Yummy !! Sesekali lepak ngan wife di Secret Recipe dan layan kek ... Jemput makan ..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] ..
Akhirnya , aku menyendiri lagi. Bukan mudah nak mengharungi perasaan ni. Bila berperasaan begini , pastinya blog menjadi teman aku meluahkan perasaan.
Sepi ,
Bukan pintaku ,
Hadirnya mendamaikan ,
Syahdu dan pilu ,
Itulah aku tika ini.
Sepi ,
Temanilah aku ,
Tak ingin diganti lagi ,
Andai yang hadir ,
Hanya untuk melunaskan nafsu.
Sepi ,
Mengajar aku ,
Erti kehidupan sebenar ,
Mendekatkan aku ,
Pada Ilahi.
Sepi ,
Andai ingin pergi ,
Aku relakan ,
Cuma dia yang dinanti ,
Apakah sudi akan diri ini ?
Hurm... Sapa yang sudi menerima diri ini ? Yang aku suka , bukan sesuai di hati .. Yang aku minat , harta menjadi ukuran . Yang aku nanti , tak pasti sapa lagi ..
Sabrina ? Anonymous ? Hurm... Nak ke diorang kat aku ?
Pelik ? Tak laa... Kalau suami dera isteri , si isteri g report polis.. Mudah je tindakan diambil.. Tapi bila suami didera isteri ? Suami biar je.. Malas nak bergaduh.. Bukan tak nak tapi malas nak bising bising .. Kan ?
Zaman ni , mulut je pandai cakap bab agama tapi penghayatan takde . Bila sebut bab dosa pahala , ianya umpama dapat markah atau tolak markah.. Begitu juga bab syurga neraka .. Ianya seolah lagi 1000 tahun baru jelma.. Maka sebab itulah ramai terlupa tentangnya ..
Mereka sebut pasal mati .. Tapi berapa ramai yang benar benar tau apa yg akan berlaku bila mati ? Mungkin diornag fikir yang akan diseksa tu cumalah roh.. Jasadnya takde kene mengena. Mungkin dia tak rasa kena seksa lagi..
Jadi , manusia sekarang tak kisah bab hukum hakam agama.. Semua itu cuma undang-undang yang tak nampak , bagi mereka ! Kalau tidak , pasti takde manusia berani melakukan dosa kan ?
Ingat .. udara tidak nampak.. Kita hidup... Akal tak nampak tapi kita fikir .. Hati cumalah organ tapi kita berperasaan .. Dosa pahala tak nampak tapi ianya wujud. Syurga neraka tak tak nampak tapi kita pasti mati !
Bab dera mendera ni , kembali periksa hukum agama.. Apakah status anda ..
Aku pernah merasa susah .. Kesusahan aku itu disebabkan menganggur dalam satu jangka masa yang sangat panjang sehinggakan aku terpaksa jual barang kesayangan aku demi untuk mendapatkan sedikit wang belanja !
Segala pengalaman aku itu membuatkan aku bertambah matang. Dan alhamdulillah , aku belajar erti berkongsi rezeki ..
Aku tau bagaimana perasaannya bila ada yang 'memberi' pada kita walaupun kita tidak meminta. Ianya satu yang amat besar buat mereka yang memerlukan.
Ini bukan satu entri ungkitan atau berlagak tapi sekadar berkongsi pengalaman aku yang tak sebesar mana pun.
Sejak rezeki aku dalam dunia blog ini bertambah , aku suka berkongsi rezeki aku dengan mereka yang aku rasakan memerlukannya. Bagi aku , rezeki aku datangnya dari Allah dan selayaknya aku berkongsi dengan mereka walaupun jumlahnya kecil saja.
Ianya memberikan aku satu kelegaan. Tak luak mana pon kalau kita ni berkongsi dengan mereka. Rezeki kita , Allah dah sediakan .. Kita cari saja.. Dan janganlah kedekut.
Jangan kedekut dengan keluarga kita terutama ibu bapa kita . Ada rezeki lebih , berkongsilah dengan mereka.. Apa guna kita pusing dunia dan kemudian bercerita pada mereka.. Tapi satu sen pon tak hulur pada mereka !
Apakah ? Setiap kali ada yang follow blog aku , aku cuba masuk ke blog mereka .. Mana yang termampu oleh aku je la.. Yang tak sempat tu , aku mohon maaf ..
Bila aku masuk , apa yang baru buat blog .. Ini berdasarkan jumlah follower mereka dan juga entri di blog archive.. Dan membuatkan aku terharu , link blog aku berada di blog mereka .. Terima kasih buat mereka yang sudi letak link blog aku.
Aku tak tau bagaimana nak balas budi baik korang yang senantiasa memberi sokongan pada aku ini . Semoga Allah membalas segala kebaikan yg korang buat samada pada aku dan juga rakan-rakan yang lain.
Jadi , aku nak amik kesempatan di malam ini .. Khas buat mereka yang baru buat blog dan hanya ada 100 FOLLOWERS ke bawah , aku akan buka satu bloglist baru. Bloglist ini hanya untuk sebulan sahaja. Selepas itu , aku akan remove bloglist tersebut.
Maka , dalam tempoh itu , silalah amik kesempatan dengan rajin update entri entri yang bagus untuk menarik pembaca dari blog aku ini ke blog korang .. OK ?
Tawaran ini dibuka sehingga awal pagi esok . Hanya 100 blog terawal dan terpilih saja akan berada di dalam bloglist tersebut.Seperti aku kata tadi , khas buat blog yang baru ada 100 follower ke bawah saja .. TINGGALKAN LINK URL BLOG ANDA !
Buat rakan lain , kita beri peluang pada rakan kita yang baru ini untuk mengembangkan sayap mereka.. Ok ? Terima kasih kerana memahami..
Sama sama kita membantu.InsyaAllah..
Kali ni , biarlah rahsia... Hehehe.. Nak tau sapa ? Kena la masuk n tengok sendiri ...
dan bonus .. blog baru buat tadi ..
Terima kasih kerana setia bersama BENASHAARI.COM
Oh ya.. tertanya bagaimana nak jad blog pilihan ? Rajin singgah dan komen entri dengan komen yang menarik serta logik.. Penting sekali , ikhlas bila meninggalkan komen.
Lokasi : Hentian Putra
Waktu : 8 pagi
Waktu ni wife ( kira dulu kawan je ) , baru sampai dari Kelantan. Dan aku jumpa dia sbb nak pass sesuatu padanya. Kebetulan Hentian Puduraya dengan PWTC dekat je. Jadi senang nak jumpa.
Zla : Nak pergi mana ni ?
Aku : Nak g breakfast dulu ke sebelum nak balik ?
Sambil tengok jam.. Awal lagi.
Zla : Ok gak. Dekat ke ?
Aku : Dekat la jugak.
Pastu bergerak ke kedai makan berhampiran. Tiba-tiba , dia bersuara.
Zla : Ben , tak jadi la. Saya nak balik terus. Penat sangat rasanya badan ni.
Aku : Betul ni ? OK la gitu.
Pastu , terus hantar dia ke stesen komuter yang berhampiran kerana dia nak balik ke Selayang , kalau tak silap aku.
Setahun kemudian.
Zla : Ingat tak yang kita jumpa dulu kat Hentian Putra yang mana saya tak jadi nak breakfast tu ?
Aku : Ingat .. Nape ?
Zla : Ada ke patut awak biarkan saya tarik beg pakaian yang berat sambil berjalan mengekori awak !! Awak tengok je ??
Aku : Dah awak bukannya awek saya.. Kang saya buat baik , awak kata saya nak ngorat awak lak.. Saya gak yang malu.. kan kan ?
Terus wife aku geleng kepala.. " Camana la saya boleh terpikat kat awak ??? " .
" Well .. ". Aku jawab selamba...
