Di mana padang permainan kami ??

by - Khamis, Oktober 03, 2013

 

Setiap petang , Qhaliff akan tunggu peluang untuk keluar dari rumah .. Seharian duduk rumah , bapak dia pon boring wooo ..

Bila keluar , dia kena naik ‘motor tayar tiga’ dia ni.. Tak kasi dia berjalan kaki sbb dia akan berenti dan mengutip apa saja yang dia sangka sedap untuk dimakan ! Grrr ..

Rakan-rakan sebaya dia pon main di hadapan rumah , di atas jalan raya ! Padang permainan , ada tapi jauh  dan kecik je. Nak main , confirm berebut ..

Sebab tu dia seronok dapat bermain di rumah toknya. Walaupun sekadar rumah flat , tapi padang permainan kat belakang rumah amatlah luas dan ramai kanak kanak turut bermain di situ ..

Dan aku juga membesar di sini . Bila hujan , akan bertakunglah air disini lalu jadilah tempat ‘beriadah’ sebelum disebat oleh mak aku ! Hahaha..

Hurmm .. Serius , takde padang bola kat rumah baru aku ni. Kawasan lapang yang ada , diminta penduduk untuk dibuat surau namun ditolak pemaju sbb nak buat rumah lagi ! Perghhhhhhh .. Nanti usung duit tu masuk kubur yer…

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

3 comments

  1. masyaAllah..minta bina surau pun kena reject..subhanAllah..kesian Qhaliff termenung depan pintu rumah ye..

    BalasPadam
  2. adeh..
    padang simen jer lar budak2 skang dpt main.

    BalasPadam
  3. Itulah realitinya sekarang kan abg ben. Everything is for money! =_=

    BalasPadam