dah digali kubur baru nak ikhlas kot ?

 

" Hahaha.. Yearghhhh... Baru gertak skit , cuak dah ! Adoii. Aparaa.. Jadi , plan esok boleh diteruskan la eh.. Tapi , aku tak ajak lagi si Sabrina tu.. Adoi. Aku ni dah kira syok sendiri ! Haiskhhh.. "

 

" Er... sms kat Sabrina sat .. "

 

New Message

Salam .. Sabrina , esok free tak ? Teman abang pergi perpustakaan kat bandar ,boleh ? Kita pergi sekali dengan Lisa.

Send

...............................

 

Tidak lama kemudian , telefon bimbit aku menari nari ..

 

"Alamak ...  "

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Alhamdulillah .. satu pencapaian di luar jangkaan aku. Ini bukan entri berlagak atau nak tunjuk hebat. Maaf , ramai lagi yang punya trafik yang jauh hebat dari yang ditunjukkan di bawah . Ini sekadar satu laporan ringkas untuk simpanan dan tatapan mereka yang berminat nak mengetahuinya.

image Trafik untuk Ogos 2011

2011
Trafik sepanjang tahun 2011 ( Jan - Sept)

image
Sumber trafik sepanjang 2011 . Tertinggi dari web/blog.


image
  Sumber trafik


image
Top 10 Pecahan pengunjung blog mengikut negara berdasarkan pageviews sepanjang blog BENASHAARI.COM diwujudkan.

image
Pecahan mengikut umur 


image
Pecahan mengikut jantina


image
Pecahan mengikut sistem operasi dan gajet bagi melayari blog ini.

Kerja keras perlu dilakukan dua kali ganda untuk tahun depan. Sekurangnya sasaran 6 bulan pertama untuk mendapatkan 1 juta pengunjung unik.

Mampukah ? Erk , tah .. skang ni berdua.. tahun depan bertiga.. InsyaAllah .. Hehehe.. Dan mungkin aku akan jadi full time blogger tahun depan .. Hehe..

Dan income untuk tahun ini ialah ... mana bleh cakap... nanti kecohh... lalalalala ... Tapi , apa yang aku boleh kata ... usaha tangga kejayaan .. Berblog atas minat dan usaha .. Kreativiti dan kesabaran mmg penting serta komitmen. Tu je.. Tu lebih penting dari $$ kerana dengan semua tu , $$ akan hadir dengan sendirinya dalam apa jua bidang yang kita lakukan !!.. InsyaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Memandangkan isteri aku yang tak boleh bau apa apa termasuk aku jugak , maka semalam selepas membeli ikan di pasar malam , gerai ikan yang aku tak tau nama pemiliknya maka tugas membersihkan darah darah yang ada pada ikan itu jatuh kepada aku !

 

" Ni nak bersihkan camana ??? "

 

Tulaa.. dulu masa kecik , sibuk main je ! Siap kata , tugasan dapur ni milik orang perempuan je.. Tugas lelaki , mudah je.. melepak sambil layan kartun .. Tu dulu laaaa.. pemikiran lelaki yang tak matang ..

 

Dan sekarang , baru padan muka ! Nak bersihkan ikan pun tak tau ???  Tapi berkat pengalaman aku sebagai seorang penonton tv yang setia dulu dulu , maka aku tau apa nak buat berdasarkan filem lakonan Hamid Gurkha yang mana dia bersihkan ikan siap dengan gosok gigi ikan tu sekali sebab gigi ikan tu kuning ! Boleh ?? Hahahha.. mampus cirit birit nanti !

 

Jadi semalam , sejarah tercipta .. aku membersihkan ikan bawal dua ekor dengan mengambil masa hampir 15-20 minit ! Perghhh.. macam bersihkan ikan jerung je gamaknya aku... Dah wife kata kasi ilang merah merah tu.. jadi aku sental kasi tinggal putih ! Mata dia yang merah tu , aku letak eyemore ..ok ?

