Sekadar nasihat buat teman , blogger baru ..

by - Sabtu, Ogos 13, 2011

 

Salam sahabat sekalian ..

Bloggers ? Dah berapa lama bergelar blogger ? Tak per , tak kira lama atau baru  .. kita sama sama blogger .. Sama sama bercerita tentang cerita ... Tak kisah la apa pon jenis cerita , pasti akan ada yang membacanya walaupun seorang .. Bersyukurlah kerana kita bukannya selebriti yang mana tulis apa pon , berduyun membacanya .. Yang penting adalah isi kandungannya.. Walaupun sebaris ayat saja yang 'berisi' dan selebihnya mengarut , berdoalah agar mereka memahaminya ..

Sahabat ,

Sebelum aku ' sampai ' di sini , aku seperti korang gak .. Punya satu perasaan yang tidak puashati mengenai blogger blogger yang 'pepeler dan femes emes gitu ..

Perasaan aku itu cumalah pelik , 'Bagaimana mereka boleh jadi segah gitu ??? ' .. Camana mereka lakukan ? Kalau tanya , pasti tak dilayan..Maklumlah , aku cuma menulis tentang perasaan aku.. Takde kaitan dengan dunia peragaan , fesyen , tutorial atau sebagainya.. Cuma mengarut dan bersegmen saja entri aku .. Sapa nak layan aku masa tu ??

Marah ? Bengang ? Sakit hati ? Serius , aku rasa semua tu .. Bila rasa gitu , aku update dalam blog .. Korang tau apa aku rasa lepas tu .. Lega giler.. Pastu aku rasa sangat BERDOSA !! Kenapa ??

Kenapa aku rasa berdosa ? Bukan rasa je.. Tapi mmg berdosa pon ! Sbbnya aku tak tau cerita sebenarnya .. Aku tak tau apakah mereka membacanya atau pon tidak .. Mana tau diorng bz ? Diorg tak mengadap laptop sekerap aku tika itu ?? Astagfirullah al 'azim .. Dasat betul bisikan syaitan .. Terpengaruh betul aku ..

Apatah lagi dengan 'hasutan' blogger blogger yang sama level dengan aku tika itu .. Sama sama berdengki khianat bila melihat blog blog lain yang jauh popular padahal 'takde apa pon ' !

Sahabat ,

Perasan gitu sebenarnya merosakkan hati kita .. Percayalah , bila dengan rasa begitu , setiap penulisan kita ibarat mencakar cakar kertas  saja.. Lebih pada melepaskan rasa geram .. mengandungi rasa benci.. berbaur cemburu... Kemana perginya kalau begitu kandungannya ? Mereka membacanya kita yang berdosa .. Dosa ada hukumannya.. Ada balasanya .. Bukan sekadar satu catatan kemudian hilang begitu saja tau !

Apa yang aku buat , ialah muhasabah diri sendiri.. Kenali diri sendiri.. Aku terlampau jauh tergelincir.. Buat entri mengarut sehinggakan ramai pembaca lari padahal sebelum itu menyukai penulisan aku walaupun hanya bercerita tentang roti canai !

Aku kembali ke cara lama aku .. Tulis dengan berbicara dengan pembaca aku .. Aku lebih senang gitu .. Walaupun tak ramai suka , tapi aku lebih senang gitu .. Yang penting setiap entri aku selitkan pengajaran kehidupan ini ..

Sahabat ,

Dari isikan hati kita dengan bintik bintik hitam , lebih baik kita sama sama berkongsi pengalaman kehidupan kita ini dengan penyampaian yaang berbeza .. Cerita kita takkan sama.. 'Perbualan' kita pasti berbeza .. Yang menariknya , kita sama sama blogger ..

Sahabat ,

Kita buat blog ni bukan nak amik kesempatan terhadap orang lain.. Kita bukan nak kejar populariti .. Kita bukan nak jadi artis.. kita bukan nak dijunjung atau disanjung tapi kita nak 'berkongsi' .. Itu yang menariknya kan ?

Sahabat ,

Akhir kata ... Kita sama sama perbaiki apa yang kurang .. Amik yang baik ,tegur yang buruk . Kita sama je , bezanya hanya tuah saja... Mungkin sekarang tuah aku.. Esok lusa , tuah korang .. Masa tu , segala pengalaman hidup sebagai blogger berguna untuk dijadikan perisai.. Bayangkan kalau sewaktu dulu kita bermusuhan dengan blogger yang lain.. Bukankah masa mereka untuk 'serang' korang lak ?  Dunia ni satu putaran .. dan sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Berkuasa .. Kita ni sekadar hambaNya yang hina saja ...

USAHA , KREATIF , SABAR , UNIK  !

Kenapa perlu iri hati dengan kejayaan orang lain ? Tika mereka mencangkul , awak berdengkur ... Tika mereka berdengkur , awak berpoya poya .. Tika mereka berfikir , awak ketawa .. Tika awak berfikir , mereka dah lama melakukannya ! Salahkan diri sendiri kerana terleka ..

You May Also Like

46 comments

  1. ade jugak berblog sbb nk sbb nk bgtau dunia yg mereka bercinta. -.-'

    BalasPadam
  2. IT'S TRUE BEN...NASIHAT YANG BERNAS..

    BalasPadam
  3. lain orang lain pandangan
    lain orang lain sebab berblog
    janji ...
    kita x sakiti orang lain, kan! :)

    BalasPadam
  4. tima kasih sahabat... saya sudah tahu apa itu erti blogger.. kerana sahabat jugalah..saya mampu berdiri di kaki sendiri.. kini saya mampu utk bercerita sendiri..

    khas utk Abg Ben

    BalasPadam
  5. yeahh just be yourself. me too, aku berblog aku tulis ape aku suke. dan kalau boleh berblog dengan tidak menyakitkan hati orang pun dah cukup baguih kot. ehe. bile berblog ni lah kite dapat show our truthself. tak payah nak fames pun takpe. kalau terfames itu rezeki.

    like i said in one of my entry before.

    "clinging up to my your imperfection, because thats just what makes YOU UNIQUE"

    BalasPadam
  6. saya ni xtau la baru ke lame..macam dah lme..tp follower ciputtt jer.bro ben..fw me pyeeeessee haha.

    BalasPadam
  7. betul jugak tu :D

    saya tak dpt nak femes femes mcm org lain, tapi tak de la sampai nak jeles -__-

    kalau jadi kan blog untuk kutuk org pon tak betol, betol tak ? :D

    BalasPadam
  8. sy nak jd blogger pepeler.. hak3..

    BalasPadam
  9. saye ni takde la baru sangat ,
    cuma baru nak aktif ,
    masih lagi tercaricari.
    btw nice entry :) tengs

    BalasPadam
  10. insyallah. masih berusaha untuk memperbaiki penulisan agar dapat jadi blogger setanding abg ben, hanis zalikha, fatin liyana dll.

    Jom singgah baca belog ANAK INCIK MOKTHAR. baru update..

    BalasPadam
  11. betul2..... yang baru jgn pikir negatif..
    yang otai jangan berlagak...baru la happy blogging :)

    BalasPadam
  12. Caya la Ben...
    Sesungguhnya Ramadhan ini menukar komen anda ke arah yang menenangkan jiwa. God bless U.

    BalasPadam
  13. yeah jadi unik itu perlu utk hebat :)

    BalasPadam
  14. btul tu abg ben, hidup ini ibarat roda. ada masa kita di bawah dan ada masanya kita di atas. Bersyukurlah !

    http://sun3tpini.blogspot.com/2008/12/hidup-ibarat-roda.html

    BalasPadam
  15. linda masih berusaha dlm memantapkan blog dan menarik pembaca utk baca blog... :)

    BalasPadam
  16. YO Bro! sy penah berperasaan gitu. penah keliru dgn tujuan blog. now, dgn niat blogging for good sy akan lebih happy :) be your self. xgitu bro? :P

    BalasPadam
  17. itu lah yang terbaek.. berkongsi2 ilmu dan pengalaman

    BalasPadam
  18. timekaseh kasi nasihat uncle beng beng boom

    BalasPadam
  19. suka abang ben share kisah2 macamni. buat orang ambik iktibar n cuba memperbaiki diri. :)

    BalasPadam
  20. setiap orang ada pendapat and cara berblog masing2. dah lahir ramai blogger berkualiti. tak berkaliti pun ada hehe

    BalasPadam
  21. komen berguna nie, boleh wat panduan..thanks..;)

    BalasPadam
  22. betol2 terbaek lah abg ben...
    nasihat yg bernas dan tervaek

    BalasPadam
  23. tq kerana berkongsi...pengalaman mematangkan kita...btul x??

    BalasPadam
  24. tq kerana berkongsi...pengalaman mematangkan kita...btul x??

    BalasPadam
  25. pandangan dan nasihat yang menyentuh!

    BalasPadam
  26. terima kasih kerana mengingatkan. :)

    BalasPadam
  27. terima kasih kerana mengingatkan. :)

    BalasPadam
  28. nice entri.seperti yang saya terfikir pagi tadi :)

    p/s : akan usaha untuk majukan diri..chaiyok!!

    BalasPadam
  29. pernah gak rasa mcm tu abg , pastu lama2 fikir ..bukan tu tujuan utama, n slow2x je menulis ..byk komen2 bg pendapat ,ada yg salu dtg blog ..wpun blog taklah menarik sgt tapi xpelah janji puas dah meluahkan apa yg kita nak n yang pasti tak sakiti hati org lain .. tu yang penting ...

    BalasPadam
  30. sy baru seminggu wt blog. huhu. mmg tak tahu apa identiti utk blog sy

    BalasPadam
  31. nasihatr yg sangat bermanfaat,,.thanks abg ben!!!

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah...nasihat yang baik utk semua bloger..TQ

    BalasPadam
  33. to abg ben....
    saya blogger bru gak... dan saya harap abg ben baca comment ini... saya sgt2 lah respect dan tabik spring twin twing dgn anda kerana sudi memberi semangat kpd kami yg muda dlm bidang ini...
    selamat berbuka

    BalasPadam
  34. Saya ada dua blog khas untuk anak2 dan kawan2. Risau tengok kan2 anak baca blog kawan2 yg lain yg mencarut banyak dari isi, saya buatkan blog crita knk2. Pada masa sama dok merapu dlm blog yg satu lagi. Rupa2nya bebudak 11 tahun tu suka baca yg dok maram peraput tu. Jadi sebelum Ramadhan saya delete semua yg karutmengarut tu. ...and now saya buat blog baru tentang petua tradisional, org yg baca dapat menafaat, saya dapat pahala. Care to be my first follower?@Kampung Balimbang

    BalasPadam
  35. betul tu... saya antara blogger 'tadika' la jugak.. setiap yg bebsar tu bermula dari kecik :)

    BalasPadam
  36. blog ni sama gak ngan FB secara kasar ... ada STALKER ada SAHABAT ... ada gak MUSUH ... cuma bezanya status FB terhad dan Blog pula boleh meluahkan perasaan secara bebas tanpa batasan ...

    BalasPadam
  37. salam abg ben, setuju! semua ni perkongsian cerita, apa yang baik sama2 dikongsi membuahkan hasil hingga akhir..menjadi bekalan tika di barzah insyaAllah

    BalasPadam
  38. jadikan kejayaan orang sebagai pembakar semangat bukan sebagai api yang menyalakan hasad dengki..kita usaha kita berjaya..dimana ada jalan di situ ada kemahuan..Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambanya yang ikhlas..

    BalasPadam