Toshiba Canvio Slim II , sesuai untuk anda !

by - Jumaat, Oktober 04, 2013

 

External Hard Drive yang sangat menawan hati aku ini , pastinya dari Toshiba ! Kenapa ? Senang citer , tengok warnanya saja dah buat aku tertawan .. Aku suka warna luaran TOSHIBA CANVIO SLIM II ni .. Serius sangat ‘mahal’ bila orang tengok walhal tak la mahal mana pon .. hehee ..

Berkapasiti 1 Terra Byte  ( 1TB  ) dengan harga tidak lebih dari RM300 ini  pastinya akan memikat anda yg tercari cari external hard disk utk menyimpan data dan buat backup file yang sedia ada ..

Kenapa aku kata gitu lak ? Haaaa ..

Pertamanya , Toshiba  Canvio® Slim II  ini boleh klonkan keseluruhan komputer anda ! Kalau kata nak format pc , maka gunakanlah Toshiba Canvio HDD ni untuk mengklonkan keselurahan pc anda  termasuk sistem operasi dan juga perisian ! . Perisian sedia ada dalam HDD tu. Tak peru risau..

Keduanya ,  Canvio® Slim II dilengkapi dengan perisan Popoplug yang mana bernilai USD$29.95 ( utk PC /MAC ) bagi memudahkan anda memuat turun atau mengakses gambar anda di dalam hard drive ini melalui tab atau telefon bimbit anda !! Haaa.. senang kan ?? Tapi perlu ada internet la ..  dan komputer perlulah dihidupkan senantiasa .. Kalau off , camana nak tranfer kan ? Hehehe ..

Dan juga percuma 10GB cloud storage. hehehe ..

Perbandingan yang aku guna sekarang dengan Toshiba Canvio yang lebih slim dan menawan ..

Seperti external hard drive yang lain , Toshiba Canvio Slim II ini juga dilengkapi dengan kata laluan jika ingin mengaksesnya. Kalau hilang , tak la pening kepala kan ? Hehehe ..

image

Antara kelebihan lain Toshiba Canvio Slim II ini ialah jadual backup secara automatik ! Anda setkan bila masa yang anda rasa nak buat , dan ianya akan dibuat secara automatik. Selain itu , anda juga boleh pilih folder dan file untuk dibackupkan.

Ops .. NTI® Backup Now EZ™ full system backup hanya boleh digunakan pada platform Microsoft Windows jer ..

Dan jangan lupa , jika dah beli Toshiba Canvio Slim II ni , sila download Popoplug pada telefon bimbit dan tab anda bagi memudahkan kerja kerja backup dilakukan. Haa.. Hanya terdapat pada pengguna Apple dan Android sahajaaaa .. hehehe ..

Sekali lagi.. Harga dalam lingkungan RM200 lebih gitu laa .. Dah ada dipasaran rasanya .. hehehe ..

image

Hehehe.. Jangan tak tauuu yer .. Canvio Slim 500GB pemenang bagi anugerah reddot design bagi tahun 2013 .. Ini bermakna produk ini diiktiraf !

Tunggu apa lagi ? Kata nak cari kan ? Cari , belek belek .. sesuai ? Jangan tengok jer .. Beli terus ! Hehehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

3 comments

  1. huhuhu... aku dah ade 2 EHD... nnti kalau nak tambah lg nak rembat yg ni plak laa...

    BalasPadam
  2. tau2 je tgh mencari hard disk ni.tq3 for the info

    BalasPadam
  3. wah mmg murah la abg ben..sy da lma cri EHD bru..yg ad ni 250G da hmpir full pn..ho ho ho..mana nk dpt ek?

    BalasPadam