Babi di juadah Ramadan

by - Khamis, Ogos 11, 2011

 

Haih... makin mengarut... Kita tengok je la apa tindakan kerajaan.. Rasanya gantung lesen.. Berapa lama ? Hehehe... Ke Ketua Pengarang kena pecat nanti ?

image

image

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

-Bernama , MalaysiaKini

You May Also Like

20 comments

  1. isy...tapi sekilas pandang dishes tu tak macam daging babi pun..

    BalasPadam
  2. owhoooo..
    prlukah mtk maaf?
    dy bg info kt kita kowt..

    BalasPadam
  3. ish!! ambil kesempatan betul..
    tak hormat langsung bulan Ramadhan!

    BalasPadam
  4. kenapa lah macam ni. benda macam ni mana boleh buat main.

    BalasPadam
  5. hati2 lah time beli juadah brbuka.. kan ??

    BalasPadam
  6. erm takutnya nak makan kedai..makan kat rumah goreng telur lagi bagus..

    BalasPadam
  7. mungkin sekadar info, tapi info sepatutnya lebih jelas. Kena bgtau la makanan yang di sediakan halal atau tak. kena la hormat bulan ramadhan bagi umat Islam. Nanti tak pasal-pasal berpusu jer umat Islam ke tempat berkenaan, skali tengok daging tu plak. Haihh, Nauzubillahiminzalikh. Sekarang ni, halal haram bukan perkara main2..

    BalasPadam
  8. akhbar pun tak sensitif pasal mende2 cm nie...hurmmmm~~

    BalasPadam
  9. babi betul... eh salah... aper la berbuka mkn babi...

    BalasPadam
  10. isu ni sekarang macam takde apa je kan .. biasa ada kat mana mana ..

    http://simpl3blog.blogspot.com

    BalasPadam
  11. berhati-hatilah kalau nak makan kat luar.. yang ada tanda halal makanannya halal..
    tapi melampau sangatlah kalau macam ni..

    BalasPadam
  12. Eeuuwww! Tak tau nak hormat langsung. Hurm.

    BalasPadam
  13. macam2 hal la.........

    BalasPadam
  14. Aish benda macam ni pun terlepas pandang -.-' Tak alert betol

    BalasPadam
  15. sekali pandang macam beef stick.
    tapi upenye babi stick !!

    ni melampau ni -.-")

    entry serious for those who love their religion much!
    http://supersapienstory.blogspot.com/2011/08/blogspot-blogpot-apa-bezanya.html

    BalasPadam
  16. sifuk pinjam gambor tu yer,. dari tadi dok cari,..

    BalasPadam
  17. biasa la.. adat dunia, kalau 'kawan' tak apa.. kalau 'lawan' abih engkau, tarek lesen, sumbat isa..

    BalasPadam