Sudah sudahlah serang si GAMBIT tu ..

by - Isnin, Jun 06, 2011

 

Haih ..sian ...ramai attack dia.. aku pon sama gak attack dia .. heehhe.. tapi bila baca kenyataan akhbar dia HARIAN METRO , hurm.. baru aku tau la camana cara dia berfikir ..

image

KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.

Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.

Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.
“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.

“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.

Sumber : HMETRO

Nak baca lebih lebih , sila beli suratkhabar yer ... hahaha..

Hehehe.. nampak tak ? Jadi pemikiran dia tu , kira tahap luar negara laa .. tahap orang terdesak nak popular .. kot nanti MARIAH CAREY ke.. BEYONCE ke , leh amik dia jadi pengarah video klip dia akan datang .. Mana tau kan ? Kot kot la .. tak pon Maher Zain pon leh amik dia.. ajar sikit camana nak hasilkan video berkualiti bercirikan ISLAM memandangkan si GAMBIT SAIFULLAH tu Islam agamanya .. kan kan ?

Pasni gamaknya budak sekolah jangan tiru la adegan dalam tu dengan mengatakan adegan tu bukan lucah ! Tu sekadar adegan suami isteri yang bukan muhrim ..

Sian .. ok ? Jangan serang dia dah la.. sian dia .. bahagian kita dah lepas.. Ni bahagian pihak berkuasa lak  .. suruh nilai video tu .. sesuai atau tidak .. kalau ok , aku rasa ramai nak buat video tu tapi untuk pasaran luar negara la..

Cam jual ayam daging lak .. hehehe .. Haa.. kes Azwan dengan peminat K-POP , tak pe.. aku bukan K-POP .. Aiskim-Pop yer , tu aku.. hahaha...

You May Also Like

48 comments

  1. pape pun. jgn lah org ikot ape yg dlm video tuh. tak elok ntox bebudaak. huhu

    BalasPadam
  2. cetek sangat fikiran retis skrng nie...(hanya mampu geleng kepala)

    BalasPadam
  3. betul tu.. macam dah takde citer lain...bosan dah..

    BalasPadam
  4. hahaha sian gambit...

    pikiran die luar dri kotak...yg salah..:D

    BalasPadam
  5. untuk pasaran Amerika Syarikat??


    bercita2 besar! :D

    BalasPadam
  6. Tapi video klip tu tak leh tanding video klip KAK NITA, seksis! Crita masalah rumah tangga gak tapi tak ler sampai nak video kan part CAMNA HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

    Sorry to say BEN, dah lagu tah apa-apa, lucah dah konfem lucah. Byk cara lagi nak buat video klip utk pasaran luar negara. Setuju dgn sesetgh kata blogger, video klip tu dah nampak seperti video klip terdesak!

    BalasPadam
  7. niat suci ngan ikhlas..

    urm.. bila bnda haram kte buat dgn niat suci sekalipun.. bnda tu tetap haram..

    ini pemikiran kolot sy.yg len xtau la

    BalasPadam
  8. mana hilangnya sifat malu dalam diri??dia xfikir ke yang skrg budak2 pon pandai guna intrnt..dah satu hal,makin meningkat lah kes2 yang luar biasa lak... tp yang kita boleh buat ,hanya doakan dia spya pergi k jalan y benar..=)

    BalasPadam
  9. Untuk pasaran Amerika? Sebab tu kena Amarika ekk? Err tapi lagu tuh .. Taknak sambung la..HAHA :D

    BalasPadam
  10. Dalam Negara yg menjadikan Islam sbg agama rasmi mmg memalukan kerana masih Ada rakyat Islam berfikiran mcm ni..

    BalasPadam
  11. walau apa pun kata si Gambit tu, mereka tetap bukan muhrim dan haram bersentuhan walaupun tak bercium...

    BalasPadam
  12. org amerika pun suka dtg mesia sbb nk tgk budaya Timur..setakat nk tiru2 budaya Barat depa, diorg dh xheran dh..apo lah..

    BalasPadam
  13. tajam kata2 BEN ASHAARI. bgus2. perli dengan sopan. tetapi 'makan dalam'. hahah

    BalasPadam
  14. semoga dia diberi petunjuk..aminnnn

    BalasPadam
  15. video arahan gambit semakin popular..

    betul2 panas dan sensasi..

    ingat ni negara omputih ker..

    BalasPadam
  16. betullah Ben, makin popolar lak dia...

