Masih lagi cerita pasal Philea Resorts and Spa ..
Harga sewa bilik kat sini ? Hehehe … Memang mahal la.. huhu.. Memang rezeki jadi blogger ..
Ada rezeki , nak bawak keluarga mai cuti sini .. Hehe ..
Masih lagi cerita pasal Philea Resorts and Spa ..
Harga sewa bilik kat sini ? Hehehe … Memang mahal la.. huhu.. Memang rezeki jadi blogger ..
Ada rezeki , nak bawak keluarga mai cuti sini .. Hehe ..
Alhamdulillah .. Sampai jugak di Air Keroh , Melaka. Bertolak lebih kurang pukul 10 pagi dan tiba di sini dalam pukul 4 petang.. Ikut jalan lama. Tujuan utama projek ni adalah untuk menimba pengalaman memandu kereta Honda Insight ni . Tu cerita kemudian .
Sebelum itu , semalam , aku dah buat sedikit research mengenai resorts Philea ni yang mana dijangka para blogger akan menginap semalaman di sini .. Dalam gambar tu , mmg membuatkan aku rasa kagum dengan kecantikan dan keunikan bilik dan suasananya. Apakah itu satu kenyataan ? Kebanyakkan hotel , indah khabar dari rupa.. Camana pulak resorts ni ??
Baru sampai .. hehe …
Bersama blogger Melayukini.net , En. Md Nor , Ujang dan Kak Chik.. Ramai lagi ada … hehe …
Ok… Camana bilik dia eh ? Aku tunjuk bilik dulu yer .. suasana tempat ni , nanti aku tunjukkan lak.. Tak sempat keluar lagi.. Jap lagi..
Konsep resorts ni mmg best .. Aku suka sangat style gini .. 2 tingkat .. Dan aku dapat bilik atas ..
Ini bahagian dalam bilik yang mana blogger dapat sorang satu bilik ! Terbaik !! Aku mmg suka gila konsep bilik gini ..
Ni permandangan dari luar beranda .. Selebihnya , nanti aku cerita lagi malam ni .. Ni jap lagi ada tour kat area ni .. hehe .. I like !! Sapa sapa nak honeymoon dan malas nak g jauh jauh , tempat ni mmg best ! Sunyi .. tenang … Pergh.. Nanti nak honeymoon lagi la kat sini .. Hehe.. Nak selidik berapa harga bilik ni.. hehe..
Yearghh .. Seawal jam 7 pagi , dah gerak dari Putrajaya bersama Ujang ..
Lokasi , The Bee , Jay One Petaling Jaya .. So far , layanan mmg cun ! Skang tunggu nak breakfast .. Heh ..
Aku tau .. korang senyum punya kan ? Yelah , ada orang kata .. blog yang tinggi trafik ni punya komuniti sendiri .. Kira yang keluar masuk tu geng geng tu jer ..
Mereka terlupa sesuatu .. Sebelum blog tu popular , apa taraf blog tu ? Apakah blogger tu seorang artis ? Selebriti ? Penjaga gol kebangsaan ? Mahupun adik penyanyi terkenal ?
Pastinya ada antara mereka sama seperti kita .. Orang biasa , blog pon biasa jer .. Tapi apa yang membuatkan mereka popular ? Haaa.. Part ni la kena bukak mata dik !! Tengok apakah kelebihan dan keunikkan mereka !
Kalau korang nak kata , dia cun atau kacak .. Skang ramai dah blogger cun dan kacak ! Tapi tak meletop pon ?? Haa.. Camana tu ? Yup , keunikkan blog mereka itulah yang membezakan dengan blog blog yang lain ..
Jangan cepat sangat putus asa .. Apa yang menyebabkan kita selalu putus asa dalam dunia blog ini , bab trafik ! Kita memikirkan camana nak dapat trafik tinggi macam blog popular tu sedangkan entrinya lebih kurang je kan ?
