Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 22 Ogos 2011

Cari pasal lagi pasal AZAN ! Kan dah kena !!

 

image

Terbaca satu artikal di Yahoo tadi . Pergh.. mmg merimau jap la aku membacanya ! Nasib baik dia mintak maaf pastu tapi sayangnya , dia dah terlepas taip dan beratus orang dah membacanya lalu kena serang kat situ .. Kesian ...

Ceritanya , mamat ni pertikaikan kenapa Azan Maghrib berkumandang sewaktu makan malam ( kebetulan waktu berbuka la tu ) di McDonalds , Singapura ..  Tuu.. tengok kat atas sekali dalam gambar ..

Ikut sangat kata hati tu .. kan dah tempah mati ! Hahaha.. Nak tau lebih lanjut korang leh baca kat Yahoo.My .. Klik je Yahoo tu.. pastu jgn lupa datang balik.. haahha ..

Pastu cuba baca komen komen yang ada .. Haaa.. ada satu komen membuatkan aku sayangkan negara dan rakan rakan 1Malaysia .. Hehehe.. Apakah ? Cuba baca komen ni ..

" kejadian kat atas tu bkn brlaku kt malaysia kot... aku prnh jth moto n cina yg tolong aku g klinik. prnh jga cina bagi aku potong q masa kt kaunter tesco ketika dh dkt2 nk buka puasa. sbnrnya cina n india kt keliling kita x de masalah. yg selalu buat masalah tu sbb ada masalah mental mcm alex cheung "

Ala.. tak jumpa dah komen tu.. Komen tu berbunyi cam ni .. Dia sedang beratur kat satu restoran ni.. Depan dia ni ada sorang cina beratur.. Bila cina tu perasan dia ( melayu ) dok beratur belakang dia , dia bagi Melayu tu  beli dulu.. Haa.. lebih kurang gitu laa.. Berlaku di Malaysia yer.. hehehe .. Tempat lain , aku tak tau la.. tak sampai lagi ..

Jadi kita yang tinggal di bawah satu bendera ni , cuba cuba la elakkan masalah perkauman .. Yang dok riuh rendah tu , sebenarnya lebih pada isu politik je.. Masing masing nak tunjuk 'diorng ' wat kerja.. Padahal ??

Moral pada artikal ni ... Lain kali pikir guna otak sebelum menaip tak kira apa bangsa sekali pon ... kalau cakap , susah sikit.. Tak de bukti.. Kalau ada hitam putih ? Kan dah sakit ..

26 komen :

Rai berkata... [Reply to comment]

ala..kita tak kisah pun ada welwel sepanjang hari..tak kisah pun org main dundunchak beberapa hari sepanjang musim raya cina..

takde kata irritating pun..saje la tu..azan berapa minit je kan..

irwan miswan berkata... [Reply to comment]

kerana mulut badan binasa.....komenlah secare bijak kan brader ben? hehehe

BuLat i2 CirCLE berkata... [Reply to comment]

perkauman merugikan negara .

fiq. berkata... [Reply to comment]

tahu tak pe,segelintir je yg rasics..

Adylia Qarissa berkata... [Reply to comment]

ermmm..terlajak perahu boleh undur..terlajak kerete masuk gear reves..terlajak taip orang dah print screen...

stOry AiNa berkata... [Reply to comment]

non muslim lein x kalut, dia jer gatal nak pertikaikan ... abang ben, jom singgah jap ker belog saya kalu tak follow pun http://unggupurple.blogspot.com/ ... saya menghargai kunjungan abang ben ... ^_^

eima berkata... [Reply to comment]

sabo je la... alah brape minit sgt la azan tu ...

mas saari berkata... [Reply to comment]

memang ada sesetengah yang bersikap sebegini! sepatutnya dia kena hormat agama kaum lain kan?

macam mana kalau orang permainkan agama dia...huhuhuu

BeloG MTT berkata... [Reply to comment]

Tak semuanya yang begitu.. Ada certain yang kepala dan otak dah bebas daripada jajahan..Tapi ada sesetengah kepala yang masih di jajah,nak cuba mempertikaikan tentang apa yang orang lain dapat.. =..="

azam berkata... [Reply to comment]

xtaulah.....xpaham betul....

xsuka diam dah la.....ngok tol

.::: mr IQ :::. berkata... [Reply to comment]

*sign*

Phat berkata... [Reply to comment]

hidup dlm masyarakat berbilang kaum mmg memerlukan toleransi dan sifat tolak ansur yang tinggi....kalo x dah lama berbunuh bunuhan kita kat Malaysia ni

akilDAXemoMACHO berkata... [Reply to comment]

abg ben!! EMO tak suke budak tuh.. ni nak cerita, kat tempat emo nih, ramai india n cina.. tolerate giler diorang. even ade yang berpuasa sekali ngan kitorang.. nak tahu, my friends, dah 22 days dia puasa masuk harini. chinese.. respect giler.. time nak berbuka, pernah sekali tu emo dah lambat gile, beli barang, de je aunty tu terperasan emo kat belakang diorg, dia siap minta laluan lgi, bg kat dak2 melayu.. and truly cakap, budak yg buat komen tu memang nak kena, jgn bgi emo jumpe dia.. emo gile nih@!!!!!

