Isu JAIS - GEREJA DUMC .. Kisah sebenar ?

by - Jumaat, Ogos 19, 2011

 

*Sekadar renungan. Kesahihanya  tidak dapat dipastikan Sumber dari email dlm bentuk pdf.

 

PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC

image

PENDAHALUAN

Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor DE.


LATAR BELAKANG
Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.

Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.

Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.

Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.

PERLAKSANAAN OPERASI

- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam

- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.

- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.
Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.
Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.

Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.

Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.

 

image

image

Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

image

12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .

IC : 79xxxx-01-6094

2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah

IC : 69xxxx-08-6039

3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir

IC : 85xxxx-71-5018

4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir

IC : 94xxxx-02-5609

5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir

IC : 90xxxx-02-5778

6) Rasyidah binti Abd Razak

IC : 77xxxx-01-5908

7) Nur Umrah binti Abd Razak

IC : 95xxxx-01-6002

8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan

IC : 80xxxx-10-5045

9) Faridah Binti Abdul Rahman

IC : 71xxxx-12-5478

10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood

IC : 72xxxx-10-5072

11) Faridah bt Abdul Latep

IC : 72xxxx-71-5256

12) Sahrunida bt Assad

IC : 81xxxx-08-6246


Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.

ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.

Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.
Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.

- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

- Majlis diadakan di premis kristus.

- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya.Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)


FAKTA TAMBAHAN
Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.
Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini.

Kecewa diselitkan bab politik di dalam video ni ..

You May Also Like

16 comments

  1. risonye sekrg ni
    byk tol isu penyesatan...
    huu
    nauzubillah...

    BalasPadam
  2. seramnyaa..nauzubillah, bila bercerita pasal org Islam yg murtad nie meremang bulu romaa..subhanallah, ya Allah kau berikanlah petunjuk kepada mereka-mereka yg telah hitam hatinya..Allahuakbar..

    BalasPadam
  3. mtk kita dijauhkan lah drpd bnda2 camnie.. subhanAllah.. berigt2lah wahai umat Islam.. skunk neh mcm2 cara dah org kristian nk tarik org Islam ke arah murtad.. Ya Allah.. selamatkanlah kami drpd terpesong akidah..aminnn..

    BalasPadam
  4. Antara politik dan agama kini hanya dipisahkan oleh sehelai rambut.Salah siapa?

    BalasPadam
  5. kan bagus lagau raja yang memerintah :)

    BalasPadam
  6. Ya Allah. Tak tahu apa nak jadi dengan dunia sekarang. haihh~

    BalasPadam
  7. sbnrye mmg ade lagi kisah sbnar disebalik smua bnde ni...hnya mereka yg benar2 bijak je yg taw... btw, bnde ni mmg ade kne mgena ngan politik pon...

    BalasPadam
  8. Yang tak teragak-agak, siap ada adik-beradik lagi tuh-_-"
    Adoyaiiii....
    1 Family dah sesat-_-"
    Saya bukan seorang yang baik, tapi, Insya-Allah, Islam akan menjadi pegangan sebab saya ingin pergi sebagai seorang MUSLIM..

    Mr Ben, pasal isu politik dalam video tu, saya pun pernah buat entri pasal tu juga..

    http://musicbrilliant.blogspot.com/2011/08/tolong-jangan-libatkan-isu-agama.html

    BalasPadam
  9. astagfirullahalazim....yg ni yg JAIS da serbu..yg ta serbu/ta diketahui tah² belambak lagi...
    sedih dgn islam zaman skrg ni.

    BalasPadam