Jangan bicara CINTA jika ianya NAFSU semata-mata ..

by - Khamis, Jun 02, 2011

 

" cinta mengubah seseorang itu dari kebudakkan menjadi matang ..jika tidak pandai menilai cinta , ia mampu mengubah syurga dunia menjadi nerakanya yang terakhir .. "

Perghh.. sejak layan NORA ELENA , BEN SETH ASHAARI pon sibuk bermadah pujangga weh !! Jangan tak tauuuu .. haaa.. amik penangan drama cinta !! hahahaha ..

Takde la.. aku dari dulu bermadah pujangga... tak salah kan ? Tapi seperti yang aku tulis kat atas tu haaa kebelakangan ni aku ramai remaja berpelesaran bersama pasangan masing masing .. tak kira yang ada kelulusan maupun belum lagi lulus ..

Boleh bercinta .. tapi kena tanya hati dulu.. apakah benar sudah tiba masanya atau ianya sekadar menurut kehendak  syaitan yang ingin menyesatkan anak cucu Adam ?

Kesannya mmg mendukacitakan jika kita salah pilih ... antara cinta atau nafsu .. dua jalan yang membawa kita kelak.. ke syurga Allah atau ke nerakaNya ...

Kalau dapat yang benar benar ikhlas , alhamdulillah .. jika kena yang sekadar mahu memuaskan nafsu serakahya , bagaimana pula ? Yang rugi adala wanita .. Yang lelaki menyanyi nyanyi sambil mencari mangsa yang lain ..

Boleh jer bercinta .. tapi sila ikuti lunas lunas agama ... Aku bukanlah baik sangat pon tapi aku cakap ni adalah untuk kebaikkan adik adik aku gak ni.. Jangan sampai ada buat blog macam tu lagi dah la ... maklumlah , pendek akal dan syaitan dah berjaya mengodanya ..

Tadahkan tangan ..berdoalah .. insyaAllah .. Allah akan beri hidayah dan petunjukNya .. Sama sama kita menginsafinya ... Yang sudah , biarkan berlalu.. bertaubatlah ..

You May Also Like

10 comments

  1. perghh..abg ben pon lyn nora elena ek...
    da takot nk berchenta lg..

    BalasPadam
  2. kesucian cinta dah byk dicemari.. huhu~ T_T

    BalasPadam
  3. perghh... tak leh carik makan dah lepas neh.. haha

    BalasPadam
  4. betul tu bg ben..tp itu lah..mmg susah nak jauhi perkara yg dilarang kalau bercinta..mesti nak jumpa,nak call hari2 dan mcm2 lagi..tp tak mustahil nak dpt cinta yang diredhainya..


    p/s:bg ben..ade mase singgah sini..jika cinta ditolak sebab ini,maka bersyukurlah =)
    http://pilhanhati.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. betul tu kena jaga batasan dalam setiap perhubungan.. Jangan ada pulak nnt babak.. Tipah tertipu .. hehehe

    BalasPadam
  6. Wah , Abg Ben bermadah pujangga :)

    BalasPadam
  7. entahlah, nak salahkan siapa dlm hal ni, nak kata tak tahu berfikir, dia org punya akal dan fikiran, nak kata tak tahu itu salah, dia org dah belajar dr awal....eemmm....

    BalasPadam
  8. ben seth ashaari!

    boleh tahannnn..hihi

    cinta boleh merubah madu menjadi racun dan juga sebaliknya..

    dunia ini pinjaman..

    BalasPadam
  9. semoga dia cepat bertaubat dan kembali ke jalan Allah semula.... amin...

    BalasPadam