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Mereka berdua tak sabar nak tau jantina anak mereka .. Wahh.. Tahniah la bro.. Kita sama laaa.. Kawan aku tu pon sama.. Si Ujang , Ahsan dan Adi .. Semua mengandung .. Eh , silap.. Isteri mereka mengandung berhampiran masa.. Jeng jeng jeng.. leh berbesan nehh.. Amacam ? Wahahaha..

image

Menurut Mawi , “Setiap kali buat pemeriksaan saya tak sabar untuk mengetahui jantina anak saya tetapi buat masa ini belum nampak apa-apa lagi kerana masih terlalu awal. Kalau boleh saya mahu bayi lelaki kerana adik beradik saya semua perempuan tetapi Mawi mahu anak perempuan kerana keluarga dia ramai lelaki.". - Mstar

 

Alamak bro.. Tak kisah laa.. Janji , sihat tubuh badan , comel serta bijak berbakat cam ayah diorang la kan ? Tu lagi bagus.. Kalau berharap sangat , nanti ada yang kecewa .. Haaa. betul bro ?

 

Apa pun , semoga Allah lindungi isteri-isteri kita la yer .. Dengan menjadi seorang ayah bermakna tanggungjawab kita semakin besar dan mencabar.. Nak mendidik anak di zaman ni bukan mudah.. Sangatlah mengharu-birukan zaman ini ... Dah tungang langgang..

 

Ok bro.. Apa apa , roger gua ! Leh pekena teh secawan dua sambil borak pasal bisnis atau blog .. Okeh ? Wahahaha .. poyos tul.. Oklah, abis dah ngarut.. Semoga Allah melindungi mereka serta kandungan mereka .. Amin ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Dari riak muka diorang tu la kan , apakah yang diorang nampak ? Takkan perempuan tu tak pakai seluar dalam kan ? Kalau pakai , mungkin seluar dalam BEN10 ??  Atau seluar dalam mereka koyak ? Atau sebenarnya dua orang ni berat ??

Korang rasa ?

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

image

Sekadar hiasan

" Ohh.. saya ingin kelihatan cantik , anggun dan langsing .. Bila badan saya begitu pastinya dapat memakai baju baju yang ikut bentuk badan saya.. Encik ada rahsianya kah ? "

 

" Oh ada.. tapi sebelum itu  , kita hayati sejenak gambar ini .. Moga cik tau apa yang cik nak nanti.. "

 

image

Dan juga kata kata ini ...

 

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

" OK.. sekarang sebelum kita mulakan sessi , awak nak camana ? Yang slim dan mantap agar lelaki terngiur melihat awak nanti ?  Atau awak nak lelaki mengatal ngan awak nanti sehingga awak pulak tak selesa ? "

 

" Erk... "

Sapa tak nak cantik kan ? Tapi kalau cantik bisa memusnahkan seseorang itu , maka ada baiknya terima saja ketentuanNya dan paling penting , jaga tubuh badan demi kesihatan. Tu yang sepatutnya...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Yearghhhhhhhhh.... Selamat tinggal FACEBOOK ! Aku kan pergi jauh mengembaraaaa.. mencaariiii .. kedamaiaannn..

Setelah bertahun lamanya aku membesar bagai johan di sebelah FACEBOOK ini , apakah aku perlu membayar untuk tengok status garut kawan kawan di wall FB ?? Oh tidak ... tidak sama sekali !!

 

Aku takkan keluarkan satu sen pun untuk si Mark tu .. Eceh.. dia pon tak nak duit aku ! Hahahaha.. Poyos tul aku.. hahaha.. Sori la beb , aku tengah belajar berlakon.. Kot dapat berlakon dengan Julia Ziegler yang jadi hantu tu pastu wat wat terkejut sambil lafaz apa yang patut .. kan kan ? hehehe.. Saja je timbulkan isu kontroversi nehhh..

 

Jadi apakah kata orang dalam FACEBOOK ? Diaorang kata , YURAN FACEBOOK AKAN DIKENAKAN APABILA BEN ASHAARI AMIK ALIH FACEBOOK ! Haaaa... dia kata cam tu laa... Gitu gitu la bunyinya... Jadi sampai kiamatlah BEN ASHAARI takkan dapat amik alih FB neh.. Jangankan saham , nak dpt pegang kayu mop tukang cuci pejabat FACEBOOK ni pon belum tentu , okeh !

