Satu tahap , anda akan rasa sangat boring dengan blog !

by - Jumaat, Julai 22, 2011

 

Serius , ini akan berlaku .. Aku yang dah berblog sejak 2009 , berkali kali rasa nak tutup blog ni .. Punca ? Apakah kerana kekerapan mengupdate ? Atau tidak mempunyai idea ? Bosan ? Atau tiada arah tujuan ?

Ramai kenalan aku pon , dah tutup blog.. Aku tak pasti mereka kembali dengan nama baru atau buka blog mereka yang lama .. Cuma yang aku tau , berblog ni tak susah mana pon .. Sekadar menaip apa yang rasa diperlukan , tu saja ..

Jadi kenapa rasa sampai nak tutup blog ? Puncanya satu je .. TERIKUT IKUT rentak blogger lain .. Bila dengar blogger ni punya trafik tinggi tapi entri dia biasa je , kita jadi tensen .. Bila dengar blogger dapat $$ banyak , kita pon terikut nak dapat banyak , maka entri jadi tah hapa hapa jer ..

Apa yang patut kita buat ? Jadilah blogger sejati .. Blogger sejati adalah blogger yang melogkan apa saja yang dia rasa patut dilogkan ... samada untuk dirinya sendiri atau dikongsi dengan orang lain ..

Elakkan terpengaruh dengan blogger blogger lain terutamanya mereka yang lebih pada ciri ciri komersial punya blog .. Haaa.. Bukan tak bagus .. Bagus blog gitu cuma nanti tak terikut atau terkejar.. Diorng punya pengalaman dan ilmu .. Kalau nak ikut , kena ada semua tu. Bukan main taram jer .. sah sah terkontang kanting ..

Jadi , blog je cam biasa .. InsyaAllah .. aku pasti akan ada yang perasan kewujudan blog anda tu seterusnya akan dikhabarkan dengan lisan mahupun bertulis pada rakan rakan mereka ..

Biar perlahan asalkan bergaya .. Dari cepat tapi kusut masai !

You May Also Like

38 comments

  1. sy tgh cube..semoga tak sampai tahap boring tu..

    BalasPadam
  2. biar lambat asal bergaya ! o yeahh

    BalasPadam
  3. Harap2 x jadi la macam:
    biar cepat,jangan kusut masai tu,
    hehe
    sebab susah betul la nak cari idea,bila dah ade idea x taw plak nak tulis macam mana....hmm,pening2..:)

    BalasPadam
  4. pernah rasa sampai nak delete blog.

    tapi bila fikir balik.

    untuk apa kan ? blogging untuk kepuasan diri. kalau rasa serabut dengan blog. tak perlulah tutup sebab satu ketika nanti akan rasa nak bukak balik.

    lagipun dgn blogging dgn identiti diri sendiri. buat apa kesahkan dan dengkikan blog orang lain kan.

    haha. kayuh perlahan lahan. lama lama sampai gak :D

    BalasPadam
  5. Wahh, rasanya cam dah lama sangat tak komen dekat blog En. Ben ni. Hihi. Saya tulis entri ni http://www.wydaz.com/2011/06/entri-penghargaan.html dah lama dah. Masa ni bukan main giat tulis blog. Tulis punya tulis, sampailah satu tahap, saya dah tak ada idea dah nak tulis apa. Mula lah rasa bosan yang amat dengan dunia blog ni. Setiap hari hanya tahu baca blog orang, dan betullah macam yang En. Ben cakap tu, bila kita terlalu taksub dengan pencapaian blogger lain, kita akan jadi down. Dan saya ambil masa dekat sebulan jugak untuk dapat balik aura menulis blog ni. Dalam masa tengah down tu, saya ada terfikir dan muhasabah diri, tanya pada diri apa yang saya nak sebenarnya dalam dunia blog ni. Dan daripada situ, saya dapat kenalpasti objektif saya tulis blog, which is menyampaikan informasi kepada orang ramai, macam yang saya buat sebelum ni. Dan Alhamdulillah, sekarang mood blogging dah jadi normal balik :D.

