Tips untuk maju dalam dunia blog ..

 

image

Ada kawan bertanya lagi .. dan aku tak putus putus menerangkannya kerana setiap hari , pendapat dan pengalaman aku bertambah ..

Nak maju dalam dunia blog amatlah mudah .. Yang menyukarkannya adalah kemampuan diri .. Semua orang boleh cakap untuk maju tapi berapa ramai yang mampu melaksanakannya ?

Aku amik contoh paling mudah .. Untuk maju , banyakkan latihan .. banyakkan kajian .. Tanpa latihan , kita tak tau kelemahan .. Di situ kita akan kaji .. Apa sebenarnya 'blog' dan identiti kita ..

Beberapa buah blog yang baru 'lahir' , aku nampak mampu pergi jauh kerana punya identiti yang tidak tercemar atau terikut cara blogger lain ..

Nak naik tu , serius aku kata .. mudah .. tapi nak kekal atau terus naik tu yang susah .. Amik contoh dalam dunia artis .. DIVA ... sapa ? Dulu , Sharifah Aini .. Kemudian Sheila Majid .. Kemudian datang Siti Nurhaliza .. Habis semua dia pukul ! Tapi bukan sehari dua okeh !! Bukan ari ni dia pegang microfon , dia terus jadi DIVA !

Berapa ramai penyanyi yang lahir kemudian untuk merampas tahta Siti ? Sampai sekarang takde sapa mampu bersaing .. Yang lain ? Yang kononnya nak bersaing dengan Siti tu , mana pergi ?? Kawin dan duduk rumah terus .. Siti ? Dia trus maju dalam bidangnya malah dah buat bisnis lain pon..

Nampak tak ? Nyanyian cuma batu loncatan dia untuk berjaya dalam kehidupan dia .. Bina nama , kemudian buat bisnis .. Zasss... mabeles .. senang hidup skang ..

Sama gak dengan blogger .. Naik dengan bijak.. Gunakan bakat , kreativiti , usaha ... jangan sesekali gunakan pendekatan keji kerana bumi ni bulat ... Hari ni kita gelakkan orang , esok lusa orang gelakkan kita ..

Akhir kata , nak gembira dalam dunia blog ni sangatlah mudah .. Hasilkan entri yang mengembirakan dan memberi manfaat pada pembaca .. Tak kira 1 orang atau 10 ribu orang baca , yang penting mereka memahaminya dan mengangguk akan 'keistimewaan' blogger tu menyampaikannya ..

52 ulasan:

  1. terima kasih pak cik ben..:)
    majulah blogging untuk negara :)

    BalasPadam
  2. BULAT ITU CIRCLE KN ABG BEN . HAHAHA

    BalasPadam
  3. weeeeee
    dengan segera saya lagi2
    bersemangat utk tegar sebagai blogger =]

    BalasPadam
  4. ewah-ewah
    sy tgh berusaha dlm dunia belog.
    lame dh tinggal.
    uhuk uhuk

    BalasPadam
  5. setuju ngan abg ben.sume tu take time dan perlukn latihan, memang kena fikir camna nak upgrade entry supaya menarik dan bkualiti. =)

    BalasPadam
  6. bila kita mendaki ..kita takut utk jatuh ...hakikat yang kita harus sedar adalah sakit nya bila jatuh ...dan kita kena bersedia utk itu :)

    terimakasih abg ben di atas perkongsian ini ...i like ...

    excellence!

    BalasPadam
  7. dengan menggembirakan orang kita juak akan urut gembira :)

    nice tips bro..thanks :)

    BalasPadam
  8. betui tuh abg ben, kalu kita bsungguh passti akan mnmpakkan segala hsilnya ... [abg ben, jemput singgah ker blogger saya yea!] terima kasih ^_^

    BalasPadam
  9. wow.. berguna tips tu... terbaik... =)

    BalasPadam
  10. slalu je aku baca tips bro ben..eheh

    BalasPadam
  11. siti pah kahwin pun fofular agi

    hebat!

    BalasPadam
  12. eyhh hensemnya! gambar nikah ke? hahhahaha gurau je abg ben! ermm betul..kalau entri tu boleh gembirakan org, kita pun turut gembira.. :)

    BalasPadam
  13. lagu terbaru siti dh dengar?

    falling for you-ct

    BalasPadam
  14. Thanks for the tips! hahahaha, saya bukan kejar popular, hanya ingin pembaca. Followers sikit ke ramai, tak kisah. Paling happy orang komen! Betul tak? :D

    BalasPadam
  15. hrap2 dpat jd mcam pakcik ben...:)

    BalasPadam
  16. pewit...hensemlah abg ben..hihi

    BalasPadam
  17. yeah~ tetibe rase nk curik blog abg ben..hahah
    jom minum susu hi-goat..>okeyh ne gile>

    =)

    BalasPadam
  18. terima kasih atas tips2 itu,. masih belum ada perkembangan tentang anak gadis ustaz saya yg hilang tu,.. dan saya terus publish entry pasal somalia tu hingga hari ni,. insyaallah allah membantu,..

