Popular la sangat blog kamu tu !
Kalau ada blogger kata blog aku popular , sebenarnya aku malu .. serius aku malu .. aku tak tau la tang mana popularnya blog aku ni .. tapi bak kata mereka , masing masing punya citarasa ..
Cuma bagi aku , blog ni walaupun isinya pasal 'rumahtangga' kita , kita perlu peka dengan sekeliling kita .. Pembaca kita ni.. mereka baca , mereka simpan ... Gamaknya apa yang kita hidangkan pada mereka ? Maggie goreng ? Nasi lemak ? Atau ayam panggang ? Yang mana berguna untuk tubuh badan pembaca tu ?
Seronok bila mereka kata blog kita popular .. tapi cuba jengok balik blog kita tu .. apa intipatinya ? Berguna ke tidak ? Kadang kadang kita fikir , bagus dah blog kita ni.. banyak ceritanya .. tapi cuba tanya pembaca sendiri .. buat soal selidik sedikit.. dengan cara tu boleh perbaiki mutu penulisan kita.. bukan dengan harapkan komen dari anonymous yang kononnya penuh keikhlasan ..
Pembaca setia yang bakal menentukan hala tuju penulisan blog kita tu .. Cuba jual penulisan kita tanpa mengaitkan sebarang isu .. Maksud aku , dengan pengalaman harian , kejadian , rutin sehari hari .. jadikan satu cerita dan kongsikan dengan pembaca .. disitu akan ada satu 'cerita' yang mana akan ada satu pengajaran kehidupan yang sesuai diambil oleh pembaca kita ..
Maka barulah blog kita berguna untuk pembaca setia kita ... Kadang kadang kita terlalu asyik mendapatkan pembaca baru tetapi terlupa dengan pembaca setia.. Cuba check balik ruang komen kita ... dimana mereka dah ? Sebelum ini mereka rajin komen.. tetapi kebelakangan ini ??
Apakah blog kita semakin hilang sentuhannya ? Semakin hilang serinya ? Apa guna popular tapi tiada isi.. Harap kulit je cantik .. tapi isi hampeh .. Popularkan aku ? Aku tak bangga jika mereka kata ya ..
25 comments
saya pembaca setia juga
BalasPadamtapi kadang tak komen sebab adakalanya hati amat tersentuh hingga tak dapat nak komen
pengisian santai tapi memberi manfaat.
kengkadang ada jugak pengisian yg buat ggrrrrr..tapi itu tandanya dah kena batang hidung sendiri hahaha
ape pun ...tetap menyokong. Hari ni belum undi gi.
hehe jap ek
popular ker x popular,lain kira..tujuan berblog ni hanya utk melepaskan apa yg terpendam dlm hati ni yg malu utk diungkapakn di dunia sebenar terutamanya pada manusia..kalau dulu2 tulis dlm surat n then bakar atau buang dlm sungaii...simbolik kpd hilangnya masalah kita..
BalasPadamx heran pon klau income dr blog x byk,followers x byk...kalu org suka baca apa yg kita tulis pon dah cukup.
lebih suka jd silent reader tp kalau perlu baru komen,popular ka tak itu belakang kira,berblogging ni untuk menyampaikan segala apa yg kita rasa nak type dekat blog curahan hati gitu tak kisah la apa sekalipun huhu kalau orang baca ja pun tak komen pun dah cukup hehe eh blog ben best apa popular apa :)sb ramai kenai :)
BalasPadamnasihat dan teguran yang bagus untuk hari ini....
BalasPadamharap dapat terus maju kehadapan...
setiap orang ada niat sendiri buat blog...niat tu bergantung kepada mereka yg buat blog...senang kata siapa empunya blog, dialah yg buat...
BalasPadamDengan follower yang ramai, bilangan pengunjung yang juga ramai setiap hari, maka itu sudah dikira KPI kepada popular....
BalasPadamCuma kehilangan beberapa orang pengomen setia, mungkin bukan kerana mereka bosan, tetapi kurang berkesempatan..
Harap-harap begitulah..
memang gitula gamaknya..hurm..leh apply dalam kehidupan seharian..hehe
BalasPadamabg beng kan artis paling fofularrr giteww :)
BalasPadambetul abg beng..
kita dikenali oleh reader by penulisan..n the writers itself second..
tp dalam kes abg beng ni, blog abg bengg memangg bergunaaaa :)
keep it up! :)
@Eyrique Ettiqazz.
