Kenapa kena kedekut ?

by - Jumaat, Januari 21, 2011

 

Pelik ? Jangan pelik ..  Kenapa aku suka promosi blog blogger yang aku tak kenal asal usul mereka ? Kenal pon dalam dunia siber ni je kan ? Apakah aku dibayar ? Apa yang aku dapat ??? Argh.. apakah segalannya kerana $$ atau trafik ??  hurm... Hayati kata kata TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY ini ...

" Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? "

" Ketika Allah  memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah  beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. "

"Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. "

"Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang."

"Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata."

"Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan."

"Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain."

"Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian." - sumber : sini

 

Kenapa kita kena kedekut dunia blog ini ? Sama sama nak maju tapi kedekut ? Apakah susah benar nak menceritakan tentang rakan rakan blogger yang lain ? jika benar blog mereka bagus , kita hebahkan .. Rugi trafik ? takut kehilangan pembaca ? Apakah itu agenda kita ? Bagaimana pula dengan pahala ? Ganjaran di akhirat kelak ?

Aku perasan , mmg ada blogger yang kedekut bab trafik ini.. Susah sangat nak linkkan blog blog yang mana mereka rasakan bagus tapi 'takut' nak bercerita mengenainya .. Pelik bukan ? tapi inilah hakikatnya ..

ORANG MELAYU , PANTANG NAIK SEDIKIT  MULALAH ADA YANG BERDENGKI - DARI FILEM SANTAU ...

You May Also Like

23 comments

  1. bang, ni komen pertama aku blog abang setelah sekian lama jadi silent reader. Huhu.

    Betul.. Tapi aku tak pandang hal ni dari segi kaum. Hm untuk apa nak kedekut? Semuanya datang dari yang Esa. Contohnya ilmu.

    Siapa lagi yang patut sebarkan ilmu kalau bukan kita kan. Takkan nak expect malaikat turun dari langit..

    Ni 1 soklan aku yang keluar topik. Kul berapa biasanya abang tidur sebab nak update blog ni?

    BalasPadam
  2. perhhh...
    yang ni memang betul....

    tiada kejayaan tanpa usaha....
    bernas dan sangat padat input nya!

    BalasPadam
  3. Salam abg ben :)
    aten sokong apa yang abg cakapkan tu . untuk apa nak kedekut kan .
    alhamdulillah aten jumpa banyak blogger yang tak kedekut dalam beri ilmu . aten banyak mintak tolong nasihat dari blogger yang kira otai dalam dunia blogging ni . tapi tak kurang juga yang sombong , nampak newbie macam aten ni , pandang sebelah mata je .

    ni pun kemusykilan kuar topik jugak ni , soalan yang Kid tanya kat abg tuh , aten mengadap laptop dari tadi , abg ben dah ada 5 entry terbaru dlm satu malam . hehehe!

    BalasPadam
  4. sooo..jum promote blog sy..kwang3..joke only...;p

    BalasPadam
  5. BANGUN TIDUR UNTUK STUDY. SEMOAT BELEK DULU BELOG ABANG BEN ASHAARI.. HEHEH..

    TU LA. FITRAH MANUSIA YANG TAMAK..

    TAK NAK TENGOK ORANG LAIN BERJAYA JUGA..

    BalasPadam
  6. En3 yg bagus...
    Kedekut itu amalan yg merugikan

    BalasPadam
  7. ustazah kami selalu cakap. tu mungkin rezeki orang lain yang melalui awak..apa apa pun, rezeki datang dari ALLAH

    BalasPadam
  8. jgn bekira...nanti rezeki datang pun bkira-kira...

    BalasPadam
  9. salam

    perut saya kecik je, tak muat nak makan banyak-banyak...so kita makan ramai-ramai..boley...heheh....




    jangan di layan pada yang kedekut tu, yang baik hati ramai lagi :D

    BalasPadam
  10. Kedekut satu hal, kalau membantu pun nanti satu masa akan datang, diungkit balik..huhh...kurang ikhlas...

    BalasPadam
  11. setiap niat yang terlintas atas jalannya.. dikurniakan ganjaran pahala kepadanya..

    kita tidak selalu berada di atas.. dan kenkadang kita sedar bahawa kita sentiasa berada di bawah

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    BalasPadam
  12. Agaknye org melayu ni jadi camni kenapa yek...

    Mngkin sebab Syaitan ni suka menggoda/menghasut org Islam lebih dari Agama lain kot...Hehehehe

    Hidup jgn la nk mendengki2...Hidup ni pun taklama kan..Ntah bila2 masa je Tuhan boleh cabut nyawa...Takyah tunggu tua..Btl tak En.Ben ??? :D

    BalasPadam
  13. sedekah tak semestinya dgn wang ringgit tolong mcm ni pon kira sedekah jugak...pendapat sayalah...hehe

    BalasPadam
  14. mmg jadi lumrah manusia akan kedekut bila mempunyai sesuatu, namun dalam berkedekutkan itu, ingat la bukan semua yang kita miliki bukan hak kita, tuhan memberi kpd kita untuk menyampai-yampai....
    hihhihi..mcm bersyarah plak...

    BalasPadam
  15. dah lama aku tak komen kat sini & cuma membaca jer. tapi hari nie, bila baca kata2 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, rasa sungguh terharu dan amat bermanfaat sekali kata2 tersebut. thanx bro sebab sharing.

    BalasPadam
  16. thanks for sharing.....

    isu kedekut nilebih ketara masa dok hostel ngan rumah sewa zaman bujang dulu...

    ada jugak pesen orang yang menghabiskan stok makan, minta kongsi dia punya tak nak... hehehe... simpan dalam loker... hehehehe camner kita tak jadi kedekut.. kita pun poket kering... asik bagi orang makan, diri sendiri tak der apa nak makan....

    BalasPadam
  17. thanks for sharing.....

    isu kedekut nilebih ketara masa dok hostel ngan rumah sewa zaman bujang dulu...

    ada jugak pesen orang yang menghabiskan stok makan, minta kongsi dia punya tak nak... hehehe... simpan dalam loker... hehehehe camner kita tak jadi kedekut.. kita pun poket kering... asik bagi orang makan, diri sendiri tak der apa nak makan....

    BalasPadam
  18. emo nampak abg ben. sabar. org sabar tu insyaAllah kejayaan sentiasa di hujung jln. dan buat menda yg btol walaupon di dunia siber. rezeki ni Allah boleh bg dlm pelbagai bentuk dan pelbagai waktu ketika yg kita takkan sangka

    BalasPadam
  19. betul2... orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang2..
    hehehheee~~~

    BalasPadam
  20. skang saya sedaya upaya merajenkan diri backlink kawan² [dulu bkn kedekut tp malas], now i found that my traffic increase...

    allah balas budi baik kita tang mana pun...!
    sw33tdarling.com

    BalasPadam