9,000 calon PLKN ingkar bakal dikenakan perintah khidmat masyarakat
SEPANG: Kira-kira 9,000 calon yang gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dilaksana pada 2003 bakal menghadapi kemungkinan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 240 jam.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pelaksanaan hukuman itu, tahun ini selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang mula dikuatkuasa November 2009.
"Kita dah ubah akta, mereka ini tak didenda lagi tapi mereka dikenakan hukuman khidmat masyarakat," katanya selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Princess Haliza di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Sebelum pindaan itu, calon yang ingkar mengikuti kursus itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Abdul Latiff berkata, senarai calon yang ingkar itu sudah diserah kepada polis untuk disiasat dan dibawa ke mahkamah, dan hukuman itu akan dikenakan sekiranya mereka didapati bersalah.
Beliau berkata, mereka juga masih diwajibkan untuk menghadiri program itu selepas menjalani hukuman.
Dalam perkembangan lain, Abdul Latiff berkata, kajian keberkesanan PLKN yang membabitkan 62,000 responden telah dibentang kepada jemaah menteri dan mereka berpuas hati dengan hasil kajian itu.
"Respon yang diterima amat positif di samping banyak cadangan penambahbaikan dan kita mungkin akan menerbitkan hasil kajian itu untuk makluman orang ramai," katanya. - BERNAMA
17 comments
wahhh.. bagus la macam tu.. ni tak, asyik ayik, rotan la, ape la.. hmm.. :(
BalasPadamselamat yuyu tak terpilih.. muhahaah
tak suke PLKN, hope tak kena pegi PLKN 2013
BalasPadam2013 nanti suma org dah WAJIB pegi PLKN nehh , semua lepasan SPM , DIWAJIBKAN ke PLKN .
BalasPadamsalam....
BalasPadamkenapa berlaku mcm ni??
saya bersetuju dengan apa yang telah diputuskan..bukan apa...seharusnya nama yang telah da itu pergi ke kem latihan Khidmat Negara ini... kerana jikalau hendak dibandingkan dengan Korea Selatan, Singapura..masa yang diperuntukkan oleh negara kita untuk program khidmat negara ini amat lah sekejap...maka sepatutnya mereka yang ada nama haruslah pergi...
BalasPadambukanlah hendak berbangga diri..saya juga adalah salah seorang daripada pelatih PLKN dan saya masih mampu bernafas hingga ke hari ini.
tiada apa yang hendak ditakutkan!!.. ayuh!! pergi lah at least ada sesuatu yang dapat dikongsikan dan diceritakan kepada anak cucu pada masa hadapan.
Jikalau datuk moyang kita bercerita kepada kita perihal jepun dan british...maka kita ceritakanlah perihal kita yang menjalani PLKN ini...
satu sahaja perkataan yang dapat saya fikirkan tentang PLKN yang saya telah lalui dahulu di Merang Suria Terengganu Sesi 2 Siri 1/2006 (kalau x silap saya)...
SERONOK!!!...
saya dah lepas plkn. hehehe~
BalasPadamsaya pon kena pergi dlu tp pergi sminggu jaa:D pastu mntak tangguh sbb nk smbg blaja..agak2 kena wat lagi ke lps abes blaja =.='
BalasPadamnsib baik sy x kena pgi PLKN...
BalasPadamtp bgus gak kerajaan wt mcm tu, so dpt mendidik peserta2 plkn yg t'pilih agar lbih b'tanggungjawab..
huhuh ade gak upe2nye yg berstuju ngan PLKN ni..as a former PLKN nye platih..i strongly disagree wit dis so called khidmt ngara..wut u learn mostly not a good things..kalo knegaraan tuh time sjarh da blaja..ntah pape la..mmbzir dwet rkyt je..siriusly!
BalasPadamp/s: maslah sosial smakin brtmbh..huhu
ha bgus!
BalasPadamdulu cik ana pun kene p PLKN..tak byk cite pun pegi je ha...
Rasanya semua patut dikenakan khidmat masyarakat. Universiti,Politeknik,Kolej dan Ipt lain-lain sebab tengok kerja free ja, main futsal dan dota ja kerja. Dan saya pun termasuk dalam tu jugak.hehe
BalasPadamaah cik ana setuju jugak dgn arm_mj...mmg mostly modul yg di ajar dlm PLKN ni dah belajar pun kat skolah..then banyak masalah sosial je..tapi byk yg tak dihebahkan dah skrg nih..yg terlibat je tau..
BalasPadamdan kalo duit program tu + duit elaun yg dibagi bulanan tu DIGUNA PAKAI utk upgred rumah+facilities rumah anak2 yatim ke lagi bagus sbnrnye drpd teruskan prgram PLKN nih..
and the most important thing is bile dah tamat je ikut program tu,takde advantage pun yang cik ana dapat..CNTH : TAK BOLEH PUN apply POLIS/ARMY FORCE tanpa perlu bersusah payah training..
even ade KAD plkn tu,stil kene jugak lalu tapisan2 tertentu..waddeheck all that!!
salam, dah kena mcm ni kan susah...pegi je la bukan kena bayar pun...
BalasPadamsatu pengalaman yang memang best di plkn pernah aye rasakan...;)
BalasPadamuntung siapa yg dpt pegi tu...
tak penah dapat PLKN ni..
BalasPadamkawan yad'z ade yang tak gi... tak dikenakan tindakan lagi.. hope tak kene lah...
BalasPadamtapi, nak kenekan tindakan pon, kene teliti n kaji betul3... mybe student uh betul2 ada masalah and tak dapat nak bagi tunjuk sebab....
Wauu saya bakal menghadapi SPM tahun ni harap2 next year dapat pegi PLKN. Mst best kn. Ruginye owg yg ta suke tu :(
BalasPadam