    BalasPadam
  17. kalau blogger tak kecoh org atas tak nampak..

    sekarang dh nmpak kita tgk apa jadi..=)

    BalasPadam
  18. Taleh guna pakai alasan tu . HUHU . soalan dya dlm ohbulan pun ada yg nak jawab gak jab g . HAHA . ckp untuk suami isteri . dah tada actress suami isteri betul ke nak ambik . Yg si pompuan tu taleh seksi lagi ke . dah mcm lady gagap dah tgk baju nya . Herghh America mu gambittt !!

    BalasPadam
  19. alamk,sy dah terpublish entry pasal ni..

    ngeh2..

    pasni leh la ramai dak try adegan xlucah nie.. =)

    BalasPadam
  20. haihh... berpikiran jaoh sungguh c gambit 2 yee.... vedeo macam 2 da berlambak-lambak da kat amerika.. lagi terok dari 2 un ade... wat the hell nak wat klip vedeo macam 2 g pasaran dorang??
    sebagai orang islam... tunjukkan kan budaya kiter... mane taw kot2 terbukak hati org kat amerika 2 nak pelok islam ke?? kan da dapat pahale.... nie kejadahnyer wat vedeo macam 2?? bukan je tambah dose sendiri, tapi mengajak orang laenpon tambah dose taw... pikir2 kan la... :)

    BalasPadam
  21. sebnarnya dia lagik suka sbb dapat publisiti... huh~ pasaran antrabangsa apanya? letak dalam utube, semua org pon leh tengok.. nampak sgt CV picisan.. haish~

    BalasPadam
  22. xpe2..buat lagi.. x lucah kan.. x de cium2 bagai kan..*nada perli..

    BalasPadam
  23. adik adik rebina jangan ikot yea .

    BalasPadam
  24. ...lorr...b***h nyer la...bebudak lum akil baligh pun taw la klip video nih de unsur lucah ke tidak...attooii....suh pi sekolah lari nyorok blakang umah....pastu nk jd pengarah video klip....inilah hasilnye...

    BalasPadam
  25. tapi penjelasannya masih tidak dapat diterima umum. tak kisahla untuk pasaran negara mana pun. setiap negara ada saja penduduk Islamnya. katakanlah amerika tiada penduduk Islam, tapi apa tanggapan mereka jika mereka tau yang menghasilkan video clip ini ialah orang Islam.
    memanglah kita tidak menilai Islam melalui penganutnya, tapi nilailah Islam melalui agamanya.

    Gambit cakap storyline video clip ni adalah tentang suami isteri. fine. tapi kena ambik pelakon yang bukan suami isteri pun. dia turut dapat saham(dosa) sama selagi mana orang view video clip dia.

    publisiti boleh dicari dengan cara lain lagi. jangan terlalu narrow-minded. think out of a box. takkan la buat video seksi2 ni boleh terus dapat publisiti. kalau dapat pun, ianya hanya publisiti murahan.
    Di CANADA, orang christian dia sana lebih suka tgk vdeo2 org Islam yg tutup2. bukan yg terbuka2.

    BalasPadam
  26. morning abg ben!!!
    haaaahhhh!! baru dpt jengah ke sini setelah pnt berhujung minggu!

    BalasPadam
  27. lor. dia tak sedar ke dia tu ISLAM. kalau pasaran US pon, mesti orang sana akan tahu yang director dia orang ISLAM. takkan tak terpikir pasal tuh.

    BalasPadam
  28. kata2 kesat pun untuk pasaran luar negara ke?haha

    BalasPadam
  29. btl tu jgn pecaya jgn tektik media ni
    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/06/bercinta-sebelum-kawin-vs-bercinta.html

    BalasPadam
  30. He deserves all the bad criticisms after all. dah sape suh buat mv cmtuh...kurang bermoral la^^

    BalasPadam
  31. ceteknya pemikiran si gambit tu ye..kalau dah upload kat youtube,bukankah seluruh dunia dapat tengok??termasuk malaysia??konon la untuk pasaran amerika..pigidah kau..!!

    BalasPadam
  32. xsetuju diorang kutuk sebab :
    1) yang salah adelah pembikinan video klip tu,kenape kene libatkan name dier?ramai pulak yang kutuk name GAMBIT tu..dah mak ayah yg bagi name..isunye lain,tapi kutuk benda lain.
    2)dier ade say sorry..post melalui twitter semalam. so,yang dah lepas tu dahla..xperlu keruhkan lagi keadaan.betul ckp abg ben,"bahagian kita dah lepas.. Ni bahagian pihak berkuasa lak" + antara dier ngn Tuhan plak..

    setuju ngn diorang sebab:
    1)menyuarakan pendapat untuk menghalang vc tu atas sebab agama,ketidaksesuaian vc untuk tontonan semua lapisan masyarakat..etc..tapi biarlah dengan cara yang baik..


    nabi berdakwah pun dengan cara berlemah lembut,xkeluarkan kata2 kesat...