BalasPadamsy suke yang ny....=)
bg sy plak kan, blog yg sy anggap popular ialah blog yg sy ketagih nk bace...sehari x dpt bace blog dia sy mereng..sbb sy suke entri2 dr blogger itu yg otak sy bleh terima dan terus nk bace lg. sy x tgk pada bilangan follower dia..tp sy tgk pada kepuasan hati sy bile sy dpt bace blog seseorg tu. ada follower ramai tp sy x ketagih sgt plak. eh cam dpt idea lak nk update pasal ni hua hua hua...apapun incik ben telah buat sy ketagih shiuuuuuuuuuuu~
BalasPadamcik pulau memang sukakan pembaca setia...
BalasPadamdan cik pulau memang setia membaca entri2 abg ben..
cuma kekadang tu...
tak terkomen.. jadi silent reader je..^^,
abe BEN .. popular tu tak best pe ... huhuhuhuh kalau kite tak menegur mulai banyok yang kate sombong ke ape ke .. huuhu
BalasPadamwell, the first main of blogging is our writting and the way how we're writting. and we should know actually why we're keep blogging until now.because of what? because of our lust right. so tujuan sy ber-blogging adalah untuk menghiburkan hati sy besides doing something interesting at home either in school :)) and i wanna befriend with all bloggers.....
BalasPadamp/s: love the contents of this entry!
pembaca ben ashaari tak ilang..
BalasPadampembaca blog bengong gua ramai ilang..sedih..=)
buat mcm dulu kena kutuk..hihi
sy antara yang rajin membaca tapi malas nak komen...
BalasPadamsuka entri ni..tula kdg2 kita terlupa seketika mana pembaca setia & pembaca baru kat blog kita..huhu..
BalasPadamso, kualiti entri kita tu yg pnting bagi mengekalkan pembaca setia utk terus membaca entri kita & pembaca baru akan menjadi pembaca setia utk entri2 yg akan dtg....
TERPILIH TOP25 LELAKI SWEET...
tahniah bro, suatu pencapai yang baik berada di ranking ke 13 dalam -->
BalasPadamTOP BLOGGER MELAYU|TOP 500 ALEXA RANK
betol cakap abg ben tu..kite kena soal selidik apa yg telah kita tulis..adkh memberi manfaat kepada pembace kita @pon tidak..xpopuar pon tidak apa yg pntng hasil kerja kita dapat manfaat bersama..
BalasPadamUHH , TAK ABIS2 CITER NI YER??..
BalasPadampopular tu abg ben..he3
BalasPadambg dla penting nak jaga pengomen yg setia ni, lawatlah balik blog dia kan..mungkin ada yg x amalkan cara camtu tp lama2 mungkin dorang lupa kalau kita asyik tunggu komen dr mereka je..yelah, msg2 ada blog yg perlu dijaga kan..apapun kalau entry kita bagus InsyaAllah ramai yg baca..
BalasPadamagak2 blog IR tuh berguna ke..?? hihihi
BalasPadamboleh ke simpan dalam peti ais. elok juga lambat rosak kan?. hehehe... tunggu idea ada baru buat entry baru, kalau tak simpan dalam peti ais nanti basi plak... hehehe... malas nak komen ler
BalasPadammungkin sesetengah orang mengatakan bl0g yang banyak pengikut tu adalh bl0g yang p0pular...sabar yer en.ben...
BalasPadamPada pandangang saya blog popular merupakan blog yang diminati ramai..
BalasPadamMempunyai ramai pengikut.. Dan nak tahu blog kita popular ataupun tidak.. Pembaca yang layak menilainya..
Kalau banyak pembaca yang mengundi blog kita dalam satu-satu pertandingan.. kira popularlah blog tu..
Sebabnya mereka suka dengan blog kita..
Pada pandangan saya blog Ben Ashaari, Blog hanis Zulaikha dan blog Red Mummy boleh dikategorikan sebagai blog popular di Malaysia..
Entri Terkini Blog saya:
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menarik Trafik Ke Blog Anda??
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda