Aku seorang yang tak boleh terima kritikan ?

by - Ahad, Jun 26, 2011

 

Hurm.. terbaca di satu blog tadi berkaitan dengan teguran / kritkan ..

""Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Benar intipati yang ada di dalam entri tersebut ..

"Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya."  - iluvislam

 

Ada yang fikir aku adalah spesis yang tak boleh menerima teguran .. Aku tanya wife aku.. Dia kata pon begitu juga .. Bagaimana pula aku ?  Apakah aku akui yang aku jenis tak boleh terima teguran atau kritikan ??

Aku spesis yang tak sukakan disiplin  tapi gemar ikut disiplin dalam diam .. Contoh , bila ada yang ada kata A , aku akan balah dulu walaupun dia betul .. Kenapa ? Sebab aku nak dia buktikan apa yang dia katakan itu adalah berdasarkan dari pengetahuan dia .. Aku bukan jenis yang senang senang nak ikut membuta tuli ..

Sebab itulah aku gemar baca tulisan Dr.MAZA .. Kenapa ? Setiap artikal dia ada dalil serta bukti fakta yang kukuh.. Bukan main kaut jer .. Sama gak aku , kebanyakkan entri aku , berdasarkan pengalaman hidup .. Kalau nak main cerita jer , aku pon takut tak betul ..

Kritik .. sila kritik .. tapi bila kritik , pastikan ianya benar kritikan yang membantu aku menjadi seorang manusia yang berguna .. Bila kritik , bagi sekali cadangan .. Itulah yang sepatutnya..

Bila dirujuk pada dunia ilmuwan dulu , setiap kritikan akan disertai dengan dalil dalil atau fakta yang lebih kukuh .. Tapi apa yang berlaku sekarang , kritikan lebih pada mencari kesalahan untuk menjatuhkan seseorang .. Itu yang aku nampak .. Tiada langsung untuk membantu menjadikan seseorang itu lebih matang dan berjaya ..

Ini cuma pendapat aku.. Sebab itulah aku jarang nak terima bulat bulat kritikan seseorang .. kecuali datangnya kritikan itu dari seorang yang sememangnya dalam bidangnya .. Yang itu , akan aku telan terus kerana sememangnya dia arif dan mahir ..

Untuk menjadi seorang yang lebih matang , kita kena hayati kehidupan ini dari segenap sudut .. Walaupun sama sama makan nasi tapi nasi yang aku makan pastinya lebih enak kerana aku yang carik sendiri !

You May Also Like

13 comments

  1. kritikan membina...sokong..da kritik..sertakan cadangan..supaya kite dpt membaekkan perkara yg dikritik tu..bukan setakat kritikan je..^_^

    BalasPadam
  2. bro ben jom usha fakta ini.. heee

    http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/jika-bukan-rahman-siapa-pm-malaysia.html

    BalasPadam
  3. Adat dunia sudah begitu,
    Hukum alam sudah menetapkan,
    Tiada dua mesti berpasangan,
    Andai kau dikritik,
    Janganlah bersedih,
    Mungkin kita tidak sedar,
    Ada satu ruangan di hidup ini yang kita terlepas pandang,
    Ambillah kritikan itu walau pahit ditelan,
    Semoga ia menjadi pedoman,

    BFF SEGMEN

    BalasPadam
  4. Lumrah manusia..kalu dikritik atu diegur mula la nak tarik muka..tapi sebenarnya teguran itu penting sgt..kalau takdak teguran kita rasa kita dh cukup bagus..

    BalasPadam
  5. kalau org tu kritik dgn cara baik,boleh terima juga. tp kalau yg kritik tak tentu pasal,berasap juga telinga tu..hmm!

    BalasPadam
  6. yup..lain orang lain care penerimaan..lain orang lain jugak pandangan..

    BalasPadam
  7. betul2..hidup kena fleksibel..belajar menerima kritikan

    BalasPadam
  8. Tegur-menegur, memberi peringatan itu penting. Walaubagaimanapun biarlah berhikmah dan kena dengan caranya.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  9. salam. paling tak boleh tahan kalau orang kritik guna "laser". lepas tu nak sindir-sindir. uih..berapi. tapi, sebab saya jenis makan dalam, kalau orang kritik, maka terganggulah seluruh hidup untuk beberapa ketika. sebab asyik fikir tentang tu je.

    BalasPadam
  10. tau dah abg mmg .. pendapat abg berjela2x .. aha

    BalasPadam
  11. klu org kritik, terima je lah.. klu nk apply, apply la.. klu xnk, sudah.. wat derkk~ ^_^

    BalasPadam