Bila kata trafik , maka akan dikaitkan dengan pendapatan dari blog .. Itulah yang menyebabkan ramai kecewa .. Bila tengok income , ciputt je.. Terus malas ..
Gini je la.. aku bagi tanah .. usahakanlah .. Tanam la apa pun kat situ atau nak buat kolam ikan sekali pon , buatlah .. Apakah esok akan keluar hasilnya ?
Gitulah blog .. Buat blog .. Dan kejayaan akan datang kemudian bila kita usahakannya .. Bagaimana ? Anda petani .. anda fikirkan caranya. Itulah keunikan dunia blog ini .. Masing masing punya cara sendiri .. Antara dosa dan pahala saja menjadi penentu ..
Wardina menunjukkan pelbagai barangan yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya. Foto BERNAMA
Siannya … Makin menjadi-jadi jenayah sekarang ni .. Semalam seorang gadis mati dikelar . Ni nasib baik tak diapa-aoakan kecuali suami Wardina diikat dan dipukul di bahagian muka..
Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.
Laporan polis telah dibuat. Semasa kejadian Wardina tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana demam. Nak tau lebih lanjut , gi baca kat Mstar.
Buat Wardina dan keluarga, kuatkan semangat dan banyakkan bersabar.. Ini dugaan dari Allah. Okeh ?
Hurm .. Geram .. Tu je aku leh kata .. Atas jalan raya ni , Pak Lebai pon boleh ilang pertimbangan bila memandu .. Yelah , memandu memerlukan tahap kesabaran yg luar biasa lebih lagi dalam keadaan lalu lintas yang sesak dan di waktu kemuncak .Masing masing pentingkan diri sendiri .. Tak dinafikan , kita pon gitu gak kan ? Heh.. jgn ler nafikan.. Kecuali yang tak memandu tu la.. hehe..
Tadi , dalam perjalanan balik … Haih .. Nak dijadikan cerita ada la satu kereta kecik ni tapi enjin dia macam Boeing 777 kembar 8 punya la bunyi .. Terbangnya tidak gak ..
Bawak kereta serupa bapak sedara dia punya jalan .. Dari lorong dia masuk ke jalan besar terus nak ke belah kanan sekali , tanpa bagi signal ! Aku tak kisah sebenarnya kalau nak berlanggar pon tapi bini aku dah menjerit terkejut .. Aku terus hon untuk elak berlanggar ..
Korang tau apa dia buat ? Dia tunjuk jari ! Mak aih.. Kurang ajar tul.. Dia buat salah , dia lak nak marah orang .. Aku kejar terus.. Tapi wife aku bising .. Suruh lupakan .. Grrr….
Bila dah dekat , aku bantai hon lagi n bagi balik jari.. Ikut hati nak je follow terus tapi wife tak kasi .. Hurm… bila pk pk balik , bodoh jugak aku kan ? Menda cam ni pon aku nak amik berat ! Patutnya biar je .. Bukan apa , tengok kereta dia pon dah tau camana orangnya ..
Kereta dia camana ? Hehehe .. Cantik lagi steamroll !
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..
“ Laila .. Er , Namamu teratas tak ? “ .Aku mulakan perbualan setelah hampir sejam membisu dan meneliti buku berkenaan sistem di syarikat itu. Baru sehari , dah bosan. Nasib baik ada pemanis kat sebelah.
Tiada respon. Buat tak tau je dia.
“ Mak aih , sombongnyaa !! “. Bentak hati aku.
Ada sedikit pengerakkan pada Laila. Tetikus dipegang. Bunyi tetikus ditekan. Seolah-olah menjerit manja tetikus tu. Memang buat aku cemburu ! Kan best aku yang jadi tetikus tu.. Pastinya aku dibelai manja .. Ahh.. enaknya..
Mengelamun lagi aku. Aku curi pandang pada monitor Laila.
“ Perghhhh.. Dia tukar wallpaper !! Letak gambar dia dengan pakwe tuuu.. Mak aih .. Ini kalau kat Facebook , mesti letak status MARRIED punya atau paling tidak pon , gambar profile mesti gambar bf dia .. Takkan takut kena kebas kot ??? “. Hati aku menjerit kecemburuan tak tentu pasal .
“ Wah .. ini main kasar ni. .Dia ingat dia je boleh letak ? Ok ok.. aku letak gambar VIN DIESEL .. Tapi kang , dia ingat aku gay lak .. Hurm.. abis peluang aku nak ngorat dia . Tapi bagus gak kan ? Kalau dia ingat aku gay , mesti bf dia tak takut punya .. Hahahha .. “. Idea bangang muncul di benak aku dan pastinya tidak dipersetujui oleh hati aku ..
Akhirnya aku letak gambar gadis pujaan aku yakni , Kristin Kreuk .. heroin SmallVille.. Heh , jgn cemburu tauuu ..
Lunch time..
“ Aiseyman … "Nak keluar ngan sapa ni ? Sangap aku ni nak g makan sorang sorang .. “. Aku memandang Laila.
“ Laila , namamu teratas .. Jom g makan sekali .. “. Aku beranikan diri. Berkat pengalaman aku jadi buaya kecilan sewaktu di kolej dulu.
“ Benjot.. boleh .. Tapi .. “. Laila tersenyum.
“ Takat belanja u , jangan risau laa.. Cakap je u nak makan apa .. Semua bos tanggung .. hehe.. Bukan I yang tanggung.. Hehe.. Acah je.. I belanja la… “ . Aku masih dengan lawak bodoh yg mana confirm buat awek lari beribu batu jauhnya.
“ Ok la gitu.. I tunggu bf I sampai. Kita g sekali yer . U tak nak ajak gf u tu ke ? Sian dia pulak nanti sorang sorang .. “. Laila tersenyum seperti dah selesai malam pertama …
Hampeh !
-SAMBUNG-
" Hah ? Pulak budak ni ..Kat mana susu Aniq ? "
Baru aku nak terlena ..
" Kat belakang laa.. Ala Pak Ngah ni .. Meh la Aniq tunjuk.."
Huh .. skali budak umur 4 tahun lak ajar aku !! Grrr.
" Susu nak berapa ni ? ". Saja aku tanya ..
" Pat je .Pastu letak air tuu .. Haa.. air tu pulak . Goncang tauu ."
Amboi.. ajar aku betul ni. Skali aku goncang , tersembur air keluar !
"Ala Pak Ngah .. kena letak yg tu tuu .. Ala yg bulatt tu laa .. "
Dia g ambik dan bagi aku .. Sejak bila botol susu sampai ada menatang ni ?? Makin canggih lak !!
Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan. – Kosmo
Pergh… pergghh.. perghhh .. Dasat ! Nasib baik pemandunya takde apa apa.. Ni kes teknikal ni.. Tayar kereta Myvi tu tetiba pancit dan pemandunya hilang kawalan dan menyebabkan dia terbabas lalu merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai.
Hurm… maka kita yang memandu kereta tu , beringatlah .. Kereta ni mesin.. Tak tau apa masalah yg boleh mendatang dengan tiba-tiba.. Haa.. Macam macam dah insiden yang aku dah dengar ..
Heee.. nasihat ni untuk aku gak .. Yang gemar memandu seperti jalanraya tu bapak sedara aku yang punya .. hehe..
Terkejut .. pagi pagi tengok ada 3 panggil tak berjawab di handphone aku.. Aku mmg gemar silent atau vibrate kan phone. Takde apa nak disorokkannya la ! Aku tak suka dengar bunyi phone. Sakit telinga ! Nyaring … N hp tu pon terbiar gitu jer .. Jadi , sila jangan fikir bukan bukan yer ..
