Kenapa mengharapkan gading sedangkan tanduk pon berguna ?

by - Rabu, Mac 09, 2011

 

Hurm.. Aku terbaca satu blog kawan ni .. Kecewa katanya .. Kecewa kerana dia sering singgah ke blog blog popular tapi tak dapat kunjungan balas .. Hurmm... Ada dia tulis  blog mana dia pergi .. termasuk blog aku ..

Sewaktu aku mula berblog , aku berfikirkan seperti mana dia fikir.. Alangkah bestnya blog kita ini dapat kunjungan blogger popular.. Maka kita pon pergi la ke blognya.. 'Tayang' muka habis cun dah ni.. Tapi takde respon ..

Kecewa .. bila kecewa , ada yang malas berblog .. Cuba fikir semula .. Kita buat blog ni semata mata nak suruh blogger blogger popular ni datang singgah ke ??  Apakah blogger blogger biasa ni , tak berguna langsung ke ?? Jangan lupa , blogger blogger ni pon manusia gak .. Tak de kerdipan bintang di badan dia tu haa.. Berlagak bintang lagi ada la padahal hampeh jer ..

Aku ke , atau mana mana blogger yang kononnya dicop sebagai blogger popular , sama macam blogger yang lain .. Kitorang pon makan nasi gak .. Sakit perut gak.. Cirit birit gak .. Sama jer.. Kenapa mengharapkan kehadiran mereka hanya semata untuk menaikkan semangat ?? Boleh tu boleh ,

Camana nak tarik perhatian blogger blogger popular ni !  Untuk tarik perhatian blogger blogger ni , korang kena juga jadi popular ! Bagaimana nak popular , tu terpulang dengan kreativiti sendiri ..

Ingat , sebenarnya yang mempopularkan blogger adalah blogger sendiri .. Bukannya blogger popular yang mempopularkan blogger .. Jadi , berkawanlah seramai mungkin ..

Biar popular kerana ilmu.. Bukan kerana gaya atau fesyen ..

You May Also Like

44 comments

  1. popular kena slow2 kan abg ben? huhuhu..

    btw, boleh tak abg ben tolong vote and promote sye join contest ni..

    http://mycfb.egate.my:8443/kotexfreshface/gallery.aspx?find=dayana+nasir&x=56&y=4

    terima kasih :)

    BalasPadam
  2. terima kasih..suka ayat bukan blogger mempopularkan blogger..
    tapi abg ben...sgt2 berterima kasih sbb dari abg ben juga sedikit sebanyak tempias kena kat sy..terima kasih. akan sy kuat berusaha lagik;)

    BalasPadam
  3. betul tue en ben...nak jadi macam blogger popular..aku hari mempopularkan diri aku mulai sekarang..hehehhe

    BalasPadam
  4. setiap org pun sama..bermula dengan 0 satu impain..nak berjaya dalam apa yang kita buat..tapi buktikan dulu yang kita mampu...bukan mudah nak berjaya..takkan tibe2 akan muncul kejayaan tu tanpa adanya usaha..

    BalasPadam
  5. konsep aku senang je Ben.
    aku ber blog untuk suka suka.

    amat tak berbaloi nak stress/tension sebab blog.

    dan seriously, aku tak pedulik siapa pun blogger tu, yg penting ISI nya bagus.

    BalasPadam
  6. ingat 1 je.."blogger yg popular x ada apa yg blogger biasa ada, mcm tu jugak sebaliknya"..kita ni sume sama je :)

    BalasPadam
  7. stuju ngan leen...dari inche ben..kitorg ken tempias jugak..wuu..nice,nice..tgh pikir cmne nak jadi popular..haha..kalau bunuh orang sure2 masuk brita malam ni..wiii..

    BalasPadam
  8. suke2..

    yg penting, niat kite berblog tu kne btol..

    n kite pon kne berniat ikhlas nak bkwan ngan sesama blogger.. :)

    mcm saya, saya suke jd silent reader je kat blog BA dan blog2 lain..bile ade 'bende' n isu yg seswai ngan sy br saye rep.. :)

    kite nak jd kawan btul2 punye kawan kan blogger2 skalian?

    :)

    BalasPadam
  9. terima kasih utk abg ben gakkkkkkkkk...:)

    BalasPadam
  10. setujuuu...

    Kena la faham...larat ke bang ben ni nak masuk setiap satu blog yang follow atau komen dia tiap hari..

    Mau pengsan

    Rumah Pink Ain Maisarah

    BalasPadam
  11. alamak tersedak sy...hahaha
    bukan nak tumpang glamor blogger popular...tp dptlah jugak tempias...bila nama menjadi bualan d N3 blogger pilihan ramai kan...??

    BalasPadam
  12. tenkiu ben...nasihat yg sgt berguna nih!!

    hehehe..dah glamer kat FB je nih!!hehehehehhe <---GURAU JE WOKEH!

    BalasPadam
  13. yuppp setuju...!!! ermm yang penting niat nk berblog k, bukan kepopularitian tuu.. tapi kalau dh popular syukur alhamdulillah, ngeee biler nk popular eaaa?? keh3

    BalasPadam
  14. <-- tersengih baca komen blogger "mutiara bernilai" dan "azila"

    :p

    yezza~~ betul tu enchek ben~ moh le kite kawan ramai2...

    BalasPadam
  15. hihihi... bagi ika plak...kunjungan blogger yg fames tu sebenarnya mmg mberi semangat utk blogger tu berblogging...sb kunjungan blogger femes tu sebenarnya menunjukkan sokongan blogger tu pada yg baru nak mencuba dlm arena ni.. tak payah follow.. kunjung je dah jd penghargaan wat blogger baru.. am i right? *betul ke? just pandangan...*

    BalasPadam
  16. setuju dengan blogger tu kot. kadang2 geram jugak la. tapi pikir2 balik. Hani berblog bukan sebab cari "duit" cari "follower" cari "populariti" or whatever. Tapi hani memang suka menulis + menaip. hah, hambik, panjang berjela pulak tulis ni. HAHAHA

    BalasPadam
  17. salam, tabik spring atas nasihat En Ben...

    BalasPadam
  18. ha..ha.. bakpe nak fikir sangat org tak balas lawatan kita. kalau org suka, depa akan lawat selalu, jgn mengharap balasan nanti tak enjoy berblogging.

    BalasPadam
  19. hehe...

    baru paham mcm mana bro ben rasa sekarang..

    tak ter terjah semua orang...awal2 dulu boleh la nk terjah..=)

    so dah phm bro ben rasa..=)

    BalasPadam
  20. yg penting..

    eppy blogging all =)

    hidup terlalu singkat utk diratapi..

    BalasPadam
  21. sokong bro ben punya pendapat! :)

    BalasPadam
  22. heee for me if blogger famous tu dtg singgah then its an honour lah kalau tak singgah pun i okay je.ade org lain yg still notice blog saya.appreciate all of my readers. and niat utama blogging utk cari more firends than enemy dah succeed :)

    BalasPadam
  23. Salam Ben.
    Betul. Apabila kita berblog, memanglah .. teruja bila ada blogger yang hebat datang singgah, tapi mereka yang dah hebat2 ni, ramai peminat .. ramai followers, so dont expect to much from them (uhh english!). Tapi ... anda boleh harapkan mereka yang baru mula nak berblog, sbb ada antara mereka ni lost ... dan masih lagi terumbang-ambing. Dengan sedikit pengalaman yang lebih dari mereka ... anda boleh tarik mereka untuk singgah di blog, berikan apa yang mereka inginkan.

    Blogger baru ni gak nanti akan dapat ramai followwers... lebih hebat nanti. Percayalah.

    BalasPadam
  24. BETUL BA..
    TAKDE PUN BLOGGER POPULAR DATANG BLOG ALL IN ONE TU

    Jemput join GIVEAWAY :ALL IN ONE

    BalasPadam
  25. kalau ada isu yang saya rasa nak komen maka saya akan terjah,kalau tak... saya lebih selesa jadi silent reader, bukan bermakna sombong tapi tak tahu nak kata apa, takut lari tajuk nanti orang marah lak...

    BalasPadam
  26. Kita kena balik kepada matlamat asal berblog! Jika berblog krn minat kita dlm bidang penulisan. Jadi tak perlu rasa putus asa bila blogger popular tak komen blog kita.

    Terus menulis tanpa mengharap balasan sebegitu. Jika ada kunjungan dan komen daripada blogger popular itu adalah satu kelebihan. Tapi tak bermakna tanpa komen mereka kita tidak boleh berjaya.

    Belajar dari pengalaman blogger yang telah berjaya! Mulanya dulu mereka juga ZERO!! Sama sahaja...permulaan kadangkala memeritkan, tetapi semangat, kesungguhan serta keikhlasan...Insya-Allah membuahkan kejayaan!!

    Sabar dan terus berusaha kerana putus asa itu akan buat kita menjadi manusia yang gagal!

    BalasPadam
  27. Bro Ben masuk la contest ALL In ONE. Kite tak layak la pulak. kalau tak nak hadiah tu boleh kasi kite ye...hikhikhik

    BalasPadam
  28. betul.. niat kena betul.. apa2 pun tq sebab prihatin kat t golongan yg x dikenali ini.. terasa diri dihargai.. tq.. dh baca majalah rapi pasal artikel u.. wajah nmpk lain dgn gmbar sebelum ni yg pakai kot tu.. hehe.. masa pakai kot tu muka suci sangat.. hhe

    BalasPadam
  29. " Biar popular kerana Ilmu.. Bukan kerana gaya atau fesyen "
    Pesanan yang bagus dari seorang abang. Suka! Thanx!!!

    BalasPadam
  30. popular kalo dpt anugerah bintang pouplar bagus gak.hehehe

    BalasPadam
  31. Ben,

    ketidakpopularan membuatkan aku berasa dan berada ditahap yang paling selamat. bagi akulah sebab blog aku merentang kata-kata yang kadang orang tak tahu nak komen apa...

    BalasPadam
  32. betul3*gaya upin ipin..huhu
    takkan baru buat blog nak popular terus kot..

    BalasPadam
  33. hehe btol tu bro.

    my pernah rasa sesaat begitu. sesaat je hrtu.. kecewa sbb tak terpilih bloglist haha..pastu terus mcm tade mood nk post entri dah

    tp pikir2 blk.. tah hape2 tah haku ni nk lemau2 plak sbb tak dpt.. ben ashaari je kot.. bkn sape2 pn..;P

    ngaku la mood mcm turn down sket but tadelah pth smgt smpai tanak blogging dah. lgpn yg ikut bro ben hari2 bkn sowang dua.. beriban2 haaa.. mane la nk terkejar oleh mu kan bro...

    beruntunglah sy pernah dikunjungi kamu walau sesaat waktu.. beruntunglah sy kerana kamu sudah menjadi one of follower...;)

    tapela biar my je ikut bro ben..bro ben duk dendiam sini je oke..;)

    keep on blogging bro..;)

    BalasPadam
  34. em yup...betul2..aku pun ada gak terpikir cam 2...tp nak jadi popular la yang susah 2...kene banyak orang suport...haha

    BalasPadam
  35. nak popular kena rajin update blog macam abg ben~ ^,^

    BalasPadam
  36. gedebummm ..dushummmm..kena muka ai udah..ketepekkkk adoiiii sakittt..hahahaha saye pon harap en ben datang blog saye..ish ish ish

    BalasPadam
  37. sama2 makan nasik...sama2 cirit birit.... hahahhahahahha.... tapi 100% benar... ^_^

    BalasPadam
  38. best!saya setuju amat tu ben..!
    tapi kalau blogger femes datang jengah kira satu bonus!

    BalasPadam