Mengapa sukar untuk memaafkan ?

by - Sabtu, Ogos 27, 2011

 

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.
Sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani - www.drmaza.com)


Kadang-kadang aku pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?

Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah

Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91) - www.drmaza.com


Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..

Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak  menghukumnya.. Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu... kekasih.. bekas kekasih.. kawan .. kawan office... suami .. isteri... apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya... dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya... kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...

Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?

You May Also Like

21 comments

  1. saling bermaaf maafan di lebaran yang mulia ini :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum

    bagus entry ni. :)

    BalasPadam
  3. sebellum tido maafkan sume org :)

    krooohhhhhHHH

    BalasPadam
  4. kadang tu EGO yang menyelubungi diri orang2 tertentu yg membuatkan sukar untuk melafazkan maaf....

    EGO... semua tu EGO dalam diri... buang lah sikap EGO itu jauh-jauh... pasti mudah untuk memaafkan...

    p/s: saya pon ramai kawan camni.. susah nak mengaku salah + sukar nak maafkan orang...

    BalasPadam
  5. Jangan malu untuk meminta maaf. Jangan ragu untuk memberi maaf. MAAF dapat mendekatkan dua hati yang pernah terpisah....

    lagi2 ari raya nikan...
    saya setuju dgn en ben..nice..:)

    BalasPadam
  6. maaf senang utk diungkapkn tp sukar utk diterima maaf seseorg....maaf adalah dendam yg paling baek

    BalasPadam
  7. abg ben~~~heheh~sy pena wat entri pasal ne gak..hehhe..tgk2la kalo sudi ye =))

    http://sheilajulmohamad.blogspot.com/2011/07/mengapa-susah-memaafkan.html

    BalasPadam
  8. letakkan ego no. 2 dalam diri.bemuhasabah diri setiap masa..terapi terbaik: maafkan semua orang dan dri sendri sblom tidur...

    BalasPadam
  9. =) maapkan semua yg buat salah pada kita sebelum tidur..

    BalasPadam
  10. i believe setiap perkara yang berlaku sedikit sebanyak ade jgk dr kte..elok la kte memaafkan.." manusia x kan jatuh ke level rendah hanya dgn perkataan maaf" malah mulianya disisi pencipta :)

    BalasPadam
  11. sebab hati kita keras !!n x mau mengalah,,hurmmm

    BalasPadam
  12. yeah kita kena maafkan seseorang itu yang melakukan ksalahan thdap kita,
    tapi boleh kan kita ambil masa untuk maafkan dia? sbb trlalu kcewa mmbuatkan ego kita lagi tnggi. dan kita dpt trma dgn prlahan-lahan. right brader beb. tnya ja.hehe

    BalasPadam
  13. maafkan kesalahan manusia ...insaallah Allah akan maafkan kita ...siapalah kita utk menghukum ...

    dengan memberi maaf diri akn menjadi tenang ...percaya lah ...

    selamat hari raya abg Ben ...

    maaf zahir batin :)


    Excellence!

    BalasPadam
  14. salam...selamat hari raya n maaf zahir batin dari mama sekeluarga buat En.Ben sekeluarga juga ye...:)

    BalasPadam
  15. hati adalah raja..diri kita sendiri yg menguasai fikiran..pabila fikiran tdk disertakan rasional maka inilah yg terjadi...sedangkan Nabi pun maafkan umatnya apatah lagi kita insan hina sesama kita..bukankah memafkan itu lebih indah drpd menyimpan hasad..penyakit inilah yg sering melanda umat akhir zaman...

    BalasPadam
  16. standard la..memang susah nak memaafkan..

    http://cintailmu89.blogspot.com/2011/08/arghhhgua-taknak-maaf-kan-lu-der.html

    BalasPadam
  17. Respond buat Ben...

    http://scarlettj1.blogspot.com/2011/08/mengapa-begitu-keras-hatimurespond-buat.html

    BalasPadam
  18. dan apabila tiada yang memaafkan, yang menghulur tangan memohon kemaafan itu lebih baik daripada yang langsung tidak mahu memaafkan...

    ampun maaf zahir batin papa bennn atas segala salah silap...

    BalasPadam
  19. hmm..org yg memaafkan kesalahan org lain lebih tggi darjatnya dr yg meminta maaf.tapi,persoalannya..memberi kemaafan tu ikhlas dari hati tak..?? hehehehe...susah nk jwb..

    BalasPadam
  20. kotor hatinya org yg sukar memaafi..

    BalasPadam
  21. em ben, dalam hidup saya, saya jarang bergaduh atau buat hal tp bila saya kena fitnah dgn sorg budak ni ...sy rsa susah sgt nk maafkan dia. macam mana sy nk maafkan dia ye? sbb fitnah dia tu mmg niat nk jatuhkan saya.

    BalasPadam