 

Mereka di FACEBOOK berkata ; “A rumor on the internet caught our attention. We have no plans to charge for Facebook. It's free and always will be”.

Selamat menghabiskan masa di FACEBOOK ! Wachaaaaaaaaa...

 

Blog Pilihan : Bieyant

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] ..

New Post

Ku renung pelangi itu ..
Warnanya menghiburkan ,
Jiwa kelam menjadi ceria ,
Walaupun seketika.



Ku renung ikan di kolam ..
Berenang bebas berpasangan ,
Walau tahu ajal menanti ,
Setiap detik sangat bererti.



Ku renung burung di dahan ..
Berkicauan mencari teman ,
Sepi walaupun bebas ,
Tiada guna jika sendirian.



Ku renung wajah ku di air tenang..
Aku tahu aku bukan sendirian,
5 kali sehari aku berteman ,
Setiap saat DIA diingatan ,
Hanya DIA saja mampu faham ,
erti CINTA yang seorang insan.


Publish



Telefon bimbit kembali aku pegang. Beberapa patah perkataan telah aku karang. Dan membalas kembali pesanan ringkas dari Wan Kembong tadi.


Aku tersenyum.

-SAMBUNG-
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Bila dibaca  dalam berita , bunyinya seperti  nama mamat bermata sepet ni ..

image

Tapi bila aku dengar dan tonton betul betul berita di TV1 tu , chaittttt... Pembaca berita tu yang salah !! Eceh .. padahal aku yang pekak ! Bukan KHAIRUL FAHMI tapi KHAIRU FAHMI bersama rakan rakannya didapati bersalah atas cubaan melanun ! Hahaha.. Merompak laa ..

 

" Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini."   - AbgTeror

 

Terkejut ?? Aku lagi terkejut ! Dok belasah nasi kerabu tuu.. tercekik tulang terus ... Susah betul kalau nama dah popular ni.. Kang kalau korang dengar nama aku kena tangkap khalwat , tu bukan aku okeh !

 

Blog Pilihan : Ika Junus

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

image

" Abang kalau tidur , punya la kuat berdengkur !!! "

" Saja je abang berdengkur.. Sekurang-kurangnya awak tau saya ada di sisi awak .. Kalau saya berdengkur di sisi perempuan lain , camana ? "

" Grrr... miangggg !! "

 

Aidilfitri Sale : RM28 only ?? Klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

" Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.

Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga. " - MSTAR

 

 

Harap nanti lebih grand dari Norman n Memey bila bersanding . Rasanya takkan perlu penaja kan ? Ayah mampu bayar sendiri punya..

 

Wah.. aku dah jadi paparazzi lak eh ? Hehehe.. Sesekali layan.. 

 

 

 

Tags: Chef Wan, Chef Riz, Ana Dahlia, bertunang
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] ..

" Camana eh ? .. Camana aku nak pujuk si Sabrina tu .. Hurm.. Takkan nak bagi sajak kot ? Bunga ?
Aiseyman ".


" Masalah betul la.. Kalau single , mmg best .. Tapi bila ada orang nak , masalah pulak yang aku kena tanggung .. Adoiii.. ".


" Ajak kuar g bandar esok ? Iskh.. Segan pulak aku.. Ajak sekali si Lisa ? Warghhh.. tak leh nak bermadah pujangga nanti ! Hahaha.. Adoi.. Hampeh tu laaa.. "


" Takkan nak pujuk melalui sms je ?  Susah nak yakinkan dia yang aku dengan Adawiyah takde apa apa .. Tapi dah mmg aku dengan dia takde apa apa.. Bukannya aku buat salah kan ? ".



Bermonolog sendirian aku.



" Haaaa... aku tauuu.. Ajak pergi perpustakaan atas alasan nak cari bahan rujukan ! Jeng jeng jeng .. Mesti ok punya tu.. Nanti dalam bas , boleh la aku jelaskan pada dia .. Haaa... Lisa ? Ahh... Mesti dia tak nak ikut punya sebab boring pergi perpustakaan .. Hehehehe... Yearghhhh .. cun cun .. ". 



Telefon bimbit HTC Desire HD ( tajaan khas novel ni ) , aku keluarkan. Baru je nak taip sms , tiba-tiba ada sms masuk .