    BalasPadam
  6. setuju! hihihi..pernah jugak kdg2 rs boring dgn blog ni..

    BalasPadam
  7. slalu gak..tapi kalau otak jem takleh update peram dulu lama2 pastu baru update baru stlah dapat idea :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah aku masih dalam track aku.. ada mcm2 plan tuk blog aku, plan masa depan..hehe

    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/tech-thursday-hati-hati-dengan-hi-how.html

    BalasPadam
  9. bergantung pada niat masing2.
    utk kepuasan diri? InsyAllah takkan jemu ! :)
    * silent reader blog En.Ben
    my 1st comment.ok , gnite !

    BalasPadam
  10. salam...

    rasa bosan gak kadang-kadang...bukan sbb org tp sbb diri sendiri...

    BalasPadam
  11. ABANG BEN!! saje2 nak caps lock :p

    saya mohon copy paste dalam entri..
    mane la tau ada yang tak folo blog abang kn..

    ye2 nah~~ :)

    BalasPadam
  12. sedang mengalami perasaan itu...hahaha...

    BalasPadam
  13. sayang rsenya klu nk delete blog.. insyallah xkn ada smpai tahap trase nk delete blog... heee ~ :)

    BalasPadam
  14. betul2!! sb dulu dayah pun selalu berfikiran mcm tu, stress bila tgk blogger lain bnyk follower, ckp nuffnang bg sampai beribu2, tapi bila dah lama2 dayah terfikir yg nak tiru diorg buat apa, lagipun tujuan dayah buat blog ialah nak kongsi pengalaman dayah semasa bercuti, makan2 dn sbgnya dgn rakan2 bukan nak kaut keuntungan semata2..erm!! sekarang dah sedar...

    Thanks abg Ben.. :)

    BalasPadam
  15. *******TAK PERLU PUBLISH*******

    sy share dlm ni

    http://aimanayie.blogspot.com/2011/07/ba-satu-tahap-anda-akan-rasa-sangat.html

    kalau perlu sy remove.. gitau laa..

    BalasPadam
  16. kesuntukan masa punca rasa nk tutp jea blog nie..

    BalasPadam
  17. terima kasih untuk nasihat nih abg ben... hurmmm:)

    BalasPadam
  18. walaupun saya masih baru...memang ada terasa perasaan macam apa yang dikatakan oleh abang Ben...namun, tujuan saya hanya berkongsi maklumat dan pengalaman saya kepada umum. Jika tiada cerita, maka tiadalah cerita mahu dikongsi. Kerana dunia blog, kita bercerita kepada orang yang sudi..

    BalasPadam
  19. bohonglah kalau kata x jeles dgn blogger yg bnyk komen kt n3..yg dpt income bnyk dr blogging..tp tulah kan,dh try buat n3 yg kirenya dh terabeh baik punye idea dah.tpi still mcm tu gak.tkpe2,menulis bkn sbb semua tu.menulis sbb minat menulis walaupun n3 tkde yg baca.ngee~*sedihsedihsmbilterjunkatil*

    BalasPadam
  20. setuju ...blog kita wajah kita ...xperlu terikut ikut rentak org lain ...

    biar ada identiti kita sendiri ...

    samada org suka atau x ..terserah ...

    kalau aku xboleh puaskan hati orang lain ...baik aku puas kan hati aku sendiri :)

    BalasPadam
  21. itulah yang saya rasakan skrg ni... b0san, fed up n hampir berputus asa dlm dunia blogging ini.. pa pun thanx en Ben bagi semangat kembali dengan entri ni.. betul juga kan.. kita menulis bukan kerana nama... tapi Ikhlas untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.. ada rezeki x ke mana kan..

    BalasPadam
  22. Salam Ben..

    In this case, am more to satisfy myself and it's like a journal to me. That's all. If anyone did noticed it..alhamdulillah.

    BalasPadam
  23. Normal bagi blogger biasa untuk rasa bosan dengan berblog. Tak perlu sampai tutup blog, just berehat sekejap dari berblog then bila-bila masa moood okey update la

    BalasPadam
  24. bila kita ikhlas berblog,tnpa mnghrpkn imbalam dr org lin,maka sgla2nya akan jd mudh tuk kita,takkan timbul istilah bosan dn sush hati..yg pnting istiqamah dn ikhls..

    BalasPadam
  25. haha.. thanks bro atas nasihat ni.. mcm sy kadang2 ada gak rasa macam ni.. lebih2 masa blur xda idea nak update entri.. tapi tak la sampai tahap nak tutup blog.. relax sudah.. mcm sy berblog ikut mood dgn masa.. kalau rasa nak kongsi apa2 dgn pembaca baru buat entri.. paling koman pun akan cuba pastikan dlm seminggu tu ada 1 entri.. huhu~

    BalasPadam
  26. Betul! setuju sangat2...huhuhu
    Tak payah cakap komen byk sangat..sbb apa yg nk komen semua dalam isi entri BA ni..huhuhuhu

    BalasPadam
  27. 'Biar perlahan asalkan bergaya .. Dari cepat tapi kusut masai !'

    betul tu..

    BalasPadam
  28. faham sesangat.. sbb prnah rasa.. :)

    BalasPadam
  29. setiap kali wat entry mesti ingat sape nak baca blog azu ni.suke ke org lain kt blog azu ni.kdg2 bila pk byk2, rsa cm xde idea nk wat entry baru. tp alhamdulillah..bila tgk blogger2 yg lain bole berjaya, why not me?korang sume pembakar semangat azu utk terus blog n blog n blog!opps pjg pulak, sape nk baca pjg2 ni??

    BalasPadam
  30. sgt setuju dengn semua isi entri ni.

    BalasPadam
  31. saya x bosan dan x jeles dgn blog org lain, sbb sy rasa dah buat yg terbaek untuk blog sy...tiap2 hari pon sy update blog, minima 2-3 entri/artikel 1 hari walaupun bz dek klas2 seharian...mlm kn ade,sape kata xda masa untuk berblog tu mmg shengall lah..haha :)

    BalasPadam
  32. Pernah jugak berfikir sampai bila nak berblog,tambah lagi bila idea tu seakan pupus telan waktu dan di mamah usia.. =.='

    Lain la kalau dulu naik ERL ada juga cerita di sebalik cerita yang boleh di kongsi tapi bila tukar tmpt baru? #Tetiba pulak

    Kalau fikir secara positif pasti akan adanya sesuatu yang baru boleh kita kongsikan..Takkan nak dok takok yang sama jer kankankan? :)

    Biarlah kepuasan hati dulu yang di utamakan yer tak Mista Sifu? :)

    BalasPadam
  33. bru rasa nk benti ... tima kasih ... kaahh3x..

    BalasPadam
  34. btol2,mg da bkali2 pun,tp biarlah tetap besaba :D

    BalasPadam
  35. memang, banyak kali. tapi kalau saya, bukan sebab $$ or RM. tak pernah mengharap pon. saya selalu sempat type entry, jenguk blog org time cuti je. time semester mmg tak sempat. lama-lama mcm da mls. sbb terkejar2 nk buat entry. bukan konsep hendak seribu daya taknak seribu dalih ke apa. tapi kalau kelas dari pukul 8 sampai 6lebih everyday. kdg2 sambung group discussion. smpi malam. tak balik bilik pon. smbg kat bilik lagi smpi 2,3 pg. bila jelah kan nak tekan on laptop tu kan.

    BalasPadam
  36. sAlAm abg ben...
    minta share entry nih~

    pg ni xda idea lagi nak wat apa utk blog~

    tq untuk entry nih~

    BalasPadam