    BalasPadam
  33. http://89shah.blogspot.com/2011/06/aq-minat-gambit.html

    oii2...aq minat gambit la...

    BalasPadam
  34. x abih2 lagi kew?
    fyna da mls nk amek taw psl video tue...
    ;)

    BalasPadam
  35. sampai gaduh2 ngan blogger sbb dia rasa dia tak salah..hehe.biarkan saja dia.kita kan dah tegur.eh..bkn kita,rakan2 semua.

    BalasPadam
  36. TUK PASARAN US, TAPI DIA TETAP DIKAITKAN DENGAN MALAYSIA...APE YG DIA BUAT MEMBAWA IMEJ MALAYSIA...

    BalasPadam
  37. lawak r gambit ni.... nak sign boleh???

    oleh kerana utk pasaran luar, so boleh lah buat camtu... benang yang basah nak tegakkan zaman ni senang je...

    BalasPadam
  38. sape aja die ni kalo nk g US mesti wat cm dlm VC tuh?meh sental sket pala dia.Gambit xyah sental,dah kne byk dah,cian die.nk sental yg mengaja die.kuang haja tol

    The Matrix 4,Sambungan Dari The Matrix Revolution: Keanu Reaves

    BalasPadam
  39. Mudah bg si gambit nih bercakapkan? dunia2...huhu!

    BalasPadam
  40. dr dolu xminat gambit. even b4 dia kuar dgn video kontroversi nie pon, leez xminat dia. ntah la.. macam xbagus jer lakonan dia. artis suam2 kuku jer dia nih! nak kata ensem, ensem lagik kumpulan jambu! ha3..

    BalasPadam
  41. Tak salah die cakap..Orang islam ke orang ape die nie..Astaghfirullah..

    Kita sebagai seorang Muslim jangan sesekali menyokong dan mempertahankan keburukan seperti ini. Jika kita mempertahankan, maknanya kita merelakan maksiat dan seperti yang dijanjikan Allah sudah pasti kita akan turut memperoleh saham DOSA nya jugak nanti..Nauzubillah

    Untuk renungan bersama "Sharing Is Caring"

    BalasPadam
  42. Salam..Abg Ben, Saye mintak izin tinggalkan link kat sini ye..

    Gambit mintak explaination kenapa kita kritik video clip die..

    ini pendapat saye :

    http://zaarahayat.blogspot.com/2011/06/video-laki-bini-bermesra-kata-gambit.html

    BalasPadam
  43. hurm..ape2 jew la encik gambit...

    BalasPadam
  44. sarang blogspera jangan dijolok... huhhh...




    Rujuk entri ini:
    http://che-armad.blogspot.com/2011/06/isu-panasss-bloggersss-vs-selebritisss.html

    BalasPadam
  45. bnyk lg care nk wt video klip tuh. y haram ttp haram..kite sbg umat islam kne la pikir bnde ni haram ke halal eventgh die juz nak pasarkan ke luar negara. ape pemikiran org bkn islam t'hdap islam bile org islam sendri x mnjaga agamanye sdgkan kite ingin islam nmpk indah n menarik d mata org bkn islam and 1 more thing cmne kite nk tarik org islam ke agama islam sdgkan umat islam sendri dh x myakinkan mereka n bnde2 cmni leyh m'ubah persepsi dorg t'hdap umat islam skrg..wallahualam.

    BalasPadam
  46. Banyak lagi cara untuk pamerkan kemesraan suami isteri walaupun tak ada adegan yang mengghairahkan. Kalau Gambit buat video yang satu family boleh tonton kan best. Orang Amerika suka, orang Malaysia lagi suka :)

    P/s: Malaysia is different from others because of the culture. Ya, video itu untuk pasaran Amerika. Tapi tetap produk Malaysia.ye dak?

    BalasPadam
  47. kot yer pon pasaran luar negara takkan la nak tunjuk video yg tak bermoral mcm tu.. da xde adegan lain ke nak dihasilkan..setakat youtube, budak kecik pandai mengaji pun orang tengok..saje nak memalukan nama islam..dunia da akhir zaman.bawak2 la bertaubat..

    BalasPadam
  48. matlamat tak menghalalkan cara..sedih dengan situasi sekarang,agama dipermainkan.Mudah-mudahan kita dilindungi olehNYA AMIN

    BalasPadam