Salam . Ben , esok aku dengan Adawiyah turun kampung kau. Saja jalan-jalan. Riana pun ada. 


" Hah ???? Diorang nak turun esok ??? Biar betul ??? Aik ? Riana ? Kata dah takde apa apa ??  Iskh , Wan ni.. betul la suka kasi aku pening kepala !  "


" Camana eh ? "


" Takkan aku nak usung diorang semua pergi perpustakaan tu ? Adawiyah pasti cemburu kalau tengok aku dengan Sabrina. Dan pasti Sabrina tak ikut punya . Wahh.. aku gila macam ni ! "


-SAMBUNG-
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Pergh.. cayalaahhh... Kaya kayaaaa !! Pasni nak tukar kereta baru.. Perabut baru.. Bini baru  .. Laki baru .. Anak baru .. Semua baru laaa.. Apa yang boleh tukar , kasi tukaaarrrr...

 

Huh ! Banyak sangat ke 40% ?? Alhamdulillah ... Naik jugak kan dari tak naik ? Ok la tu... Rezeki penjawat awam yang tetap.. Yang kontrak ni , tak tau la apa cerita lagi kan ? Kena tunggu Bajet 2012 nanti ..

 

" Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. " - Yahoo

 

Tapi kan.. dengar citer lain pulak , walaupun gaji pokok naik tapi elaun ditarik balik .. Hehe.. Yeke ?? Alahai.. Pusing pi pusing mai .. Entahlah... Bonus ada tak ? Hahahaha...

 

Blog Pilihan : NoOr FareEza HezrEen

 

 

Tags: Bajet 2012, gaji, penjawat awam, kakitangan kontrak, kementerian, malaysia, najib
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

 

image

" Cakap betul betul !! Abang kawin lagi kaaannn !! "

 

" Tak laa.. mana adaaa.. awak laa satu-satunya isteri sayaaa .. ".

 

" Saya tak percayaaa ! Abang kawin lagi kaannn.. Cakap la betul betul !! ".

 

" Iskhh.. mana adaa laaa... " .

 

" Cakap laaaa..... saya tak suka laaa orang tipu sayaaaa .. ".

 

" Yelaahhh.... saya kawin lagii.. ".

 

" Haaaa.. kan betul cakap saya !! Abang kawin lagi !! Huwaaa... Sampai hati abang kawin tak jemput sayaaaa .. eh.. Huwaaaaaa.. sampai hati abang tipu saayaaa... ".

 

" Abang cakap betul , awak tak percaya .. Bila abang tipu , awak percaya pulak .. Adooooiii .. Boleh gila aku macam .. Baik layan Wonderpets... "

 

Blog Pilihan : izzie izzam

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Patut laa... dari awal aku masuk bangunan baru ni , ada satu lif yang baunya seperti orang buang hampas dia dalam tu... Perghh... Dasat eh ?

 

Sehingga sekarang , bau tu masih ada .. Aku dah syak mula mula tapi takde bukti lisan dari mereka yang mengetahui 'asal-usul' bangunan ni ... maka diamkan je la..

 

Ada kawan aku cerita , tang belah atas bangunan ni , lama dah kerasnya .. cuma takde kecohnya jer.. hehehe..diamkan saja ...kan kan ? Tapi cita lif ni , baru aku dengar tadi ..

 

Bila ditanya pada mereka yang 'menjaga' bangunan ni , mereka kata tu bau tikut mati.. Eceh.. Macam la aku tak tau bau tikus mati tu camana .. Bau dia ni ,busuk gila.. Nak bernafas pun pikir berkali-kali..

 

Akhirnya , terbocor jugak ... Rupanya ada kes kematian sewaktu pembinaan bangunan ni... Diorang kata bangla... Entah betul entah tidak , hanya Allah saja yang mengetahui.

 

Maka buat sementara ni , aku bau je la setiap kali masuk lif tu.. Dan confirm , mmg boleh pengsan kalau lama sangat dalam lif tu..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Sori .. Isu artis pagi ni .. Hehe.. Aku cuma mampu geleng kepala jer .. Apa pun kebenarannya , tak perlulah dipertikaikan. Biarkan je la  Datuk oii.. Kita ni kalau nak mengorek lubang orang untuk mecari salah , semua orang ada pasti terduduk malu ... Kan ?