Bila aku tengok skrin tu , terpampang nombor tel mak aku .. Awal benar call ?? Mintak-mintak takde apa laa.. Risau la kan bila orang tua call pepagi ni..
Bila dijawab , rupanya anak buah aku tu haa… Nak suruh aku hantar dia g sekolah ! Hahaha.. Padahal dulu beria sangat nak g sekolah.. Baru umur 5 tahun .. Nak g sekolah tadika cina.. Hehe.. Boring la tu sbb ramai anak cina.. Dia nak speaking camana kan ? Heheh.. sian…
Jap lagi aku nak g sana la.. Esok sampai Ahad , aku takde .. Ada projek test drive ngan Honda.. Duit bulan ni pon tak bagi lagi.. Huhu.. Nak gunting rambut lagi.. Haih..
Kereta dah basuh.. Jimat RM10.. Ni nak g amik kotak kat wife.. Kotak untuk isi barang rumah. Nak siap kemas sbb mungkin dalam tahun ni nak pindah ke rumah sendiri.. Hehe..
Ok la rumah ni.. Tak la besar mana pon.. Ni pon letih gak nak bayar tiap bulan.. Heh..
Korang yang masih belajar tu atau baru kerja , rajin rajin la simpan duit untuk masa depan. Ada benarnya kata orang tua kita … Susah dahulu , senang kemudian .. Tahan la skit nafsu membeli tu .. Toksah membazir tak tentu hala.. Nanti dah tua , tak de la menyesal mana pon. Cam aku ni.. nyesal gak .. Ikutkan lama dah aku berjiran ngan Bill Gates !
Baca dah Hmetro Online hari ni ? Tak pelik kan ? Memang dah terjadi lama dah .. Golongan bernafsu songsang ni semakin mengarut . Seolah tiada mati bagi mereka ... Seolah akhirat itu satu mimpi ngeri saja. Atau paling tepat , dosa pahala ibarat satu markah peperiksaan jer.. Sebab tu diorang leh buat kerja tu tanpa rasa bersalah langsung.
Lelaki liwat lelaki .. Perempuan ? Kalau buat , confirm tak mengandung. Dari buat berlainan jantina kan ? Pasti lebih teruk atau rasa bersalah punya kan ?
Hebat sangat ke dari pasangan halal mereka ? Hebat la kan sampai hari hari menjilat jari mencarinya . Tak dapat , rindu la konon… Geram la konon eh ?
Jawapan kepada ‘hebat’ ni satu jer …
Kenal gambar kat atas tu ? Walaupun kita tak tau bagaimana rupa makhluk yang dilaknat Allah dan NabiNya ini sebenanya , tetapi itulah simbolnya .. Iblis dan tenteranya , syaitna - syaitan yang ditugaskan menyedapkan segala yang haram dan mentawarkan segala yang halal bagi anak cucu Adam.
Bila haram , segalanya indah belaka . Halal ? Kerja sapa tu ?? Ingatlah kita bahawa dunia ini hanya satu cermin saja .. Dunia yang penuh tipu daya syaitan untuk menjadikan kita teman mereka dalam neraka kelak ..
Tau ke neraka ? Kalau tak tau , g dapur kemudia nyalakan api.. Letaklah tangan atas api tu ..Sakitnya disebabkan api tu tak sampai langsung kesakitan nun api neraka tu .. Itu janji Allah ..
Mana aku tau ?
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini.
Apakah Nabi Muhammad s.a.w tipu kita ? Fikir kembali sebelum melakukannya ..
“ Sedap eh ? Sedap tu datang dari perasaan je.. Hakikatnya ? “
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..
Akhirnya , aku sampai juga ke syarikat ni setelah berpeluh-peluh mencarinya. Habis baju aku . Sia-sia je smart bagai nak rak tadi. Ni dah serupa macam kena kejar anjing je pakaian aku. Hilang terus kehenseman aku .. Haih
Terus lapor diri ke bahagian IT.. Dan mata aku tertangkap susuk tubuh badan seorang gadis yang aku pasti dara lagi . Yup , Laila. Hehe.. Seronok aku !