Hampeh aku kan ? Hahahaha.. Yelah , bukannya awek.. Cuba awek ! Haaa... Jangan kata beg , siap antar terus balik rumah tuuuu .. Heheh..
Sah... Ni mesti kes populariti dah jatuh merundum maka terpaksa berduet ngan si Bibir neh ..
Gambar Mariah Carey yang aku terpaksa edit kerana seksi . Kang takut cik abang2 kita tak senang duduk pulak. hehe.. Guwau je bro !
Ni Justin Bibir.. Tengok rambut dia , teringat si beruang dalam filem Star Wars tu.. Sama kan ? Lalala..
Menurut Mariah ;
"Justin dan saya akan berduet dalam lagu All I Want For Christmas Is You yang saya tulis dan terbit pada tahun 1994.
"Rasanya semua pihak terkejut dengan berita ini dan akan lebih terkejut apabila lagu tersebut dimainkan. Anda semua akan sukakan lagu itu. Saya sangat teruja," ujarnya melalui sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Twitternya. - Mstar
Hurm... Dulu aku minat gak la lagu lagu Mariah tapi selepas dia cam pelik dok gila seksi , minat tu ilang terus .. Jadi sekarang aku layan je lagu lama , Noraniza Idris bersama allahyarham Abdullah Chik. ( link).
Justin Bibir ? Satu lagu pun tak penah layan ... Hehe.. Tua dah kot aku..
Hehe.. Walaupun sekeping gambar , ianya tetap satu pemberian yang bermakna .. Thanks Lyssa Faizureen aka Lyssa Secret .. Terima kasih Lyssa..
Hanya tau 'mencakar' tapi malas mengejar !
Akan terus mengorek tanah walaupun lembab pergerakkannya.
Usaha tangga kejayaan .
Jangan ketawakan mereka hanya kerana kerana mereka berjaya sedangkan kita malas bekerja. Jangan cari kelemahan mereka hanya kerana nak tutup kemalasan kita .. Bawa-bawalah berubah perangai kita memandangkan kita akan ke tahun baru tidak lama lagi.. Azam tahun ni dah tercapaikah ?
Apakah nasib penjawat awam berstatus kontrak ( CFS ) ? Jumlah CFS bukanlah kecil dan bakal ditamatkan perkhidmatan mereka penghujung tahun ini. Ada sapa sapa perasan akan hal ini ? Mereka akan kembali menganggur.
Terima kasih kerajaan Malaysia.
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] ..
Adawiyah menuju dengan muka seolah geram dengan aku.
" Apakah aku bakal kena penampar ? Atau aku akan diherdik olehnya ? Atau dia nak mintak aku pulangkan duit yang dia pernah belanja makan dulu ?? Tapi berapa posen sangat je pon ? Ah ... Terlalu mengarut imaginasi aku ." .Hati kecil bermain kata.
" Err... " . Aku bersuara halus
Adawiyah semakin hampir. Dan aku semakin keliru apa yang nak dia buat pada aku sebentar lagi .
" Kenapa Ada ? ". Sebelum dia bersuara , aku bersuara dahulu.
" Eh , sapa nak jumpa awak ? Saya nak pergi amik buku saya yang tertinggal dalam cafe tadi. Orang tak nak , saya pon tak terhegeh laaaa ! ".
Sedas kena kat muka aku . Oh , betapa malunya aku. Di mana aku nak lari untuk menyorok muka ini ??? ARghhh .. malu ! malu ! malunyaa...
" Oh.. yeke .. Ingat tadi nak cakap apa apa kat Ben. " . Aku cuba cover malu.
" Not interested !" . Tanpa memandang muka aku.
Umpama halilintar kata-kata Adawiyah tadi. Ini menunjukkan dia benar-benar geram terhadap aku dan berjaya menangani perasaannya sebelum itu. Satu perkembangan yang sihat !! Dan aku , BEBAS !!!!!!
-SAMBUNG-