Kunyit lagi ??

by - Khamis, Oktober 24, 2013

 

Qhaliff selsema lagi .. Wife mintak belikan kunyit dikala aku dok syok bantai berborak kat kedai mamak .. Gi tapau mee goreng kambing untuk malam.. heee ..

Sms dari wife berbunyi begini ..

“ Beli kunyit 50 sen bang. Nak letak kat hidung Qhaliff.. “

10 minit kemudian …

“ Aiii bang .. Terus keje kat restoran tu ke ? “

Opss .. aku terlepas pandang hp aku ni sbb syok sangat bercerita pasal gym .. hehe ..

Pastu terus aku gi ke kedai kat sebelah restoran tu .. Dan mencari kunyit.. Persoalan di benak aku .. Mana satu kunyit eh ?? Seperti ramai pembaca blog ni dah tau , aku mmg lemah tul dengan kunyit . Memang tak leh cam. Anak dara sebelah , boleh la cam. Tapi kunyit ni haaa .. adoiyai …

Amik gambar dan sms kat wife ..

“ Mana satu kunyit ni ? “

 

10 minit berdiri depan raga tu.. Takde respon .. Hurm.. Aku pilih je la .. Amik dua ketul dan bayar .. Pastu terus balik ..

“ Ni ke ? “ .. Aku bagi kat wife ..

Nasib baik tak yah gi dah .. hehehehe …

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

8 comments

  1. naz kalau confius pun lengkuas ngn kunyit. tapi, rasanya...kalau ikut gambar ni, kunyit yang warna orange2 tu kan? ke silap? heeee

    BalasPadam
  2. Halus2 tu kunyit. Lain kali abg ben try satu satu benda alah tu letak kat hidung. Kuning tak. Ngeeee.

    BalasPadam
  3. kunyit warna dia yg oren tu...atas dia tu halia...dekat bucu kanan raga tu baru la lengkuas...lengkuas ni senang jak mau cam bau dia...bau dia kuat sikit...dan fizikal dia keras berbanding kunyit dan halia...senang kan hehe

    BalasPadam
  4. selain dari kunyit letak hirisan bawang kat dalam tisu, lepas tu letak tepi tempat dia tido.. bau bawang tu bagus utk selesema. sori tak ingat qaliff dah setahun ke belum.. kalau dah setahun, buatkan hirisan bawang+madu. buat dalam mangkuk. biarkan 10 minit. ambik airnya.. bagi minum sebagai ubat batuk dan selesema. insya allah berkesan. anak2 saya guna petua ni, dah lebih setahun tak bagi makan ubat doktor..

    semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
  5. hahahhaa...kunyit la kunyit...
    abg ben...len kali klu qhaliff sesema lg...mandikan dia ngn air suam yg ade hirisan & perahan lemon...in shaa Allah..leh ok pastu..air yg suam2 ade lemon...rileks je rs...bau pun sodap...

    BalasPadam
  6. Kunyit warnanya oren. Lengkuas kuat baunya dan halia warna kuning cair gitu.... Kalau mcm ni tak bolehlah isteri kirim list beli barang dapur yek!

    BalasPadam
  7. halia..kunyit..lengkuas..buah kencur/cekur..lebih kurang je rupanya..yang membezakan saiz bau dan warna.. *_^

    BalasPadam
  8. ai bang..serai pun masuk bakul? hehehehe...

    BalasPadam