Tidak lama kemudian , datang seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an dan kami diperkenalkan kepadanya oleh penyambut tetamu syarikat tersebut. Dan seterusnya dibawa ke bahagian yg mana menempatkan aku dan Laila , bersama !
“ Itu tempat awak .. Awak akan bekerjasama dengan Laila bab teknikal ni. Jadi kamu perlu banyak berbincang jika punya masalah . Pihak syarikat akan akan kamu berdua berkursus nanti .. Tempoh percubaan , 6 bulan. Ada sebarang pertanyaan ? “. Puan Zarina , selaku ketua bahagian IT memberi arahan pada aku dan Laila .
“ Laila ni dah ada yang berpunya ke ?? “ . Aku memandang Laila sambil mengenyit mata !
Zassss .. Penampar hingga di pipi aku !
“ Aduhhh .. “ . Aku menjerit kecil .
“ Ben , kamu tak apa apa ke ?? “. Puan Zarina terkebil kebil memandang aku . Laila pun begitu.
“ Err… takde apa apa Puan. Nyamuk gigit peha tadi ..” .Hampeh ! Mengelamun aku rupanya .. Sempat jugak tu..
“ OK.. kalau takde apa apa , kamu berdua boleh keluar dulu. Lepas lunch nanti , saya akan bawak kamu berjumpa dengan kakitangan yang lain. “. Puan Zarina tersenyum pada kami dan aku bangkit dari kerusi lalu mengucapkan terima kasih . Keluar dari bilik..
Yang pasti , aku berpeluh dalam bilik yang mana aircondnya dah capai tahap beku . Dan Laila , tak pandang aku langsung.
“ Sombong jugak budak ni.. Ini satu cabaran ! “ . Aku tersenyum ala ala perogol .. Jap , tak sesuai ala ala perogol.. Ala-ala pengantin baru di malam pertama.. Ok , ni sesuai !
-SAMBUNG-
Sekarang ni aku berstatus KULI cum BOS ke BOS cum KULI ? Aahh .. sama jee .. Status aku dulu dengan kerajaan , kontrak . 3 kali aku dipanggil interview , cuma satu je aku g .. Tu pon yang Insp Polis tu.. Fizikal lepas.. Ujian lepas cuma kantoi sbb pakai spek ! Haha.. Tak pe .. Memang aku cari alasan utk ditolak sbb aku tak yakin mampu jadi polis yang baik ! Yup , aku sedar diri masa tu ditambah lagi dek nasihat oleh senior-senior yg kebetulan satu bilik asrama ngan aku sewaktu induksi tu . Yelah , bila jadi polis ni , sahabat baiknya adalah penjenayah. Iman kena kuat lebih lagi lelaki . Kalau tak $$ , godaannya adalah kuasa. Haa.. Tu berpangkat tu.. Alhamdulillah , syukur pada Allah sangat sangat masa tu. Lega gila ! Aku tak perlu bagi alasan dah pada orang tu aku kalau aku dapat tapi aku tak nak .. Hehe..
Lepas dari tu , aku kerja kontrak dengan kerajaan bermula sbg guru hinggalah ke kementerian .. Hurm .. Sewaktu di kementerian aku dipanggil temuduga 2 jawatan tetap , AADK dan EO tapi aku tak pergi sbb aku tak berminat nak kerja tetap.. Malas nak g kursus dan byk lagi la alasan aku..
Setelah hampir 6 tahun aku berkhidmat di Kementerian Pelancongan , aku amik keputusan untuk tidak menyambung lagi atas alasan ‘CUKUPLAH JADI TUKANG ANGGUK ‘ .. Aku tak larat lagi nak berpura-pura. Tak berbaloi langsung ..