Zul Fattah berkata... [Reply to comment]

memang betul..abg ben..kadang2 kaum lain lebih memahami daripada kaum kita..
saya ada kawan r.. di UniMAP.. dia serumah dgan saya..chinese.. dia tak makan span saya..time puasa.. dia berbuka sekali dgan saya..
tapi kawan melayu saya.. siap hisap roko lagi di bulan puasa..saya tegur..dia kata tak batal.. mengong betul.. baik cina pulak dari melayu.. jadinya.. tapi jarang r nak jumpa cina baik dgan kita..setengah2 je.. manusia, biasa la..
adayg baik dan ada yg jahat..

OMR (Rose) berkata... [Reply to comment]

Kalau kita x belajar hormat org lain...x de org yang akan hormat kita...hormat tu x la bermaksud ampu & kipas...sikap 'toleransi' pun menunjukkan rasa hormat kita...lagi2lah ble hidup dalam negara yang berbilang kaum dan agama ni...please..respect & tolerate each other...barulah aman!

sally wanny berkata... [Reply to comment]

bos saya cina..time bulan puase saya dapat balik awal..haha..bagus kan bos saya.

stOry AiNa berkata... [Reply to comment]

terima kasih abang ben ... sbb follow saya punya belogg, toink2 ^_^

Cik Puan Zura berkata... [Reply to comment]

kat malaysia ni nasib baik x ramai macam tu...kene saling menghormati kan...kita boleh tahan salakan anjing pada waktu maghrib tengah solat...mereka pun kene bertolak ansur bab azan.. kat malaysia ni sesetengah tempat memang aman makmur..kecuali sesetengah kawasan yang memang penduduknya lebih majoriti... :) apa2 pun, kan bagus kalau bermuafakat dan semangan 1 Malaysia...

Diana @ bilakukatacinta berkata... [Reply to comment]

saling faham memahami..saling bertolak ansur adalah kunci hidup berumah tngga..sama halnya dgn idup masyarakat berbilang kaum.....kalau pentingkan diri dan tidak mahu amik tahu sensitiviti agama lain...mengapa nak duduk di negara yg bercampur2?

Afiq Ryunosuke berkata... [Reply to comment]

Haish....
dh brape kali pertikai pasal azan....
time pak lah jd PM pon ade mamat india pi buat bantahan pasal azan tu satu pencemaran bunyi....
susah tul diorang nk memahami....
Yg bising2 buat free show kat rumah pakcik time bulan ogos sebab org cina nk bg mkn kat hantu2 lapor tkde lak pakcik nk buat bantahan....
releks je pakcik....

Mira R. berkata... [Reply to comment]

saja bikin kontroversi derang ni..
main cakap je, tapi tak tahu ape2

JunAina berkata... [Reply to comment]

isu azan yang tak habis di pertikai, bukan berjam-jam pun azan tu kejap je seminit je pung...kecoh kan main...

jiran depan cina, jiran bawah india kat opis pula berbilang bangsa rasanya tiada masalah sekiranya kita bertolak ansur!

dylla abas berkata... [Reply to comment]

sentap bila t'nmpk word IRRITATING tu.pelik betul ada org mcm tu dlm zaman dah merdeka mcm ni..

blognizamlah berkata... [Reply to comment]

suka baca satu komen tu, non muslim tu cakap dia rasa happy dengar azan subuh pagi2 sebab tau akhirnya dia masih bernyawa...n dia xde masalah dengan azan semua...for me, cina n india dekat malaysia nie dah pandai...tau hormat agama lain...sesetengah je yg still bler2

Adzriel @ Liza AB berkata... [Reply to comment]

pentingkan diri sendiri & tak ada tolak ansur begitulah. kalau dia sakit, silap2 bangsa lain je ada kat situ nak menolong. dah hidup bermasyarakat tak kira bangsa agama, kenalah ada rasa hormat & bertimbangrasa.

Ini Kisah Tia berkata... [Reply to comment]

bahaya kalau dah terlepas kata ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI