Masih lagi cerita pasal Philea Resorts and Spa ..
Harga sewa bilik kat sini ? Hehehe … Memang mahal la.. huhu.. Memang rezeki jadi blogger ..
Ada rezeki , nak bawak keluarga mai cuti sini .. Hehe ..
Masih lagi cerita pasal Philea Resorts and Spa ..
Harga sewa bilik kat sini ? Hehehe … Memang mahal la.. huhu.. Memang rezeki jadi blogger ..
Ada rezeki , nak bawak keluarga mai cuti sini .. Hehe ..
Alhamdulillah .. Sampai jugak di Air Keroh , Melaka. Bertolak lebih kurang pukul 10 pagi dan tiba di sini dalam pukul 4 petang.. Ikut jalan lama. Tujuan utama projek ni adalah untuk menimba pengalaman memandu kereta Honda Insight ni . Tu cerita kemudian .
Sebelum itu , semalam , aku dah buat sedikit research mengenai resorts Philea ni yang mana dijangka para blogger akan menginap semalaman di sini .. Dalam gambar tu , mmg membuatkan aku rasa kagum dengan kecantikan dan keunikan bilik dan suasananya. Apakah itu satu kenyataan ? Kebanyakkan hotel , indah khabar dari rupa.. Camana pulak resorts ni ??
Baru sampai .. hehe …
Bersama blogger Melayukini.net , En. Md Nor , Ujang dan Kak Chik.. Ramai lagi ada … hehe …
Ok… Camana bilik dia eh ? Aku tunjuk bilik dulu yer .. suasana tempat ni , nanti aku tunjukkan lak.. Tak sempat keluar lagi.. Jap lagi..
Konsep resorts ni mmg best .. Aku suka sangat style gini .. 2 tingkat .. Dan aku dapat bilik atas ..
Ini bahagian dalam bilik yang mana blogger dapat sorang satu bilik ! Terbaik !! Aku mmg suka gila konsep bilik gini ..
Ni permandangan dari luar beranda .. Selebihnya , nanti aku cerita lagi malam ni .. Ni jap lagi ada tour kat area ni .. hehe .. I like !! Sapa sapa nak honeymoon dan malas nak g jauh jauh , tempat ni mmg best ! Sunyi .. tenang … Pergh.. Nanti nak honeymoon lagi la kat sini .. Hehe.. Nak selidik berapa harga bilik ni.. hehe..
Yearghh .. Seawal jam 7 pagi , dah gerak dari Putrajaya bersama Ujang ..
Lokasi , The Bee , Jay One Petaling Jaya .. So far , layanan mmg cun ! Skang tunggu nak breakfast .. Heh ..
Aku tau .. korang senyum punya kan ? Yelah , ada orang kata .. blog yang tinggi trafik ni punya komuniti sendiri .. Kira yang keluar masuk tu geng geng tu jer ..
Mereka terlupa sesuatu .. Sebelum blog tu popular , apa taraf blog tu ? Apakah blogger tu seorang artis ? Selebriti ? Penjaga gol kebangsaan ? Mahupun adik penyanyi terkenal ?
Pastinya ada antara mereka sama seperti kita .. Orang biasa , blog pon biasa jer .. Tapi apa yang membuatkan mereka popular ? Haaa.. Part ni la kena bukak mata dik !! Tengok apakah kelebihan dan keunikkan mereka !
Kalau korang nak kata , dia cun atau kacak .. Skang ramai dah blogger cun dan kacak ! Tapi tak meletop pon ?? Haa.. Camana tu ? Yup , keunikkan blog mereka itulah yang membezakan dengan blog blog yang lain ..
Jangan cepat sangat putus asa .. Apa yang menyebabkan kita selalu putus asa dalam dunia blog ini , bab trafik ! Kita memikirkan camana nak dapat trafik tinggi macam blog popular tu sedangkan entrinya lebih kurang je kan ?
Bila kata trafik , maka akan dikaitkan dengan pendapatan dari blog .. Itulah yang menyebabkan ramai kecewa .. Bila tengok income , ciputt je.. Terus malas ..
Gini je la.. aku bagi tanah .. usahakanlah .. Tanam la apa pun kat situ atau nak buat kolam ikan sekali pon , buatlah .. Apakah esok akan keluar hasilnya ?
Gitulah blog .. Buat blog .. Dan kejayaan akan datang kemudian bila kita usahakannya .. Bagaimana ? Anda petani .. anda fikirkan caranya. Itulah keunikan dunia blog ini .. Masing masing punya cara sendiri .. Antara dosa dan pahala saja menjadi penentu ..
Wardina menunjukkan pelbagai barangan yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya. Foto BERNAMA
Siannya … Makin menjadi-jadi jenayah sekarang ni .. Semalam seorang gadis mati dikelar . Ni nasib baik tak diapa-aoakan kecuali suami Wardina diikat dan dipukul di bahagian muka..
Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.
Laporan polis telah dibuat. Semasa kejadian Wardina tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana demam. Nak tau lebih lanjut , gi baca kat Mstar.
Buat Wardina dan keluarga, kuatkan semangat dan banyakkan bersabar.. Ini dugaan dari Allah. Okeh ?
Hurm .. Geram .. Tu je aku leh kata .. Atas jalan raya ni , Pak Lebai pon boleh ilang pertimbangan bila memandu .. Yelah , memandu memerlukan tahap kesabaran yg luar biasa lebih lagi dalam keadaan lalu lintas yang sesak dan di waktu kemuncak .Masing masing pentingkan diri sendiri .. Tak dinafikan , kita pon gitu gak kan ? Heh.. jgn ler nafikan.. Kecuali yang tak memandu tu la.. hehe..
Tadi , dalam perjalanan balik … Haih .. Nak dijadikan cerita ada la satu kereta kecik ni tapi enjin dia macam Boeing 777 kembar 8 punya la bunyi .. Terbangnya tidak gak ..
Bawak kereta serupa bapak sedara dia punya jalan .. Dari lorong dia masuk ke jalan besar terus nak ke belah kanan sekali , tanpa bagi signal ! Aku tak kisah sebenarnya kalau nak berlanggar pon tapi bini aku dah menjerit terkejut .. Aku terus hon untuk elak berlanggar ..
Korang tau apa dia buat ? Dia tunjuk jari ! Mak aih.. Kurang ajar tul.. Dia buat salah , dia lak nak marah orang .. Aku kejar terus.. Tapi wife aku bising .. Suruh lupakan .. Grrr….
Bila dah dekat , aku bantai hon lagi n bagi balik jari.. Ikut hati nak je follow terus tapi wife tak kasi .. Hurm… bila pk pk balik , bodoh jugak aku kan ? Menda cam ni pon aku nak amik berat ! Patutnya biar je .. Bukan apa , tengok kereta dia pon dah tau camana orangnya ..
Kereta dia camana ? Hehehe .. Cantik lagi steamroll !
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..
“ Laila .. Er , Namamu teratas tak ? “ .Aku mulakan perbualan setelah hampir sejam membisu dan meneliti buku berkenaan sistem di syarikat itu. Baru sehari , dah bosan. Nasib baik ada pemanis kat sebelah.
Tiada respon. Buat tak tau je dia.
“ Mak aih , sombongnyaa !! “. Bentak hati aku.
Ada sedikit pengerakkan pada Laila. Tetikus dipegang. Bunyi tetikus ditekan. Seolah-olah menjerit manja tetikus tu. Memang buat aku cemburu ! Kan best aku yang jadi tetikus tu.. Pastinya aku dibelai manja .. Ahh.. enaknya..
Mengelamun lagi aku. Aku curi pandang pada monitor Laila.
“ Perghhhh.. Dia tukar wallpaper !! Letak gambar dia dengan pakwe tuuu.. Mak aih .. Ini kalau kat Facebook , mesti letak status MARRIED punya atau paling tidak pon , gambar profile mesti gambar bf dia .. Takkan takut kena kebas kot ??? “. Hati aku menjerit kecemburuan tak tentu pasal .
“ Wah .. ini main kasar ni. .Dia ingat dia je boleh letak ? Ok ok.. aku letak gambar VIN DIESEL .. Tapi kang , dia ingat aku gay lak .. Hurm.. abis peluang aku nak ngorat dia . Tapi bagus gak kan ? Kalau dia ingat aku gay , mesti bf dia tak takut punya .. Hahahha .. “. Idea bangang muncul di benak aku dan pastinya tidak dipersetujui oleh hati aku ..
Akhirnya aku letak gambar gadis pujaan aku yakni , Kristin Kreuk .. heroin SmallVille.. Heh , jgn cemburu tauuu ..
Lunch time..
“ Aiseyman … "Nak keluar ngan sapa ni ? Sangap aku ni nak g makan sorang sorang .. “. Aku memandang Laila.
“ Laila , namamu teratas .. Jom g makan sekali .. “. Aku beranikan diri. Berkat pengalaman aku jadi buaya kecilan sewaktu di kolej dulu.
“ Benjot.. boleh .. Tapi .. “. Laila tersenyum.
“ Takat belanja u , jangan risau laa.. Cakap je u nak makan apa .. Semua bos tanggung .. hehe.. Bukan I yang tanggung.. Hehe.. Acah je.. I belanja la… “ . Aku masih dengan lawak bodoh yg mana confirm buat awek lari beribu batu jauhnya.
“ Ok la gitu.. I tunggu bf I sampai. Kita g sekali yer . U tak nak ajak gf u tu ke ? Sian dia pulak nanti sorang sorang .. “. Laila tersenyum seperti dah selesai malam pertama …
Hampeh !
-SAMBUNG-
" Hah ? Pulak budak ni ..Kat mana susu Aniq ? "
Baru aku nak terlena ..
" Kat belakang laa.. Ala Pak Ngah ni .. Meh la Aniq tunjuk.."
Huh .. skali budak umur 4 tahun lak ajar aku !! Grrr.
" Susu nak berapa ni ? ". Saja aku tanya ..
" Pat je .Pastu letak air tuu .. Haa.. air tu pulak . Goncang tauu ."
Amboi.. ajar aku betul ni. Skali aku goncang , tersembur air keluar !
"Ala Pak Ngah .. kena letak yg tu tuu .. Ala yg bulatt tu laa .. "
Dia g ambik dan bagi aku .. Sejak bila botol susu sampai ada menatang ni ?? Makin canggih lak !!
Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan. – Kosmo
Pergh… pergghh.. perghhh .. Dasat ! Nasib baik pemandunya takde apa apa.. Ni kes teknikal ni.. Tayar kereta Myvi tu tetiba pancit dan pemandunya hilang kawalan dan menyebabkan dia terbabas lalu merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai.
Hurm… maka kita yang memandu kereta tu , beringatlah .. Kereta ni mesin.. Tak tau apa masalah yg boleh mendatang dengan tiba-tiba.. Haa.. Macam macam dah insiden yang aku dah dengar ..
Heee.. nasihat ni untuk aku gak .. Yang gemar memandu seperti jalanraya tu bapak sedara aku yang punya .. hehe..