Bukan mudah mendukung CINTA ..

by - Khamis, Jun 30, 2011

 

" Aku cinta padamu " ... " Sampai ke mati cinta ku ini bersama mu " .. Dan banyak lagi ayat ayat cinta yang sangat mudah keluar dari mulut manusia .. Tapi apakah mampu dia melaksanakan apa yang dia kata itu ?

Baru baru ni aku tertonton satu selingan di television .. seorang lelaki yang terdampar lumpur kerana penyakit dan dijaga dengan rapi oleh isterinya dan turut punya anak anak kecil ...

Aku hanya mampu mengucapkan dalam hati , " WOW ! " ketika  itu .. Suaminya tu tak mampu buat apa apa .. hanya terbaring .. dan isterinya cekal .. Bukan mudah ... Aku dapat rasanya ini kerana mereka dah biasa hidup susah... Kalau hidup senang ?

Sambung baca skit dari buku AKU , ISABELLA DAN TOK KENALI , tulisan Bob Lokman ( search kat tepi ni untuk tengok kulit bukunya jika berminat nak beli ) ...

Aku tertarik dengan bahagian ni ... hurm.. membuka mata sungguh.. ianya buka filem mahupun drama yang biasa kita tontong .. Ianya realiti ..

" Teman engkau tahu , aku lumpuh dan menderita sakit berpunca daripada aktiviti aktiviti yang terlalu lasak semasa muda dulu .Ia menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan . Selain itu badan aku bertambah besar ( gempal ) dan ia memberi tekanan tinggi kepada tulang belakang . Jadi akhirnya tulang belakang ku tidak dapat menahan beban itu dan menyebabkan aku lumpuh .

Aku hilang tenaga.terkuras kekuatan , hilang sebahagian besar rasa percaya diri yang aku miliki selama ini dan tak mampu bergerak seperti aku yang dahulu.. Engkau bayangkan teman , penderitaan ini sangat memeritkan. Nikmat itu ditarik oleh Allah sekelip mata ..

Dalam kesusahan itulah isteriku mengundang masalah pula buatku , Dia lari meninggalkanku terkontang-kanting .. terumbang ambing..Sepi dan sunyi dalam kesakitan yang telah sedia menderaku.Hatiku patah berkeping-keping .. "  ( Buat pengetahuan korang , dia nikah untuk kali ke dua tidak lama kemudian selepas sembuh dari penyakitnya )..

Hurm.. Menurut tulisannya sebelum tu pendapatan dia diantara 200 ribu hingga RM 300 ribu setahun ... Hurm.. bayangkan tiba-tiba semua itu berlaku pada dia dalam sekelip mata !  Dalam tempoh tu la dia ilang segala-galanya .. Dalam tempoh 6 bulan .. Sekejap jer ..

Bayangkan kita yang masih lalai dan leka ini ...

You May Also Like

13 comments

  1. saya rasa macam pernah tengok cerita tu..

    apapun cinta memang mahal, tak terbeli dengan segalanya..

    dan yang termahal tentulah cinta yang membawa kita ke syurga..


    er, nak tanya ada cara tak kalau nak tersenarai kat bloglist tuan?

    kalau ada cara saya nak..kalau takleh takpala..

    tambahan: 100 blogger bertuah sedang dicari, klik segmen dan cara dapatkan 1000 follower dalam masa sebulan untuk mendapatkan hadiah anda.

    BalasPadam
  2. bob lukman tulis buku?wow!!hebat..tapi laki hebat mana-mana laki yg dpt isteri secekal di atas..

    TERPANAS SAAT INI :
    LEBIH HANGAT DARIPADA LISA SURIHANI

    BalasPadam
  3. sbab tu orang kata... tunggak kejayaan suami datangnya dari isteri.
    Yang tahan menempuh segala susah senang dalam kehidupan

    BalasPadam
  4. duit oh duit....

    Ku cermin diri ini
    Terteralah kedaifan
    Yang tak engkau inginkan
    Ku melepas keluhan
    Yang panjang
    Menyesali kemiskinan ku ini

    Ku mampu petik bintang di langit
    Ku mampu bina jambatan pelangi
    KU mampu pertahankan mu
    Walau pun lawan ku seribu
    Itu hanya bisa bisa ku laksanakan
    Bila mimpi mengundang, kala malam
    Hakikatnya yang ku ada, satu jasad
    Satu nyawa, satu cinta

    Bak kata UKAYS

    BalasPadam
  5. menarik je... adehai, susahnya nk cari pasangan hidup.. (tetiba)

    BalasPadam
  6. hmmm
    rendah diri ngan ketentuan ilahi yang x diduga

    BalasPadam
  7. Cinta itu boleh di umpamakan makan sambal belacan,walau pedas hingga mengalir airmata masih mampu di telan juga.. =.='

    Sambil try test komen sini.. =.=

    BalasPadam
  8. cinta itu betul-betul cinta kalau kita memaknai apa yang kita kata..Bukan main cakap je.

    Suah bebenar skarang nak mencari teman yang sanggup susah senang.Harap bila tiba masanya,jumpa jodoh yang terbai wat diri sendiri. ^_^

    BalasPadam
  9. isteri tulang belakang suami :p

    ben. me n my partner share blogs. baru sgt2. hope dapat bg comments yg membina ya.

    http://loveyloveyyou.blogspot.com

    BalasPadam
  10. cakap memang semua boleh buat, tapi nak tunai susah.. cinta isteri yg sangat tulus kepada suami...

    BalasPadam
  11. saya pun join. hehehe

    http://duniablogekin.blogspot.com

    BalasPadam