Bila Aidiladha menjelma !

by - Khamis, Oktober 17, 2013

 

Konfirm orang KL bermasalah nak cari kedai makan ! Hahahah , kan ? Berlambak laaa kedai kedai makan awe siam atau kelantan tutup berhari hari .. Time tu , baru tau laaa langit tinggi rendah eh ? Baru laaa meraban cari kedai mamak .. Masa ni , mereka yang dok berkira kira selama ni ,  tak kira dah ‘bulu lengan ke , peluh ke’ .. janji dapat makan .. hehehe .. Bukan semua kedai gitu yer .. Ada je kedai bersih ! Jawapan selamat .

Aku dan keluarga aku pon gitu gak. Wife teringin nak makan ikan berapa banyak rasa kat kedai siam / kelantan .. Mencari laa kat Salak Tinggi ni haa. Hampeehh .. semua kedai tutup !

Akhirnya , ke Nilai dan makan KFC je kat situ .. Apa nak buat kan ? Aku lagi suka sebenarnya makan ayam KFC ni .. hehe.. Rupanya, ramai jugak dalam ni termasuk di Pizza Hut.. Kedai kedai makan sekitar Nilai , masih lagi tutup . Patut la..

Hurmm.. Ada dua insiden yang bikin spoil ! Nasib baik berjaya pujuk hati. Wife aku minta tolong salah seorang krew KFC amikkan kerusi baby memandangkan wife tak boleh angkat menda berat (ngandung ) dan aku pulak dukung Qhaliff ..

Tau apa respon dia bila mintak tolong tu ? Takde apa apa respon ! Dia wat bodoh jer ! Adehh.. Aku pandang atas bawak budak tu. Dan bagitau wife , tak pe la.. Jangan marah dia .. Dah mmg gitu perangai dia ..

Aku tau satu lagi , di KFC ni ..mmg layan diri tapi janganlah kejam sangat sampai tahap gitu sekali ! Pandang pandang la skit ! Kalau penat sekali pon , anggap je la tu tugas atau kerja awak .. Kalau tak larat , gi berehat sat.. Jangan bawak mood buruk tu depan pelanggan. Tak comey !

Lepas selesai makan , aku bawak Qhaliff ke tempat cuci tangan untuk bersihkan mulut dia yang comot tu. Sebelum tu aku perasan ada satu keluarga masuk ke dalam KFC dan terus ke tandas. Bukan pelanggan la tu.

Nak dijadikan cerita , bila aku sampai ke sinki tu , lelaki yang aku percaya ketua keluarga ni dok queue gak sejurus keluar dari tandas. Bayangkan yer , aku dukung Qhaliff dan nak cuci mulut manakala dia bukan pelanggan masuk guna tandas , berebut nak guna sinki tu !! Apa punya… Takde akal ke apa ? Takkan tak nampak aku dok dukung budak ??

Tu pasal aku kata .. hurmm kang kata lebih lebih kanggg .. Haaa .. Geram betul aku . Nak je sound tapi malas nak panjang cerita. Masalah yang sedia ada pon tak settle lagi , nak tambah dengan masalah remeh gini ..

Korang dan aku .. harap harap pandang pandang la  kiri kanan skit yer ..

You May Also Like

6 comments

  1. Restoran Cina banyak bukak. Masa raya Cina kitorang baru tahu langit tinggi rendah. Hehe...


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Sambil makan sambil dera

    [U] Western Food

    [U] Laluan orang buta lagi...

    BalasPadam
  2. ala abang ben , saya nie yg mengandung tengah beratur kat McD , ada sorang mamat nie boleh potong que dengan selamba jer tanpa rasa bersalah . Saya ada rasa nak marah tapi x daya la ... last2 mengalah la saya .

    BalasPadam
  3. hahaha.. nasib baik dayah tak femes.. *cam daddy qhaliff

    dayah kalau jadik mcm tu.. jujur ckp la mmg dayah marah..

    pasal kerusi.. pasal sinki..

    tapi abg ben dah femes.. kena byk sabar.. ;)

    BalasPadam
  4. hari raya korban memang ramai org perlu berkorban nampaknya..

    BalasPadam
  5. pernah sekali berdepan dgn staff kurang ajar dan sombong sgt2 kat kfc. apa saya buat, saya kotorkan meja dgn sos dengan tulisan
    'bad service. please smile to d customer'
    mmg sgt2 menyakitkan hati. puas hati dapat tambah kerja mereka dan harap2 mereka dapat mesej yang disampaikan.

    BalasPadam
  6. sabar dan berdiam diri atau menegur secara terus, kedua2nya adalah pilihan kita... dan kedua2nya ada impaknya sendiri... kalo kita berdiam, mungkin diorang takkan sedar silap diorang tapi kalau ditegur pula, bimbang akan jadi perselisihan...

    BalasPadam