Pelbagai pengalaman yang aku dapat di sana . Dan aku ni spesis suka kritik terang-terang . Tapi masalahnya , ‘ada pihak’ tak boleh terima .Nak kata apa kan ? Dari kita mencemar nama buruk , ada baiknya tak yah sambung. Apa guna kerja tak ikhlas kan ?
Alhamdulillah , sebelum aku merealisasikan hasrat aku tu , aku dah sediakan payung .. Entah mmg rezeki aku dalam bidang penulisan ini , walaupun tak menjanjikan Ferarri atau pangkat , aku tetap gembira kerana aku tak perlu lagi mengikut kata orang lebih lagi yang .. yang.. haa.. ni tak perlulah aku abiskan ayatnya. Mereka yang bekerja di sektor awam saja tahu.
Maaf .. aku bukan kritik sapa sapa tapi inilah realitinya . Kalau nak kerja di sektor awam , pastikan berpangkat dan punya jawatan yang bertaraf profesional. Kalau sebagai kakitangan sokongan , hurm.. ok je cuma jangan la dok membandingkan kerja dan gaji. Tak suka kalu , berenti dan buat bisnis ! Tak perlu nak memberontak dalam diam . Tak ikhlas kerja namanya.
Dulu aku cukup enjoy kerja . Sabtu Ahad pon aku datang tanpa disuruh tak perlu claim OT .. Kenapa ? Sbb aku seronok walaupun tensen .. Dan tahun lepas , merupakan tahun yang cukup cukup merosakkan segala kenangan manis yang aku pungut di sana. Tapi itulah kehidupan. Tak selalunya di atas .
Bila aku bagitau pada rakan-rakan yang aku tidak lagi bersama kerajaan , mereka terkejut.
“ Tak rasa rugi ke ? “
Aku lagi rasa rugi kalau lebih lama kat situ. Aku hidup sekali jer .. Aku jumpa dah apa yang aku minat . Dan sokongan isteri aku , menguatkan lagi azam aku untuk menyatakan bahawa apa yang aku lakukan ini amat berbaloi !
Ya , susah dahulu .. Tapi mengapa ada yang berjaya ? Kenapa mereka boleh dan aku tidak ? Aku dah berjaya buktikan macam macam pada pembaca mahupun mereka yang mengenali aku.. Apakah aku perlu terus makan gaji untuk hidup ??
Rezeki kita , Allah yang tentukan .. Kita perlu berusaha. Dengan ilmu yang kita pelajari selama ini , apakah kita hanya layak makan gaji ??
Fikirkan .. Korang yang berada di IPT sekarang ni , fikirkan kembali cita-cita korang .. Kalau anak cina mampu berjaya selepas keluar dari U , apakah anak melayu hanya tunggu surat tawaran kerja ??
Kerajaan dah sediakan jalan untuk berjaya. Pelbagai arah .. Apakah kita cuma nampak satu jalan yakni ‘ YES BOS ? ‘. Kita ini terlalu takut utk berjalan tanpa tongkat walaupun dah mampu berlari !
Aku tak nak mati dengan penyakit stress ! Lebih baik mati terlebih makan dari makin akibat tekanan jiwa ..
Hayati lirik lagu BERNAFAS DALAM LUMPUR ini ..
Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...
Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...
Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...
Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan
Ni gambar terakhir aku amik guna htc aku tuu.. Pastu aku leka ! Letak kat beg aku tu tapi takde kat dlm tu pon !! Dlm poket pon takde ...arghhh... Ni kena beli baru ni !!
Abiss la ..mcm mcm ada dlm tu .. Gambar awek awek pon dlm tu .. huhu.. Pstt.. bini aku menjeling dh bila sebut !!
Mencari aku htc tuuu.... Pasrah ! Ada orang amik dh .. Hurmm..
Eh.. kat tangan kanan aku rupanya.. Terselindung dek sapu tangan .. hehe .. Alhamdulillah. Kalau tk , 2k lagi terbang !!