Sampai hati beruk betina tu tuduh aku Vampire ! Vampire taring kat atas laa.. Ni kat bawah ! aku ialah kacukan Vampire ngan Werewolf ! Huwaaaa... Skang aku dah solo !! Sapa nak berkenalan dengan aku ??
Sampai hati beruk betina tu tuduh aku Vampire ! Vampire taring kat atas laa.. Ni kat bawah ! aku ialah kacukan Vampire ngan Werewolf ! Huwaaaa... Skang aku dah solo !! Sapa nak berkenalan dengan aku ??
" Lu mau lawan pedang atau mau tikam gue ??
" Alang alang menyeluk pekasam , biar tikam sampai tulang belakang ! Hambik kaauuu "
Seramai 296 orang dikompaun dengan jumlah RM74,250 kerana merokok di dalam kawasan premis kerajaan melalui operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan selama tiga hari bermula 27 September lalu.. - Kosmo
Oooo.. patut la kerajaan tamo naikkan harga rokok.. Depa nak amik duit dari perokok tegar neh ! Cayaaalah !! Sokong kerajaan !! Kat Parlimen pon kena ada gak tau penguatkuasa tu.. hehehe.. Time rehat mesti ramai kuar hisap rokok punya.. Hehehe..
Buat mereka yang merokok , hati hati la yer.. Skang ni penguatkuasa dah mula merayau terutama di premis premis kerajaan .. Harapnya ke tempat tempat awam seperti restoran dan kedai makan..
Mana-mana orang yang tidak menjelaskan kompaun yang ditawarkan dalam tempoh yang diberi akan didakwa di mahkamah dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Hehehe ... Harap berterusan sehingga rokok jadi makanan labah labah !
SEORANG kanak-kanak berkesempatan memegang sebiji labu gergasi yang diberi nama 'Halloween Pumpkin' seberat 45 kilogram dijual kepada penggemar labu dengan kadar harga RM1,200 di pusat membeli belah Bangsar Village di sini semalam. Menurut penjual labu gergasi itu yang dikenali sebagai Tan, beliau mempunyai lebih 30 jenis koleksi labu pelbagai saiz dan bentuk yang diimport dari Amerika Syarikat. - Bharian
Besar gila.. Hahaha.. Kalau aku lalu kat situ , sahih ternganga.. Haha.. aku spesis mudah terngang kalau tengok sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan.. Hahahaha..
Aiseyman ... Problem eh ? Heheh.. tu laa.. guna saja HTC .. iPhone ? Samsung ? Iyewww .. Best ker ? hahaha.. Guna je la mana mana tapi tamo guna BB .. hahah... guwau je laaa... Keras aja muka tuuu.. Pakai mana termampu jeee...
Berjuta-juta pengguna telefon bimbit BlackBerry di seluruh dunia tidak dapat menggunakan perkhidmatan komunikasi teks untuk hari ketiga berturut-turut, semalam.
Syarikat Research in Motion (RIM) berkata masalah itu berlaku kerana kegagalan pensuisan dalam rangkaian persendiriannya.
Pengguna di Eropah, Asia Barat, Afrika dan India mengalami gangguan perkhidmatan e-mel dan tidak mempunyai akses untuk membuka dan menghantar mesej.
Kejadian itu meningkatkan sentimen negatif terhadap syarikat berkenaan yang sudahpun berdepan dengan kehilangan pasaran kepada Apple dan Samsung.
RIM kelmarin berkata perkhidmatan itu sudah kembali normal tetapi kemudian mengumumkan, masalah itu sudah merebak ke Argentina, Brazil dan Chile. - Hmetro
Ini Aida Hazira Ahmad Razman ..
Aida kata .. " Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin. ".
Dan menambah lagi ..
"Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan".
Erk.. Pian ? Sebarang komen ?
Sumber : Hmetro
Dah blogwalking #1 tadi ? Hehe.. kalau rasa nak buat kawan , mereka ni sesuai .. Rajin update blog.. Cerita dalam blog pon best best belaka !
Pastu setiap entri mereka dalam segmen ni kena letak blogger idola mereka.. Sapa rasanya idola mereka ? Tu kena terjah sendiri la.. hehe..
Jom...
Tatkala bercinta ,
Malam umpama mencemburui ..
Siang umpama berlari ..
Segalanya manis belaka ..
Bila jabat tangan digoncangkan ,
Sah menjadi suami isteri ..
Kompang dipalu bertubi-tubi ..
Seolah tiada rasa ingin berhenti ..
Senyum manis dibibir tiada terperi ..
Sayangnya ,
Diharapkan panas sampai ke petang ..
Hujan di tengahari ..
Diharapkan munculnya pelangi ..
Rupanya petir menyambar bumi ..
Dulu si suami kata cinta ,
Rupanya dusta belaka ..
Baru beranak dua ..
Lupa sudah janji setia ..
Dimana janjimu , wahai suami ..
Dulu janji di puncak mahligai ..
Baru tangga di daki ..
Kau sudah paling pergi ..
Memungkiri segala janji ..
Inikah kau katakan CINTA , wahai suami ?
Inikah yang janji segala janji ?
Inikah sumpah setia sampai ke mati ?
Bukan ku tak sedari ,
Cuma aku mengasihani ..
Peluang diberi , kau tolak ketepi..
Wahai suami ,
Pejabat kadi kita pergi ..
Aku tak ingin melihat wajahmu lagi ..
Pergilah kau dari sini ..
Aku boleh hidup tanpa kau disisi !
BEN ASHAARI .. khas buat mereka yang tidak mengenang budi !
Aku tak perasan memula .. Wife yang bagitau aku.. Kesian katanya tengok budak tu.. Aku tanya la budak mana... Dijawabnya salah seorang kakitangan KFC di situ..
Aku toleh. Hensem dan lembut sangat orangnya.. Badannya kurus dan agak bongkok sedikit. Pergerakkannya perlahan seolah olah malu dengan keadaan sekeliling.
Rasanya waktu dia berehat untuk makan malam. Selepas dia membasuh tangannya , dia kembali ke meja yang menempatkan makanannya.
Diangkat tangannya agak sama paras dengan mulutnya lalu membaca doa .. Agak panjang doanya.. Aku rasa adala dekat 2 minit .. Hanya untuk membaca doa makan !
Bukan kitorang je perasan tapi ada satu pasangan lagi perasan.. Yang menariknya, budak ni buat tak tau jer.. Selepas baca doa , dia capai nasi lalu baca bismillah .. Agak kuat suaranya ketika membacanya.. Dan makan tanpa hiraukan keadaan sekeliling. Perlahan je setiap suapannya..
Kesian tapi bagus orangnya.. Muka dia mmg kalau nak bergaduh dengannya takkan sampai hati.. Aku rasa berkat amalannya yang senantiasa berdoa menyebabkan orang kalau tengok jadi kasihan..
Semoga Allah murahkan rezekinya..
Segmen yang simple tapi ada sesuatu yang menarik... Apakah yang menarik ? Hehe.. Majoriti yang join kali ni adalah blogger baru .. Ramai dok tunggu kata mereka.. Tak pe la , sesekali bersegmen dengan rakan rakan blogger..
OK .. Yang ni kumpulan sehingga jam 6 petang .. Baki sehingga 10 malam tu , akan di update jam 11 lebih malam nanti. Jap lagi nak g Cheras lak.. tengok anak buah.. sian.. demam gitu.. Sepupu aku kat Penang tu pon dah masuk wad.. Teruk dengarnya demam dia.. Semoga cepat sembuh.. Nak g lawat pon jauh.. Tunggu aku balik Penang nanti..
Haa.. sementara tu , jom layan yang ni dulu.. G tengok kot kot blog korang menjadi idola mereka.. Sapa tau kan ? Hehehe..
Baki .. jap nanti pulak yer .. hehe ...
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba nasib , 'test drive' skrip ni dulu sebelum turun ke ujibakat tu nanti.. Sila rujuk Jadual ujibakat PILIH KASIH 3 ini terlebih dahulu.
Skrip 1.
Mat:
Terima kasihlah sebab Anna selalu berbelanja kat tempat saya.
Anna:
Apa sangatlah,lagi pun saya memang suka berbelanja disini,awak baik,tak berkira
Mat :
Tiap kali Anna beli ikan saya memang timbang lebih untuk Anna sorang saja.
Anna :
Awak memang baik hati,.isteri awak kak Mun pun baik sangat.Kak Mun suka makan laksa air tangan saya,3 kali seminggu kak Mun mesti datang makan laksa kat gerai saya.
Mat :
Tau,memang sedap, dapat rasa bagus juga…boleh saya bagi ikan setiap hari untuk Anna….bukan setakat ikan nak apa pun boleh mintak saje.
Anna :
Saya cuma minta satu saje.
Mat :
Bukan setakat satu banyak pun tak apa,mintaklah apa pun dengan senang hati saya beri
Anna punya pasal.
Anna:
Jangan hina saya jangan hina kak Mun isteri awak.
Mat :
Kata minta satu,itu dah dua….lagi pun ini bukan penghinaan…penghargaan untuk awak Anna…awak masih menawan…kak Mun tu pulak…kenalah sedar diri…tak pandai jaga diri…lagi pun kalau saya ketempat lain dia tak payah kerja lebih…kan itu namanya perihatin terhadap isteri… apalah nak berkira sangat Anna bukan nya anak dara dah janda dua kali…
Anna :
(Lempang Mat) Kurang ajar…kalau kau ajak aku kahwin dengan kau mungkin aku pertimbangkan…memang aku dua kali jadi janda tapi bukan maknanya aku ni kemaruk atau barang murahan sampai terpaksa melelong diri…kak Mun isteri kau yang setia dan ibu kepada anak anak kau tu sepatutnya tak kawin dengan manusia macam kau yang tak tau menghargai dan menjaga amanah yang Allah berikan pada kau.
Skrip 2.
Ramli:
Sampai bila aku harus menunggu jawapan kau Lina?
Lina:
Sabar….sabar itu separuh dari iman…
Ramli:
Aku tau tapi …aku dah tak larat lagi….aku hanya nak jumpa mak kau….aku tak mau dikata orang tak beradap…tak bersopan….kita orang Melayu beragama Islam….
Lina:
Selama ini kita tak pernah buat sesuatu yang diluar batasan….
Ramli:
Betul….tapi aku lelaki Lina…
Lina:
Maknanya kau tak beriman….
Ramli:
Jangan cakap pasal iman atau tak beriman….ini kali akhir aku nak cakap…Lina aku mencintai kau…aku mau mengambil kau sebagai isteri ku yang sah….aku nak jumpa mak kau untuk meminta persetujuan dan restunya.
Lina:
Tapi Ramli….
Ramli:
Aku tau…kau sebenarnya hanya nak mempermainkan perasaan aku saja….aku sedar siapa diri aku…aku tak kaya…tapi aku janji aku akan berusha untuk membahagiakan kau….
Lina:
Aku tak pernah fikirkan semua tu….tapi…bolehkah kau terima mak aku seperti kau menerima aku….mak aku tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni…aku saja yang dia ada…bolehkah kau dan keluarga kau menerima aku dan mak aku….
Ramli:
Bila aku menerima kau Lina…mak kau adalah mak aku juga….aku lebih sanggup mati dari mengguris perasaan mak kau dan terlebih lagi kau belahan jiwa ku.
Skrip 3.
Yam:
Minumlah…kopi kosong …(pause) air berbuih tu tak sempat nak beli….
Jali:
Kau ingat aku mentekedarah air buih tu je….aku sakit kepala ni…
Yam:
Cakaplah…mari sini Yam picit…
Jali:
Hei bodoh…sakit kepala aku ni tak kan baik dengan picit….
Yam:
Kau jangan nak bodoh bodohkan aku…aku bukan bini kau tau…makan kau pun kadang aku yang bagi…
Jali:
Nasib baik hari ni aku cuma sakit kepala sebab Akob…kalau tak kau dah lama makan penampar aku .…
Yam:
Apa halnya dengan Akob….
Jali:
Dia dengan Saleh dah kebas ayam ayam aku….tak cukup itu kawasan aku pun dia dah masuk…
Yam:
Nak pening buat apa ….Yam kan ada…cakap je berapa ayam yang kau nak…pasal kawasan nanti Yam cakap dengan Pok Him…tau le dia mengajar Akob dengan Saleh…
Jali:
Ini yang aku sayang kau ….
Yam:
Sudahlah kau….jantan macam kau dah berlambak aku jumpa…sayang kau orang tu macam gulai tak cukup garam…macam nasi mentah tak bertanak….
Skrip 4.
Suami:
Masa nilah talipon kena potong….aduh…sakit sakit….
Isteri:
Sebelum sakit tak nak jaga….tanggong lah sendiri sekarang….
Suami:
Awak jangan nak panaskan hati saya lagi…nama saja isteri tapi langsung tak boleh nak tolong ringankan beban suami….
Isteri:
Apa yang saya tak buat untuk kita bang….cakap….segala benda saya yang nak fikir… mana termampu bang …
Suami:
Kalau macam tu diam boleh tak… jangan nak tambah beban aku….
Isteri:
Bang… masalahnya abang tak pernah peduli pun….cukup ke tak cukup duit yang abang bagi….pandai pandai sayalah….
Suami:
Awak nak berapa ribu…kalau macam tu kenapa kawin dengan saya…carilah orang kaya…
Isteri:
Saya ingat abang kaya…rupa nya…maafkan saya bang….buat apa abang nak marahkan talipon kena potong…TM dah bagi peringatan banyak kali….abang buat tak tau…buat dek je…Sila jelaskan bil anda untuk mengelakkan perkhidmatan anda tergendala….sikit punya baik ke TM tu…servis abang nak tapi abang tak nak bayar servis yang dah abang guna…
Suami:
Yang awak sokong sangat TM tu kenapa?
Isteri:
Mestilah bang TM dah bagi servis yang hebat…kalau cakap commercialnya…TM menghubungkan anda dimana saja anda berada… dahlah saya dah bayar bil tu…tunggulahlah dalam sejam lagi ke paling lama….paling kejap sekarang juga talipon tu bernyawa balik….
Suami:
Terima kasih isteri abang…terima kasih juga pada TM ...jadi penyelamat hidup kita.
Isteri:
TM tu sebagai alatnya bang…tapi kita kena beringat….jangan leka.
Skrip 5.
Kak Ton:
Kau ni Mat…asyik menyanyi kerja kau dah selesai?
Mat:
Alah kak Ton…tak kan nyanyi pun tak boleh…lagi pun apa sangatlah kerja kita ni…tukang sapu je…
Kak Ton:
Walau pun kita ni tukang sapu…itu pun kerja juga…amanah orang pada kita siap berbayar lagi….
Mat:
Berapa sangatlah taukeh kita tu bayar kita kak Ton…buat ala kadar janji tak Nampak sampah sudah…rajin pun bukan nya gaji kita boleh naik lagi…orang tak pandang pun…
Kak Ton:
Kau nak dipandang… senang…buat kerja dengan ikhlas…mesti orang nampak…tulah sekolah malas…dah tu nak complain gaji sikit. Nak gaji besar jadilah doctor ke…lawyer ke…jangan jadi tukang sapu….
Mat:
Sudahlah kak Ton…kak ton rajin pun kak ton tetap tukang sapu …
Kak Ton:
Aku sedar diri…aku tak nak bagi keluarga aku makan duit haram….
Mat:
Apa pulak haram…
Kak Ton:
Kau ponteng kerja….tak buat kerja…tapi cukup bulan terima gaji….itu haram namanya….
Mat:
Kak Ton saya sebenarnya teringin sangat nak jadi artis….
Kak Ton:
Setakat teringin tak cukup Mat… kena belajar…nak jadi tukang sapu pun kalau kau tak tau menyapu kau ingat kau boleh dapat kerja jadi tukang sapu…lu pikirlah sendiri bro…
Mat:
Amboi kak ton cakap macam orang ada degree je….
Kak Ton:
Mat…kau ada rupa…bakat aku tak tau…tapi kalau betul kau nak jadi artis…pergi masuk kelas…pergi jumpa sapa tu… Datuk Yusof Haslam…minta kerja dengan dia…itu pun kalau dia terima…tak maunya setakat berangan tapi kau tak usha …
Mat:
Betul juga kata kak Ton… tapi nak ke bang Datuk Yusof Haslam tu terima saya….
Kak Ton:
Kau tanya aku buat apa…tanyalah dia…tapi kau memang yakin ke kau ada bakat…
Mat:
Jangan cabar saya…saya akan jadi artis…tengoklah nanti kak Ton…
Kak Ton:
Kau usaha mesti dapat….sekarang ambik penyapu ni pergi sapu bilik sebelah tu…ini latihan pertama kau nak jadi artis…sapu semua rasa ego kau…baru kau jumpa Datuk Yusof Haslam…
Mat:
Baik puan Direktor….
Skrip 6.
Anak:
Mak ni kenapa? Tak boleh ke mak jadi macam mak orang lain….duduk rumah…ni asyik nak berjalan je kerja mak…mak dah tua…tak payahlah sibuk nak jual kerepek tu lagi…tak cukup ke duit yang anak anak bagi?.
Mak:
Nuar…mak dah terbiasa…mak tau kau orang adik beradik bagi duit…tapi mak nak cari duit sendiri…lagi pun bila mak keluar tu dapat juga mak ambil angin…
Anak:
Mak malukan kami orang mengata mak…kami adik beradik tak jaga mak…biarkan mak menjual kerepek lagi malu kami mak…
Mak:
Kau orang malu orang mengata atau kau orang malu sebab mak kau orang penjual kerepek…duit kerepek mak tulah yang membesarkan kau orang…menyekolahkan kau orang sampai kau orang berjaya…jadi orang hebat
Anak:
Mak sengaja nak memalukan kami…kami jadi anak derhaka bila mak menangis macam ni…tolonglah mak…
Mak:
Mak nak kau dengar Nuar….cakap pada adik adik kau…duit bukan segalanya…ada pernah kau orang tanya tentang mak…mak sunyi dirumah besar kau orang ni…mak tak berkawan…kau suami isteri balik dari kerja tak pernah kau sapa mak kau ni…adik adik kau tak pernah jengok pun mak kau yang tua ni…mak keluar jual kerepek tu bukan pasal duit…tapi dengan berjual tulah mak dapat jumpa kawan kawan mak…ada juga orang yang nak berbual dengan mak…mak tau kalian anggap mak ni beban kan…
Anak:
Mak…maafkan Nuar…maafkan isteri Nuar dan maafkan adik adik Nuar mak…kami tak langsung berniat buat mak rasa begitu…. Kami terlalu sibuk mengejar dunia sampai lupa dunia kami yang lebih besar …mak…maklah dunia kami…maklah segalanya buat kami…kalau tanpa mak doa mak…kami mungkin tak jadi hebat sekarang…
Mak:
Dahlah Nuar mak dah maafkan kamu semua… ingat mak ni dah tua…cepat terasa hati…entah berapa lama mak boleh hidup…mak sentiasa doakan anak anak mak zuriat mak….
Skrip oleh Hjh Fauziah Hj Nawi.
STEFANI EVENTS(SANGGAR TEATER FAUZIAH NAWI)
SKRIP AUDITION HAMZAH TAHIR (SKRIP MONOLOG)
Skrip 1:
Berapa kali aku cakap, memang susah buat keputusan, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Aku dalam dilemma sekarang ni, tolonglah aku.. kuatkan keyakinan ini. Aku tak akan berpatah balik. Akan ku genggam bara ini hingga menjadi abu. Biar lautan api mesti aku renang, Tak akan aku berganjak lagi untuk memenuhi impianku. Aku dah bertekad biar putih tulang jangan putih mata..
Skrip 2:
Aku tak hairan apa orang lain nak cakap, mereka tak suka cara aku, terserah. Apa yang aku buat ni, adalah untuk masa depan aku, akan aku buktikan yang aku sememangnya patut berada di sini. Jangan kau pandang aku sekecil itu, Sehalus zarah pun aku tidak gentar..selagi aku terdaya aku akan terus melangkah, ini bukan rintihan..ini adalah pengorbanan...
Skrip 3:
Aku sebenarnya tak lah jatuh cinta pada dia. Buat masa ini aku nak dia jadi orang yang paling rapat dengan aku. Apa yang aku tertarik pada dia, cara dia bercakap, kata kata yang keluar dari mulut dia, segala gala yang dia lakukan, sangat mengembirakan aku..cinta ke tu? Tidak...itu bukan cinta, cinta perlu ada hati, cinta perlu ada rasa..Lama aku tak jumpa.. Susah betul nak jumpa cinta..perlukah aku percaya pada cinta semula...
Skrip 4:
Aku tak 'blame' siapa siapa pun. Dia datang aku tak jemput, dia berambus pun bukan aku yang halau.. Tapi kalau dia buat rumah ni macam rumah tumpangan, ikut suka dia siapa dia nak bawa masuk, bersepah sana sini...aku dah tak tahan lah..mujur dia faham sendiri, semalam dia dah keluar dari rumah ku tu....lega betul.
Lepas ni kalau ada sapa sapa nak duduk dengan aku, aku kena siasat betul betul...
Skrip 5:
Semalam aku dah suruh dia register unifi, unifi cepat sikit, Dapat tengok tv lagi, kalau nak cepat contact dan communication, kena ambik unifi, dah ramai orang ambik unifi..kita kena melangkah ke depan bukan terperuk kat rumah dan menyumpah line tak clear... Ni kan dah susah.Dah sebulan aku pakai unifi, laju dan cergas jadinya, semuanya info sangat pantas, tak payah nak berebut rebut dengan orang lain..tak percaya..cubalah!
Skrip 6:
Aku nampak macamana mak dan abah terhumban di tolak oleh perompak tu, masa tu aku kecil lagi, abah sempat suruh aku duduk dalam raga kain baju, abah kata, "duduk sini diam diam, jangan menjerit, mak dan abah tak apa apa, tunggu sampai abah datang.." selain dari merompak seluruh harta kami, mereka bunuh mak dan abah...Aku rindu pada mak dan abah..aku rindu.. Aku tak sempat nak merasa kasih sayang sepenuhnya dari mereka berdua...
" ANDA PELAKON YANG KAMI CARI ! "
SEMOGA BERJAYA !
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] [2:32] ..
" Aahh.. pening , pening.. Kenapa la aku ni asyik ditimpa masalah bodoh ginih ?? Adoiiii .. Lepas satu , satu datang.. Ingatkan dah settle tapi lagi keruh ! ". Mengeluh aku .
Orang kata tak baik mengeluh tapi aku tak kisah dah dengan semua itu.
"Apa yang patut aku buat sekarang ? Hidup aku ni asyik nak pujuk orang je ke ? Haish.. letih la gini... Bosan bosan bosan ! ". Menghela nafas panjang aku.
Teringat kejadian tengahari tadi sewaktu di KLCC yang mana bila semua blogger mula tunjuk muka masing masing. Inilah kali pertama berjumpa dan berkenalan. Sebelum ini hanya membalas mesej atau chatting di FB mahupun di blog. Dan sekarang , semua di depan mata !
Aku , dengan menggunakan identiti kedua aku berharap tidak ada sesiapa mengenali aku. Dan mmg benar , takde sapa kenali aku.. Betapa leganya saat itu.
Tiba-tiba .....
"Abang.. inilah kawan blogger yang Sab cerita tadi ... Lama benar nak jumpa dia .. hehe.. ". Sabrina menegur aku yang ketika itu aku kusyuk membelek laptop aku.
Aku berpaling dan berdiri ..
" Hi Ben. Lama tak jumpa .. ". Tersenyum sambil memandang aku.
" Eh , tak kenalkan pon dah kenal korang ?? Wahh.. ". Sabrina kelihatan gembira manakala aku rasa dunia aku semakin hampir gelap !!
Aku nak pengsan !
-SAMBUNG-
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” -Riwayat al-Hakim
Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu manakala pada Ahad pula, jalan yang terbabit akan mula ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan tersebut.Jalan tersebut ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.
Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. - Bharian
..........................
Perghh... kebetulan la pulak ! Hahaha.. Sabtu ni pon aku terlibat dalam pertandingan mencari harta karun yang bakal bermula di Centre Market , anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia.
Hahaha.. Lawak , aku join pon sekadar suka suka je.. Yelah , kenangan manis sebelum aku bergelar blogger sepenuh masa. Heheh..
Saja je aku buat entri ni sebenarnya.. Nak tengok ada tak yang dapat tangkap maksud aku .. Ternyata ada ! Hahahaha...
Jadi sebagai ganjaran atas keprihatinan dia tu , maka dua buah blog terpilih untuk dipromosi ..
http://hikayatlily.blogspot.com/
Mesti tertanya ... Apa yang dia buat ?? Baca la kat entri Bila si kidal menulis ni haaa... hehehe ...
Dan sorang blogger lagi ! hahahaha... Baru terbaca komen dia... Aku pon nak promote gak la untuk korang berkenalan dengannya ..
http://therainbowjourney.blogspot.com/
Seronok aku kerana pembaca- pembaca blog aku ini bukan 'kosong' ! Maka aku kena berhati-hati dengan setiap penulisan aku.. Bukan aku saja.. korang pon sama ! Kena hati-hati.. Huhuh..
Disebabkan ada yang dok mintak aku buat segmen , maka aku buat satu segmen yang ringkas je... Ok ? Segmen ni lebih pada berkenalan antara satu sama lain atau lebih tepat lagi , blogwalking sesama mereka . Aku ? Kalau sempat ...
Diingatkan , ini bukan segmen mencari trafik atau follower ! Kalau ada yang teringin nak dapat trafik tinggi , ini bukan salah satu caranya. OKeh ?
Untuk join.. Cam biasa , buat satu entri penyertaan.
Ok.. Peringatan , tiada penyenaraian entri dibuat yer .. Terima kasih.