    BalasPadam
  19. yup betul tu bro ben... saya setuju pendapat bro ben...

    BalasPadam
  20. entry semangat untuk aku terus berblog..

    BalasPadam
  21. ben, dtg blog saya tgk boleh pergi jauh smpai england x??

    hahaha..

    *ni payah bila confident level makin tinggi, cis utk diri sendiri!*

    BalasPadam
  22. Setuju2.. Tips yg sgt brguna.. Thanx abg ben.. ^^

    BalasPadam
  23. thx bro! pesanan membangun!haha

    BalasPadam
  24. pergh tips yg sungguh sungguh bergune di sisi masyarakat. haha. tq Abeng Ben :D

    BalasPadam
  25. tips yang amat berguna especially utk blogger baru macam saye . tq abg ben :)

    BalasPadam
  26. wah, dah lama x jenguk sini.. >.<
    thanks for this sharing abg Ben..!
    insha-Allah, kitorang akan cuba naik perlahan-lahan, sampai berjaya..! ^_^

    BalasPadam
  27. contoh yg digunakan tu memang paling tepat, memang dato' tak der orang nak pukul (Lagi)

    BalasPadam
  28. catatan penuh inspirasi kepada blogger baru =D

    BalasPadam
  29. saya semakin bersemangat utk berusaha lebih maju dalam blogging spt en. Ben..

    BalasPadam
  30. tips yg berguan lagi..toce toce :)

    BalasPadam
  31. cehwahh..sengaja letak gambar tu.. hot .. smart jugak abg ben ni.. huhu..

    argh.. happy blogging yup..
    tak fofular pun tak pe..asalkan kita puas hati dan suka dgan kerja kita..
    that the way i'm blogging..

    BalasPadam
  32. wah... patutnya Ben ni diberi satu kolum lah dalam mana mana majalah... berkata kata penuh hikmah..

    BalasPadam
  33. huu. betol2 ! mr right pon tengah berusaha skg. ecehh ~~

    http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/sambut-merdeka-ke-sambut-aidilfitri.html

    BalasPadam
  34. Salam Ben, entri hari nie cukup menarik, memberi galakan,bimbingan, semangat dan berhikmah. Menggunakan analogi yg mudah difahami n current. Itulah kekuatan Ben, tidak jemu2 memberi panduan dan dorongan kpd semua orang tanpa memikirkan keuntungan diri jangka pendek. Ini juga adalah amalan dan ciri2 orang berjaya dalam apajua kerjaya yg mereka ceburi...... kalau kita baca kisah2 kejayaan seseorang itu...... sememangnya menghadapi pelbagai kesusahan dan keperitan tetapi dalam masa yang sama mereka terus berbakti tanpa henti............ dan ganjaran yg diterimanya kemudian ALLAH saja yg maha mengetahui.
    Ben, anda telah menerokai denai yg baik n wajar diikuti oleh blogger lain yg ingin menempah nama sebagai blogger yg tersohor.

    KITA YANG MENENTUKAN MASA DEPAN KITA

    ANDA AKAN MENUAI APA YANG ANDA TANAM.

    BalasPadam
  35. Gunakan identity sendiri..dan bersabar..

    BalasPadam
  36. terbaekk la enchik Ben. suka cara diluahkan pendapat ni. the besttt. ;)

    BalasPadam
  37. salam, betul tu ben.... entry pastikan berfaedah...

    BalasPadam
  38. Eherm kacak bergaya gambar yang di iklankan tu.. Hehe :)

    Bulan puasa ni terasa lain macam sikit daripada bulan2 sebelum nie... Harap harap la dapat kumpulkan semangat baru lepas ni.. :)

    BalasPadam
  39. nasihat membina..suka bace blog abang ben....serius terusik dengan entry ni...terima kasih cikgu!!=)

    BalasPadam
  40. salam ben
    tqvm ben
    benar bila entry tu menggembirakan
    ramai yg bertandang

    BalasPadam
  41. Wahh hensemnye pict Abg Ben yang nih...ece ni bukan bodek nih...
    saye segan nak bagitau ni sebenarnya...tapi saye harap Abang Ben sudi lawat blog saye yang dedikasi khas buat blogger otai mcm Abg Ben nih...
    segala nasihat di atas buat saye makin bersemangat n berkobar-kobar utk jadi blogger...amin
    p/s : TQ so much coz be my follower...sukeeee

    BalasPadam
  42. saya harap saya saya berjaya dalam dunia belog :'( aminnn!

    BalasPadam
  43. yess sokong dgn ape bro ckp...

    Akhir kata , nak gembira dalam dunia blog ni sangatlah mudah .. Hasilkan entri yang mengembirakan dan memberi manfaat pada pembaca .. Tak kira 1 orang atau 10 ribu orang baca , yang penting mereka memahaminya dan mengangguk akan 'keistimewaan' blogger tu menyampaikannya ..

    and
    "Beberapa buah blog yang baru 'lahir' , aku nampak mampu pergi jauh kerana punya identiti yang tidak tercemar atau terikut cara blogger lain"

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009