 

image

image

image

Sumber : feelfreetofly

 

 

Fikir-fikirkanlah bila mengeluarkan kenyataan .. Mungkin kita ni pandai tapi kalau kita tak terlibat sama , ada baiknya tutup je mulut dan gelak je sorang-sorang .

Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

 

Kesian ... Tu je aku boleh katakan .. Sekarang ni mungkin ramai dok selak kain pengantin baru untuk mencari 'lubang' bagi membolehkan mereka dan syaitan ketawa beramai-ramai .. Kira boleh tepuk bahu sekali la..

 

Malah ada yang siap doa mereka cerai ! Apa gila tu ? Islamkah anda ?? Mendoakan keruntuhan rumahtangga orang lain ? Haishhh... Kenapa la begini ? Dulu , mereka kena tangkap khalwat .. ramai ketawa... Ok la kan ? Suka la kan ? Pastu kes dibawa ke mahkamah , ternyata mereka tidak bersalah tetapi ada yang tak puashati ! kan kan ? ( Rujuk Wajah Gembira Norman, Memey Selepas Dibebaskan ).

 

3 tahun mereka menanggung malu.. Bukan dia je , malah keluarga mereka. Dan mahkamah sahkan mereka tak bersalah. Selesai ! Kemudian mereka bernikah dan mendapat banyak penaja. Ramai tak puashati termasuk aku gak la.. Terus terang ni.. Tak puashati sebab siapakah mereka kan ? Tapi terima la hakikat bahawa itulah rezeki mereka !!! Dah begitu yang tersurat .. Selesai .. Kita masing masing ada bahagian .

 

Kenapa nak bising-bising ? Ni sampai ada seorang selebriti yang aku minat  kerana kreativiti dan bebelan dia , pun keluarkan kenyataan yang tak enak dibaca .. Haish... Biar je la ...

 

Angka yang berjuta-juta tu , betul atau salah .. mereka je yang tahu.. Mereka tipu , mereka dapat dosa .. Kalau tak suka , jangan amik tau ..

 

Bagi aku mudah jer... Kalau aku panggil tukang masak terkemuka dunia sekali pun datang suruh masak kenduri kat rumah aku , dia datang saja pun dah mahal.. tu belum dia mintak itu ini lagi.. haaa.. belum masak lagi tu !! Kalau dah masak ? Tak ke semua tu dikira kos ? Sponsor ke tak , semua tetap dikira kos.

 

Bab pakaian tu .. kita tengok asas dah la.. Diorang tu camana ? Memey tu muda lagi.. Mungkin belum sampai hidayah pada dia camana Wardina dah dapat hidayah ... Dulu Wardina pon seksi gak kan ? Tengok dalam Spanar Jaya dah la.. Tapi tuuuuuu duluuu.. Dia dah tutup buku lama.. kan ?

 

Kita doakan kebahagian mereka.. Kita pun sama sama mencari kebahagiaan.. Jangan terlampau mencari 'lubang' untuk jatuhkan maruah orang.. Skit skit dah la.. Ni kalau dah teruk sangat , cuba tengok diri sendiri tu .. Bagus sangat ke ??? Ni ada yang bercerita g umrah la.. haji la..tapi masih berseluar pendek.. Apa jadah tu ??

 

Kita mungkin bagus.. tapi jangan lupa , ada yang lebih bagus dari kita .. Ingat , kita asal dari tanah.. Ke tanah juga kita kembali.. Kau dan aku serupa.. Buat Norman dan Memey , selamat pengantin baru. Ampun maaf dari aku . Dan Abby , cepat kawin .. Kalau mamat tu tak nak kawin , cari yang lain.. Cari yang dapat membawa kita ke syurga Allah.

 

Tags: Norman Hakim dan Memey, memey norman, norman hakim dan memey kahwin
Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Hanya terdapat 3 hingga 4 klinik ini di setiap negeri. Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

 

OBJEKTIF KLINIK 1MALAYSIA

Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

 

SKOP PERKHIDMATAN


-Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.

- Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.

- Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan

- Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.

- Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.

MASA OPERASI

  • Tujuh hari seminggu
  • 10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan)

BAYARAN

  • Warganegara -RM1
  • Bukan Warganegara - RM15
Senarai Lokasi Klinik 1 Malaysia

Berikut adalah senarai lokasi bagi Klinik 1Malaysia seluruh negara.

 

Senarai Klinik 1 Malaysia

PERLIS 

Klinik 1Malaysia Kangar, No 6 Grd Floor, Jalan Lintasan Kangar, Taman Pertiwi, Kangar, Perlis

 

KEDAH

Klinik 1Malaysia Bandar Puteri Jaya, No 41, Grd Floor, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani,Kedah

Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari, No 208, Jalan Kota Kenari 3 shophouses, Taman Kota Kenari, Kulim,kedah

 

PULAU PINANG

Klinik 1Malaysia Jelutong, 116, Grd Floor, Jalan Jelutong,Pulau Pinang

Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar, No 6, Kedai 1 Tingkat, Lorong Teluk Air Tawar 14, Butterworth,Pulau Pinang

Klinik 1Malaysia Batu Kawan, No 19, Lorong Cempaka 1, Taman Cempaka, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang

Klinik 1Malaysia Sungai Ara: 2A1, Tkt Kenari 5, Taman Desa Ria, Sungai Ara, Bayan Lepas,Pulau Pinang

Klinik 1Malaysia Alma Jaya, No 38, Grd Floor, Lorong Alma Jaya 11, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam,Pulau Pinang

 

PERAK

Klinik 1Malaysia Teluk Intan, No 1, Taman Medan Maharaja, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan,Perak

Klinik 1Malaysia Bandar Seri Iskandar, No 32, Blok D, Bandar Seri Iskandar shophouses, Perak Tengah,Perak

Klinik 1Malaysia Aulong, No 51 dan 53, Jalan Medan Bersatu, Taman Medan Bersatu, Taiping,Perak

Klinik 1Malaysia Bercham, No 6A1 dan 10, Persiaran Medan Bercham 7, Pusat Bandar Bercham Timur, Ipoh,Perak

 

SELANGOR

Klinik 1Malaysia Lembah Subang, No 112 dan 113, Blok A, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya,Selangor

Klinik 1Malaysia Seri Setia, Community Hall, Jalan 230, Seksyen 51 A, Petaling Jaya]],Selangor

Klinik 1Malaysia Puchong Intan, Multipurpose Hall, Jalan 1, Puchong Intan, Batu 12, Puchong,Selangor

Klinik 1Malaysia Kota Kemuning, Sri Nevilia Hardcore Poor Housing Programme, Kota Kemuning, Shah Alam,Selangor

Klinik 1Malaysia Taman Samudera, Taman Samudera, Batu Caves,Selangor

 

KUALA LUMPUR

Klinik 1Malaysia Perkasa, B01, Blok B, Perkasa People’s Housing Programme, Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan,Kuala Lumpur

Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, B01 , Kuala Lumpur City Hall Quarters, Jalan Pantai Permai 1, off Jalan Pantai Dalam

Klinik 1Malaysia Taman Melati, Gombak Community Centre, Taman Melati,Kuala Lumpur

Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, B005, PPR Intan Baiduri, Kepong Utara, Mukim Batu, Kepong,Kuala Lumpur

Klinik 1Malaysia Desa Rejang, Blok B00, PPR Desa Rejang, Setapak,Kuala Lumpur

 

NEGERI SEMBILAN

Klinik 1Malaysia Taman Rasah Jaya, No 3773 (Grd Floor), Jalan RJ611, Taman Rasah Jaya, Negeri Sembilan

Klinik 1Malaysia Taman Seremban Jaya, No 2294 (Grd Floor), Jalan SJ10/1, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan

Klinik 1Malaysia Taman Semarak 2 Nilai, PT 5742 (Grd Floor), Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai,Negeri Sembilan

 

MELAKA

Klinik 1Malaysia Taman Merdeka, Batu Berendam, No 39, Jalan M1, Batu Berendam,Melaka

Klinik 1Malaysia Bukit Katil, 17, Jalan IKS, Bukit Katil,Melaka

Klinik 1Malaysia Sri Pengkalan, Alor Gajah, KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah,Melaka

 

JOHOR

Klinik 1Malaysia Taman Megah Ria, No 15 dan 15A, Jalan Bayan 37/2, Taman Megah Ria, Masai, Johor

Klinik 1Malaysia Taman Manis, No 392, Jalan Manis 17, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulaijaya, Kulai,Johor

Klinik 1Malaysia Stulang Laut, Blok G, Sri Stulang 1 Flat, Bakar Batu, Johor Baru,Johor

Klinik 1Malaysia Bandar Sri Alam, Blok A, Sri Alam Flat, Masai, Johor Baru,Johor

Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, JKKMB Hall, Taman Seri Lambak, Kluang,Johor

 

PAHANG

Klinik 1Malaysia Kempadang, No 2E, Lot 4629, Kampung Kempadang, Kuantan,Pahang

Klinik 1Malaysia Padang Jaya, Grd Floor, B32, Kampung Padang Jaya, off Jalan Sungai Lembing, Kuantan,Pahang

Klinik 1Malaysia Temerloh, No 12, Grd Floor Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan, Temerloh,Pahang

 

TERENGGANU

Klinik 1Malaysia Bukit Payong, Marang, No 8216, Tkt Bawah, Permint shophouses, Bukit Payong, Marang,Terengganu

Klinik 1Malaysia Wakaf Baru, Kuala Terengganu, Lot PT30712, Wakaf Baru, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu,Terengganu

Klinik 1Malaysia Binjai, Kemaman, GM562, Lot 1190, Mukim Binjai, Kemaman,Terengganu

 

KELANTAN

Klinik 1Malaysia Sri Cemerlang, Lot 348, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, Kota Bharu,Kelantan

Klinik 1Malaysia Jelawat, Lot 34, Bandar Jelawat, Bachok,Kelantan

Klinik 1Malaysia Pengkalan Batu, Lot 633B, Kampung Pengkalan Batu Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas,kelantan

 

SABAH

Klinik 1Malaysia Bandar Sri Indah Tawau, Lot 334, TB 15058, Batu 10, Jalan Apas, Tawau,Sabah

Klinik 1Malaysia Bundusan Square, Lot 67, Grd Floor, Blok H, Bundusan Square, Penampang,Sabah

Klinik 1Malaysia Sandakan, Lot 7A dan 7B, Grd Floor Blok B Bandar Leila, Jalan Leila, Sandakan,Sabah

Klinik 1Malaysia Kota Kinabalu, Lot 37, Grd Floor, Blok E, Fasa 2 Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu,Sabah

 

SARAWAK

Klinik 1Malaysia Jalan Teku, Sibu, Lot 302, Blok 7, Teku Road, Sibu,Sarawak

Klinik 1Malaysia Matang Jaya, Lot 9746, Seksyen 65, KTLD Taman Lee Ling, Jalan Matang, Kuching,Sarawak

Klinik 1Malaysia Taman Tunku, Lot 2350, Blok 5, LLD Jalan Kuching, Taman Tunku, Miri,Sarawak

Klinik 1Malaysia Sungai Plan, S/L 517, Sungai Plan, Tanjung Kidurong, Bintulu,Sarawak

 

 

*Banyak lagi akan dibina.

Sumber : PMR

 

Tags: Senarai Klinik 1MALAYSIA, senarai, klinik, 1Malaysia
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Iskh iskh iskh... dunia oh dunia ... Sampai gitu sekali eh ? Seorang suami merogol isterinya kerana degil ! Haaa.... Apa kes sebenarnya eh ?? Menurut Hmetro , "mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama. ". -HMETRO

 

Wah.. ni kes isteri degil la eh ? Hurm..tak dinafikan makin ramai isteri di zaman ni keras kepala .. Kenapa boleh jadi begini ? Ini pendapat aku je yer .. Wanita zaman ini yang punya kerjaya profesonal  dan berdidikan yang tinggi , mmg akan ada yang berlagak skit. Kawal rumahtangga.. Suami ? Hehe... kena dengar cakap si isteri pulak.. Bukan semua yer .. Ada yang bagus.. Yang bagus ni , bagus !

 

Sabda Rasulullah s.a.w ; "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

 

Hurm... Perkara mudah , sengaja disusahkan.. Haih.. Suami isteri kena bertolak ansur.. Tak kira la sapa bergaji besar sekali pun kan ? Kena la bijak berbincang. Dulu masa bercinta , boleh saja semua .. Tapi bila dah kawin ?

 

 

 

 

 

Tags: dirogol, suami, suami isteri, main isteri
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] ..

" Adawiyah ?  Kawan abang kat kolej .. "


" Serius ? Hurm.. Dulu pernah serius jap tapi tak sesuai. Pipit mana boleh terbang sama enggang .. "


" Aah.. Mak dia .. Takat abang anak pemandu teksi ni , mana sesuai nak kawin anak Datuk cam dia tu.. Abang sedar diri .. Tak pe la , dah mmg nasib abang gitu.. Susah nak lekat jodoh.. "


" Sabrina ? Nape ngan dia ? "


" Suka kat abang ? Iskh , Lisa .. toksah memain boleh ? Orang cam dia tu , bergaduh lelaki nak tau ! Lagi pon abang ni mana sesuai dengan dia ... "



" Hurm.. tengok la nanti..  Esok jer abang sms dia.  "



Malas nak layan borak dengan Lisa. Ada jer nak kenakan aku. Iskh...


Aku capai laptop aku . Macam biasa, ruangan komen menjadi keutamaan aku . Menunggu komen. Tapi tiada . Mengeluh panjang aku.  


" Takkan rindu kat anonymous kot ? ". 


Aku refresh buat kali terakhir sebelum aku update blog.


Takde juga. Kecewa. Teringatkan Sabrina , sedikit sebanyak kecewa aku itu terubat sedikit . Dan sms dari Adawiyah membuatkan aku perlu memujuk Sabrina nanti ! Apakah ayat yang perlu aku bagi ? 


Oh lelaki.. Ayat adalah kekuasaan dikau !
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Kot ? Ada ke kereta LEGO lagi besar dari ni ?? Hehehe.. Dibuat dari 380 ribu ketulan LEGO .. Teringat kecik kecik dulu.. Layan LEGO....

 

image

image

image

image

image

image 

image

image

image

Perghhh.. Dasat !!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

imageHahaha.. serius !!  Aku ketawa gile bila tengok pic ni ! Gambar ni lepas aku selesai menduduki SPM .. Kurus eh ? hahaha.. Gelap ? Serius ! Hahahaha.. Kalau kata aku ni  anak David Arumugam Alleycat pon orang caya punya laa...

 

Best part .. Aku dari dulu mmg suka warna terang .. Dulu aku suka warna hijau daun pisang ala ala jaket keselamatan .. Tujuannya , elak dari dilanggar kereta ! Hahahaha.. Sekarang aku suka oren. Apa gila pon aku tak tau ..

 

Masa ni camping kat Pulau Pangkor. Tahun 1993 .. hehehe.. tak tercemar langsung pantai dia masa ni.. Ada sekali tu nampak minah salleh  berbogel , mau terkeluar bijik mata diorg masa tu .. hahahaha...

 

Kenangan .. Sekarang kalau nak ajak camping , masing masing dah beranak pinak.. huhuh..  Camping paling cool ! Nak makan , g kedai makan .. Bukannya masak pun.. Hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image Atillia bersama keretanya ( DEZAMANCOTTAGE )

 

image

Iqram Dinzly

 

Respek betul artis kita .. Kat mana mana boleh berlakon walaupun tanpa director ! hahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Tahniah kepada mereka..  Suka kalu , terus nikah ! Jangan buang masa dan tambah dosa kan ?

 

image

" Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.

Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000. "

- MSTAR

 

Suka cara artis kita yang sorang ni ..  Tak putus asa mencari kebahagian. Semoga perkahwinan ini berkekalan hendaknya. Amin...

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

 

image

Hurm... Lukisan Old Lady ' Nenek ' ini sedang dijual online dengan harga $6,500 .. Ada sapa berminat ?

 

Hurm.. Cam sapa eh ???

 

Blog Pilihan : miss nobit

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes