Salah sapa jika mereka MURTAD ?

by - Khamis, Ogos 18, 2011

 

Semalam , aku post entri ISU MURTAD .. Lebih 5 ribu orang masuk menonton video tu .. Ramai yang geram .. marah .. benci.. macam nak belasah orang orang di gereja tu pon ada ..

Cuba kita fikirkan kembali.. Kenapa mereka boleh murtad ? Iman tak kuat ? Kuat sangatkah iman kita ? Tu yang dok terdedah aurat sana sini tu ? Mungkin tidak sampai murtad tapi tetap melakukan dosa kan ?  Amik rasuah.. memaki hamun sesama saudara .. apakah itu semua ? 

Ok .. Aku bukan suruh galakan murtad .. Nauzubillah .. Berdosa besar aku.. Maksud aku , senang jer .. Apa peranan kita untuk mengelakkan saudara saudara seagama kita dari murtad ? Dalam akhbar hari ni , seorang mualaf dibuang keluarga kerana peluk Islam dan kini terkapai kapai mencari pohon untuk berteduh .. Apakah peranan kita ? Sapakah yang amik kesempatan di kala mereka susah ? Sekuat mana iman mereka sedangkan mereka baru peluk Islam ? Di zaman nabi s.a.w , bagaimana mereka melayan saudara baru ? Di zaman ini , kita layan mereka camana pulak ?

Aku tegaskan sekali lagi , aku bukan sokong mereka yang sedang berusaha memurtadkan saudara seagama tetapi aku menyalahkan diri aku sendiri kerana tidak memainkan peranan aku sebagai saudara mereka ..

Malam ini saja aku buat dua post mengenai saudara kita di Somalia sana... Aku terpanggil membuat entri ini setelah menonton pelancaran kutipan derma di berita tadi ..

Bayangkan , jika mereka ini di bantu oleh negara-negara kafir .. Kita gak melenting ! Sedangkan negara-negara Islam yang kaya raya , sibuk membelanjakan duit mereka membina bangunan bangunan tinggi melangit.. berpoya poya .. dan sebagainya.. Tu korang leh pk sendiri ..

2 post aku dah buat ... Jika aku buat segmen malam ini , berapa ramai yang akan buat ..Tapi jika untuk entri kebajikkan ?? Sapa nak buat ?? Serius , aku malu jadi blogger kalau ini pon aku kedekut nak buat !  Tak guna punya tinggi trafik kalau tak reti menggunakan ke arah kebaikkan ..

Itu di luar negara.. Dalam negara ? Yang fakir ni ? Berapa ramai ? Susah sangat ke nak mewar warkannya kalau dah tak nak sedekah ? Kita dok cerita pasal trafik , pasal SEO , pasal sifu tapi bab ni ? KESIAN je mampu kita luahkan ? Blog tu untuk apa ? cerita pasal boyfriend ? Cerita pasal makan apa tadi ? Serius , aku sedih giler ..

Mmg bukan masalah korang.. Tapi jangan melenting jika mereka berada dalam gereja !Apa kata DR ASRI mengenai isu ini ? Baca SINI

You May Also Like

21 comments

  1. betul tu...saya pun tgh cari bahan nak posting ni...

    BalasPadam
  2. hehe..sbb tu saidina Ali prnh ckp kemiskinan itu mghmpiri kekufuran :)

    BalasPadam
  3. betul tu . kebanyakan , tak semua , rakyat malaysia terutama melayu suka buat andaian dari apa yang mrk nampk . bkn dr sudut sepatutnya iaitu kenapa terjadinya sesuatu pkara tu . sedih bile ckp bab ni ..

    BalasPadam
  4. Terkenang dulu saudara baru, penyanyi Ben Nathan, lagu stanza sekeping hati, tak tau apa cerita apabila dibuang keluarga selepas masuk islam..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. betol!
    walau ini bukan hal kita
    tapi ni hal agama kita
    kalo kita x syg agama kita
    sape lagi nak syg agama kita kan?

    BalasPadam
  7. orang yang sayang agama belum tentu dia boleh menjaga agamanya..

    tapi orang yang menjaga agama sudah tentu die sayang kan agamanya...

    BalasPadam
  8. salah kite²..terase xguna nye diri ni xdapat menjadi yang terbaik kepada masyarakat & agama..Ya Allah,jadikanlah saya manusia yang berguna kepada agama & bangsa sendiri..Amin!

    BalasPadam
  9. saya suka kongsikan disini,

    http://haryanies.blogspot.com/2011/08/saya-sebenarnya-tidak-berilmu-tinggi.html


    terima kasih...

    BalasPadam
  10. jangan sebab kemiskinan kite menyalahkan tuhan yg sedang menguji kite...toksah ckp byk la..duit nk berlibur beriban2 tp nk letak dalam tabung masjid pun payah..

    BalasPadam
  11. jawapan kenapa ada yang murtad ada disini...


    http://www.ibnuddin.com/2010/08/pemikiran-skeptik-yang-menyakitkan-umat.html


    suka baca blog ini.

    BalasPadam
  12. saya sokong statement komentator kita..memang tak perlu dibahas lagi kemiskinan menghampiri kekufuran..

    Entri Terhangat!! :
    Gempak - Ikan Terbang !!
    Kelakar Habis - Kenapa Mak Benci Adik??

    BalasPadam
  13. aku setuju kita perlu bantu saudara kita :)

    tapi seorang islam sejati walau sekuat manapun dugaannya xkan menjual agamanya ...tiada kompromi walau korbankn nyawa sekalipun....

    teringat plk kisah bilal bin rabah dan amar bin yasir ...mmm ...

    kalau manusia xbuleh menolong kita yakinlah bahawa Allah akan menolong kita ...

    excellence!

    BalasPadam
  14. Salam,
    Ben saya punya kisah benar untuk dikongsikan bersama.

    Luahan hati seorang mualaf.

    http://adieachim.blogspot.com/2011/08/langkah-mualaf.html

    Terima kasih.

    BalasPadam
  15. wang ringgit bkn penentu keimanan seseorg..even seseorg tu kaya ker, miskin ker, tahap miskin tegar ker..jika ada keimanan pasti cahaya ad-din bertapak kukuh di hati hambaNya.

    Contohi kisah zaman Rasulullah;
    "Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak"

    Mengapa menjadikan miskin itu satu alasan???

    BalasPadam
  16. Inilah padahnya jika terlalu byk BIROKRASI dalam kehidupan kita. Yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin miskin.

    Setakat nak dpt RM100 atau RM200 pun byk kerenah dan syarat. Di sebabkan sikap sesetgh mereka yg berkuasa ni, org luar mengambil kesempatan utk mendekati mereka yg susah dgn agenda mereka tersendiri.

    BalasPadam
  17. @elodia

    Kita tersepit bila ada yang mempersoalkan'lillahitaala'..semua buat kena ikhlas. Masalahnya bukan pasal ikhlas@tidak, tetapi sumber kewangan pun penting. Berjihad tetapi anak bini terbiar, lagi salah. Makan minum terabai. Alangkah sempurna jika setiap individu yang berjihad itu ,keluarganya pula dibantu juga oleh pihak2 ITU.Taktik itulah yang dibuat oleh pihak gereja...dan penyebab mereka jadi KUAT.Ditaja..!

    BalasPadam
  18. Salam Ben,(maaf Ben agak panjang sikit) terima kasih krn entri pasal murtad nie. Saya jangka ianya keluar lebih awal krna dah banyak hari isu nie berlegar dan mejadi bahan perbahasan dlm media massa.Tak mengapa walaupun agak lewat sikit " late better then never". Saya melihat dari sudut kemiskinan yg menyebabkan golongan kurang bernasib ini terpaksa menadah tangan kpd pihak lain utk sesuap nasi. Dlm hal nie kita tidak boleh salahkan "pihak berkenaan" kerna mereka akan ambil peluang dari kelemahan yg ada utk mengaut keuntungan. Persoalan saya adakah kita miskin. Saya difahamkan kita mempunayi sumber kewangan yg memadai utk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. cube kita hitung berapa banyak jumlah kutipan zakat yg dikumpul setiap tahun oleh pihak yg menguruskan perkara ini. Didada akhbar dengan gah dan megahnya jumlah kutipan zakat diumumkan. Dlm masa sama badan2 koporat dengan bangganya menyerakan mokap cek nilai jutaan ringgit kpd pihak bertanggungjawab mengutip zakat. Persoalannye kemanakah dana ini disalurkan..... Kita juga mempunyai sistem tadbir urus yg cekap, data dan maklumat yg lengkap. Pelbagai agensi kerajaan yg sentiasa turun padang menjalankan banci dan mengumpul maklumat macammana boleh tak dapat dikesan ada golognan miskin dan kurang bernasib yg berada diambang kekufuran. Adakah petugas ini hanya membuat laporan berdasarkan andaian dan tidak benar2 mendekati kumpulan ini.
    Kalau dihitung jumlah orang yg kurang bernasib baik ini adalah KURANG dpd bilangan pegawai dan kakitangan kerajaan yg berkhidmat.
    Adakah tadbir urus di jabatan agama yg lemah atau sukar utk berurusan. Kita sering dengar kes2 yg melibatkan jabatan agama agak lewat diselesaikan. Penahkah kita membuat kajian berapa lama sesuatu kes perceraian dan tuntutan berkaitan dengannya dapat diselesaikan oleh pihak berkenaan. Kelewatan ini juga mungkin disebabkan oleh beberapa punca spt kurang pegawai n staff, pegawai tidak mendapat latihan mencukupi, tidak kemudahan yg menukupi( sistem dan komputer)atau mungkin sikap pegawai melaksanakan tugas secara sambil lewa. Pegawai agama juge tahu bahawa tugas rasmi yg dijalankan adalah juge merupakan IBADAT.
    Berbalik kpd isu kemiskinan tadi saya fikir kita perlu lakukan perubahan menyeluruh agar imej Islam akan menjadi lebih baik dan yg lebih penting perkhidmatan mereka kpd pelanggan dapat dilaksanakan dgn cekap dan berkesan agar dapat mengelak dpd lebih ramai umat Islam yg "melangkah sempadan" dan memeluk agama lain.Jika perkara ini berlaku maka kita sebagai umat Islam juge akan menerima "sahamnya" diakhirat kelak. Fikir-fikirkan.....

    BalasPadam
  19. salam....contoh yg paling senang ialah bila org melayu menderma utk majlis2 keagamaan kecil.....org melayu mmg kedekut nak derma....biler tgk dlm sampul, atau tabung, hanyalah duit seringgit dan duit2 syiling lebihan....tu sbbnya masih ramai lagi org melayu islam yg masih miskin....

    BalasPadam
  20. em...btul jugakk.btul2.



    http://solehas.blogspot.com/

    BalasPadam