Malu jadi blogger ..

by - Khamis, Ogos 18, 2011

 

Krisis kemanusiaan di Somalia berjaya mencuri perhatian aku semalam hingga ke hari ini .. Masuk ni , entri ke 4 aku buat untuk merayu pada rakan rakan blogger membuat entri berkenaan tabung kemanusiaan anjuran IRM ..

Mungkin ada yang berpendapat , ramai lagi orang miskin di negara kita ni dan kenapa kita bz sangat nak tolong orang kat luar sana ??? Maka jawapan aku begini .. Mereka ISLAM .. kita pon ISLAM .. Sesusah susah orang kita , masih mampu makan sehari sekali .. Kalau tak mampu makan sehari sekali , dua hari sekali pon pasti ada .. Kalau tak de tu , menipu langsung .. Mana ada rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap sekeliling mereka ..

Orang kat Somalia tu.. G la tengok sendiri video di youtube tu.. Jangan kan sehari.. nak jumpa nasi pon susah !! Sampai nak mandi pagi pun tunggu binatang kencing ! Tak caya ? G tengok kat salah satu youtube yang aku dah letakkan dalam salah satu entri pagi tadi..

Blogger , kalau tak berkemampuan .. buatlah entri ..tak perlu backlink pada aku pon ! Terus ke tabung IRM tu... aku dah bagi backlink ke tabung sana tu.. Apa susah sangat ? Takkan nak buat entri yang ada isu panas je ? Malu laaa...

Jangan dok fikir trafik atau nak dapat duit iklan jer .. Berapa sangat dapat dari NUFF tu ? Pastu siap berterima kasih pelbagai laaaa .. Korang / kita dah macam bekerja gila untuk diorg.. tapi  untuk saudara kita sendiri ? Kedekut gila ?? Satu entri pon susah ???

Bayangkan .. dalam 10 pembaca kita , seorang derma RM 10.. Kalau 1000 pembaca ?  Jangan tengok nilai RM10 tu kecik .. RM10 tu besar bagi diorg ... Sangat besar !!

Yang top top blogger ni , aku tak nak cakap apa apa la.. diorng boleh fikir sendiri.. Mungkin diorng ada cara diorg nak bantu .. Yang tak top cam aku dan korang ni , apa salahya satu entri untuk mereka kalau dah tak mampu nak derma ...

Susah ?

You May Also Like

22 comments

  1. Jangan marah en.Ben...:)

    semua sudah..:)

    BalasPadam
  2. Say dah tunaikan tanggungjawab saya...
    Agak susah tadi masa nk submit donation..tp alhamdulilah dipermudahkan....


    http://linmdnoor.blogspot.com/2011/08/make-donation.html

    Thankx BA.. :)

    BalasPadam
  3. saya dah buat entry pasal derma tu..tapi pelik pembaca kurang kat entry tu..haish tak faham betul.tak taw la kalau cara saya tackle orang salah kot..hok kebajikan dorang tak pandang punkan..kalau hok gosip panas laju..hehe..

    BalasPadam
  4. Insya allah akan dipanjangkan entry sebegini....

    BalasPadam
  5. Sempena bulan ramadhan mulia ni elok bebenor wat amal jariah.

    BalasPadam
  6. baru sempat nak buat .. tp mmmg btol abg beng . susah nya dorang nak baca kalau entri pasal benda macm ni .. dalam msia sndri pn taknak tolong apatah lagi yg luar sana .

    BalasPadam
  7. Terima kasih utk enrty ini bro..! mmg tersentuh dgn perkara ini...telah dipanjangkan, semoga banyak akan terus menyebarkannya..

    http://elihjapahar.blogspot.com/2011/08/untuk-anda-yang-sentiasa-kenyang.html

    BalasPadam
  8. salam.. dah buat n3 pasal ni. mudah2an usaha menyebarkan maklumat dipermudahkan :)

    BalasPadam
  9. mari sama-sama kita memanjangkan entry sebigini.... tersentuh hati kecil ieb melihat video tu a. ben


    http://bintangkita080808.blogspot.com/2011/08/hulurkan-bantuan-pada-mereka.html

    BalasPadam
  10. nyorok sat! abg ben tgh mengamuk...hihi

    BalasPadam
  11. alhamdulillah, selesai sudah buat entry sal ni..:)

    BalasPadam
  12. nangis tengok video tu .. huk2 .. nak buat jugak .. diorg macam menunggu masa je ..siksaaaa sgt hurmm

    BalasPadam
  13. maera dah buat entry..kepada mereka yg baru dpt gaji dr nunffnang tu, maera tau mesti ramai dpt byk kn...sedekah2 lah sikit..huhu~


    http://mid-sayang.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-kecewa-vs-wanita-penghuni.html

    BalasPadam
  14. alangkah bertuahnya kita dimalaysia..semelarat2 kita disini..makanan sentiasa ada...semoga Allah melindungi mereka dan semua umat islam.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum...Alhamdulillah..TQ

    BalasPadam
  16. Aku ada baca gak pasal ni. Tapi tau x, da byk sumbangan yg dihulurkan kat mangsa2 kebuluran ni...Tapi masalahnya sumbangan & bantuan tu semua x dapat masuk somalia sebab kumpulan pemberontak kekang segala bentuk bantuan dari sampai kepada mereka...

    BalasPadam
  17. alhamdulilah lepas bace pasal entry abg ben
    tros wat entry pasal warga somalia yg amat memerlukan bantuan...

    thanks abg ben kos sudi kongsi entry ini

    BalasPadam
  18. Errr... actually diorang bukan 'mandi' ngan air kencing binatang. Imej dalam video tuh quite misleading. Itu sebenarnya kaum Mandari yang sengaja mencuci rambut diorang dengan air kencing lembu untuk 'mewarnakan' rambut diorang menjadi perang, di samping mengelakkan daripada gigitan serangga.

    --> http://www.lightstalkers.org/images/show/506655


    Terbaru dari Logokoko:

    [18SX] Haaa??? Video seks Paris Hilton tersebar lagi???

    [U] Toto kini dihalalkan - Selamat Hari Raya!

    [U] Budi yang baik dihukum jua

    BalasPadam
  19. kalau part kebajikan org ternama, artis, selebetriti yg buat confirm mendapat sambutan. mane tak nye semua nak masuk paper, majalah, diinterview bagai. but ade gak yg senyap2 bg derma, tahniah utk mereka. bile kite nak buat kebajikan, buat benda baik ni, mmg dah jadi adat org akan ckp, nape nak tlg negara luar dr rakyat sendiri.. fikir lah sendiri :D

    BalasPadam
  20. Allahuakbar..siyes i xpasan Mr Ben..
    akan diusahakan! =D

    BalasPadam