Blogging suka suka padahal ?

by - Jumaat, Oktober 18, 2013

 

Padahal boleh dapat duit !! Memula aku tak tau semua ni tetapi setelah bertahun dalam bidang ni , baru aku tau .. apa yang kita tulis itu patut dibayar !

Bayangkan yer , nak buat blog mmg senang gile laa.. Sapa sapa boleh ! Tapi nak cerita apa ? Kalau dah mula bercerita , ada ke orang nak baca ? Ler .. satu hal pulak tu kan ?

Maka mulalah promosikan blog. Gi laaa promote dalam page sana sini , kat kengkawan .. kena kutuk , kena perli.. kena sindir ! Semangat jatuh , pastu bangkit semula setelah dapat sokongan kawan kawan lain.. Dan kembali promote blog tu di mana mana saja laman sosial !

Bila dah ada trafik atau pembaca , maka ada la yang mula berminat dengan blog kita tu.. Dan mula mintak tolong promotekan produk ,bisnis atau panggil ke majlis majlis tertentu ..

Satu soalan .. Apakah segala usaha untuk menaikkan blog tu , tak perlu dibayar ? Atau memadaikah dengan sekadar diberi makan , penginapan dan hiburan lalu diminta buat kerja walhal blogger juga patut dibayar ! Yerlah , anda perlukan idea , kreativiti , serta usaha untuk menulis dengan baik dalam blog ! Maklumlah , pasti mereka akan pesan tulis yang baik baik je .. kan ?

Hurm.. melainkan , anda buat blog hari ni , esok plan nak tutup dah atau anda ada kerja tetap dan berblog sekadar suka suka .. maka tu tak leh nak kata apa dah ..

Satu soalan buat mereka yang suka amik blogger tanpa bayaran ni .. Apakah tujuan anda itu tercapai ? Dan blogger , apakah memadai dgn sekadar glamer saja ? Sampai bila ? Bila ‘mereka’ tahu blogger sanggup buat keje secara percuma , maka blogger tiada lagi harga dan akhirnya … ramai blogger berbakat akan terkubur ..

Aku ? Selagi ada internet , selagi itu aku akan berjuang. Kerana aku tau kemampuan aku .. 

You May Also Like

22 comments

  1. berbloging dengan cara yang bijak...^_^

    BalasPadam
  2. ya la kan...tp sy mmg masih x konfiden ada org akan singgah ke blog sy...kwn2 pn ramai yg sdh tau tp hnya brp kerat sj yg rajin baca...sy mmg berterima kasih la...rasa spt blog sy tu wujud hehehe...

    entri en. ben ni bleh jd pembakar semangat jgk ni...tq

    BalasPadam
  3. abang ben , thanks 4 this entri . rasa lebih bermotivasi . . smpai bila mahu berikan perkhidmatan percuma untuk setiap kerja . terbaik !!! salam botak gambus : http://botak-gambus.blogspot.com/.

    BalasPadam
  4. Blogger patut mendapat bayaran yang sewajarnya. Kemahiran menulis ni dibina melalui pengalaman dan pembacaan yang memakan masa bertahun-tahun. Blog nak create memang sekejap, nak bina skill tu yang makan tahun.

    BalasPadam
  5. ada internet tapi x mau bayar hahaha....
    Respek bro, semangat mmg kuat...

    BalasPadam
  6. Member2 opis aku kebanyakannya adalah reader blog aku... tp bila aku suruh diorang bukak blog jugak dan share apa2 xtvt diorang dlm blog diorang x nak... katanya susah dan leceh... then 1 lg katanya kalau skit2 ok la... kalau hari2 ni buat entry mesti nnti jd blur... tak tahu nak citer ape... see... nmpak tak yg jd blogger perlukan org yg rajin, sabar dan penting ada idea dlm penulisan... itu sbb knapa blogger perlu dibayar utk tujuan promosi...

    BalasPadam
  7. best of luck!
    you know your strength
    so keep up the good work!

    BalasPadam
  8. aku jadikan blog emmeraziz.blogspot.com sebagai catatan yang boleh dikenang pada masa akan datang.... tapi syukur juga buat blog nie dapat income sikit-sikit walau x tebal macam blogger yang dah letop....

    BalasPadam
  9. Betul tu. Bukan mudah nak jadi blogger yg berjaya.

    BalasPadam
  10. Terbaik la .... ya, dunia blogger bukan cam dulu, pengaruh pun dah makin kuat.

    Kata mereka, blogger lebih memahami dan ada sentuhan personal.

    :)

    BalasPadam
  11. sekarang blog salah satu medium promosi yg plg berkesan jd kena ada harga la.Bayar mengikut apa yg blogger tu mampu bg bukan nak demand tinggi2.. blog ni kan ada yg popular.. ada yg suam2 kuku.. ada yang sejuk beku. Kalau nak yg hot bayar pun kena hot.. nak yg suam2.. bayar pun suam2.. nak yg sejuk beku.. bayar la apa yg mampu. kan??

    BalasPadam
  12. Good job and keep on writing..

    BalasPadam
  13. Dulu blogging memang sekadar suka2 tpi, bila semua cakap blogging ble buat duit maka terfikirlah diri ini utk menjadikan blog sbg tmpt mencari side-income :)

    BalasPadam
  14. Dulu blogging memang sekadar suka2 tpi, bila semua cakap blogging ble buat duit maka terfikirlah diri ini utk menjadikan blog sbg tmpt mencari side-income :)

    BalasPadam
  15. saya pun nak ubah dari suka2 ke yang lebih serius..... tapi saya ni buta IT skit..... saya pun cuba nak belajar tapi saya hanya blh on9 ketika di hostel kolej, itulah yang membuatkan saya tiada masa utk search cara nak upgrade blog

    BalasPadam
  16. go go go Encik Ben...terus perjuangkan blogger Melayu.. gitu...

    BalasPadam
  17. Betul tu.. LeYa rase blogger patut dibayar.. segala kerah keringat digunakannya.. perah otak bagai nak buat blog terbaik.

    BalasPadam
  18. fuh.. betul lea ramai yang kata ben ni blogger otak besar... memang bijakk.. respect!

    BalasPadam
  19. Utk dunia blogger, sy amik abg ben jd idola..hahahhahahaa...npesy tak ambil org len?????rahsie..

    BalasPadam
  20. hurrmmm...

    hai qhaliff..
    rindu qhaliff.

    nak pi carik cerita pasal qhaliff sat na...

    blogger..? event..bayar..?
    blogger ikan bilis cam dayah nih dok senyap dah la.. :)

    BalasPadam